f

f

Wednesday 30 October 2013

PERALATAN BEKAM BERKUALITI TINGGI DEMI SUNNAH !! JOM BEKAM !!


KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN BEKAM DI PUSAT MOTIVASI DAN RUQYAH !!


Semua orang boleh bekam untuk kesihatan dan menghidupkan sunnah Nabi SAW.


  • Bekam sebagai penawar kepada segala penyakit.
  • Bekam sebagai penawar gangguan jin, iblis dan syaitan.
  • Bekam untuk kesegaran.


Darah kotor/toksin/angin akan dibuang dan menyebabkan badan anda teramat segar, ringan dan selesa untuk menjalani urusan harian anda dengan lebih cemerlang, In Shaa Allah.

Tuesday 29 October 2013

MAHAGURU SILAT - AYAHANDA KAWASAN TERIMA RAWATAN !!


Baru ini saya menerima kunjungan keluarga pengamal silat, ayah, ibu dan anak lelaki. Ayahnya seorang Pengerusi silat negeri KL dan Selangor. Masalah keluarga ini ialah anak lelaki mereka yang agak malas, suka keluar malam, main snooker, melepak, merokok dan sebagainya.

Saya terus menginterview suami isteri ini untuk mencari perkaitan dengan gangguan jin. Dan saya dapat 'menghidu' wujud gangguan kepada mereka 3 beranak ini.

Saya meminta izin untuk meruqyah si ibu. Selepas 20 minit meruqyah, berlaku kehadiran jin sihir beragama Hindu! Hampir 10 ekor jin sihir yang ada! Dan saya terus menyoal jin berkenaan untuk mengetahui sama ada wujud kumpulan jin yang sama kepada suami dan anaknya. Jawapannya memang ada banyak ekor jin sihir pada suami dan anaknya. Kumpulan jin ini juga yang cuba mengganggu gugat keharmonian rumahtangga keluarga ini.

Mujur jin sihir pada si isteri ini agak mudah diuruskan. Saya arahkan jin2 sihir ini untuk membuang semua barang sihir yang diletakkan pada badan pesakit. AlhamdulilLah selesai membuang barang sihir, kumpulan jin sihir ini bersetuju memeluk Islam. Setelah saya pindahkan kesemua kumpulan jin ini ke tempat suci, masuk lagi jin2 yang lain. Saya mengesyaki jin2 yang masuk ini dari tubuh anak atau suaminya yang ingin memeluk Islam. Setelah beberapa sesi pengIslaman dan pindah ke tempat suci, saya tangguhkan rawatan kerana hari semakin lewat petang.

Selesai merawat, pesakit memberitahu saya bahawa dia tahu siapa yang membuat sihir ke atas mereka sekeluarga. Kerana nama pengupah itu tiba2 sahaja terus masuk dalam ingatannya semasa sesi rawatan. Dan beliau memberitahu, patut kebelakangan ini si penama itu asyik telefon dan asyik bertanyakan tentang kesihatan mereka sekeluarga. Saya beri tips, jika dia telefon lagi jangan beritahu sihat sebaliknya beritahu tak sihat. Kerana pengamal sihir pantang dengar pesakit sudah sihat kerana dia akan 'top-up' baru lagi. Wallahu'alam...

Saya berikan beberapa amalan untuk halau jin dan benteng diri. Semoga Allah permudahkan urusan mereka sekeluarga.

Saturday 26 October 2013

BUKTI ILMIAH BEKAM RAWATAN TERBAIK !!



Wanita yang inginkan rawatan bekam sunnah untuk kesihatan fizikal dan jasmani sila hubungi Puan Fitin di atas.

KURANG 24 JAM AWAK AKAN MATI !! RAWATAN SIHIR DI HOSPITAL PRINCE COURT KL !!


24 Okt (Khamis) jam 9 malam saya bergegas ke Hospital Prince Court KL (Bukit Bintang) kerana ada seorang pesakit yang diberitakan agak kritikal dan memerlukan rawatan Islam.

Saya menerima panggilan telefon pada petangnya untuk datang ke hospital tersebut. Kawan pesakit tersebut memberitahu saya, kawannya yang sakit itu mulanya dimasukkan ke Hospital Selayang setelah mengalami kekejangan badan. Setelah beberapa hari di Hospital Selayang pihak doktor seramai 6 orang tidak dapat meneka jenis sakit yang dihidapinya. Darah dan air dalam badannya semakin berkurang dan doktor tidak tahu bagaimana kehilangan darah dan air itu boleh berlaku walaupun pelbagai ujian dilakukan. Akhirnya pihak Hospital Selayang menyuruhnya pulang ke rumah dan segera follow-up di Hospital Prince Court KL kerana beliau memang client di situ.

Selepas 2 hari baru kawannya ini pergi ke Hospital Prince Court setelah berehat 2 hari di rumah dalam keadaan yang amat nazak! Cekal sungguh! Sesampai sahaja di Hospital Prince Court, doktor peribadinya memberitahu, "Kurang 24 jam awak akan mati!" Hebat doktor pangkat Profesor ini mentakwilkan beliau sebegitu rupa. Maklumlah semua di sana pakar2 yang hebat seperti Prof Dr. Muhaya.

Kenapa doktornya mentakwilkan beliau sebegitu rupa? Kerana, dalam badannya hanya tinggal beberapa 'sudu' gula dan air sahaja (bahasa saya). Jururawat yang bertugas tidak dapat mengeluarkan darah melalui syringe (spt tiada darah) dan air kencing hanya sekitar satu sudu besar sahaja yang keluar. Kalau begini sakitnya, tak payah doktor, yang tak belajar doktor macam saya pun akan kata, "Kurang 24 jam awak akan mati!".

Pada malam saya sampai itu, pesakit telah 3 pain darah dimasukkan. Tetapi badannya masih lemah akibat sakit kekejangan yang tiba2 dan darah serta air yang ghaib entah ke mana dengan pantas.

Kawannya menelefon saya kerana merasakan sahabatnya itu memerlukan rawatan sampingan. Saya yang pertama kali sampai ke hospital itu kepalang terkejut kerana kemewahan dan keindahan luar dan dalam hospital. Rasa macam bukan hospital pun ada, rasa macam di airport atau di hotel sahaja. Saya ingatkan Hospital KPJ tu dah cukup mewah. Rupanya ada lagi mewah :)

*Maklumlah Petronas punya...

*Atrium, bahagian lobi.

Semasa saya tiba di bilik pesakit, saya dapat rasakan aura jin di dalam bilik tersebut. Ini berdasarkan perubahan pada deria dan fizikal badan saya. Maka seperti biasa, saya menjalankan sesi interview. Tepat seperti jangkaan saya, ada jin SAKA DAN SIHIR!

Bi'iznilLah, saya berjaya keluarkan jin2 sihir. Bagaimanapun saka yang ada saya tangguhkan dahulu kerana keadaan pesakit yang agak lemah.

Kemudian, saya menyambung sedikit interview dan terbongkarlah macam2 cerita malam itu. Dan baru semua yang ada dalam bilik itu tahu. Maaf tak dapat dikongsikan, P&C. Wallahu'alam...semoga beliau cepat sihat.

Thursday 17 October 2013

ADAKAH ANDA MANGSA SANTAU? BACA SIMPTOM SANTAU!


Tanda-tanda ketika tidur:
1. Mimpi ular atau lipan atau lipas atau ulat atau geronggok atau katak
2. Mimpi kaca atau miang buluh atau bahan adunan santau
3. Kombinasi 1 atau 2 dengan mimpi lembaga seram, lembaga putih atau mimpi menyeramkan.
4. Mimpi seseorang memberitahu "kau kena santau"
5. Batuk berpanjangan
6. Sukar lelap mata untuk tidur (walaupun tidak tidur siang)
7. Mimpi bangkai

Tanda-tanda ketika jaga:
1. Batuk atau gatal miang di badan
2. Tersekat nafas
3. Sakit dada atau jantung
4. Koma
5. Susut berat badan
6. Muntah (kadang-kadang keluar bahan asing)
7. Lebam bahagian bawah mata
8. Terasa bahagian tertentu di badan seolah-olah ada rambut/kaca/panas luar biasa/
9. Bahu rasa berat

Kesan santau
1. Jika santau tuju-tuju, ianya mengambil masa 24 jam
2. Jika santau buang, ianya mengambil masa setahun

PADAH DIGANGGU JIN ! BAPA JADI MANGSA BUNUH OLEH ANAK SENDIRI !

Saya selalu menerima kes seperti di atas. (Klik gambar untuk besar)

Terbaru saya menerima kes bapa yang mendengar suara di hati untuk membunuh anaknya!

Jika ada dikalangan kalian mendengar suara2 ghaib begini segera mendapat rawatan sebelum terlambat seperti kisah di atas...

Wednesday 16 October 2013

ALHAMDULILLAH KESIHATAN DATO' MAKIN BAIK!


Sebelum Hari Raya Haji saya sempat merawat seorang Dato' yang diganggu jin sihir. 

AlhamdulilLah dengan izin Allah SWT kesihatan Dato' selepas rawatan bertambah baik.

Bi'iznilLah saya berjaya mengeluarkan 2 ekor jin hindu yang menghuni badan Dato' ini bertahun2!

Tuesday 15 October 2013

BEKAM KANSER PAYUDARA!


AlhamdulilLah, baru ini isteri saya Puan Fitin Farhana selesai membekam pesakit saya yang menderita kanser payudara. Ingat lagi post saya bertajuk 'KANSER PAYUDARA ANGKARA JIN SIHIR!'.


Isteri saya selaku Juru Bekam Wanita di Pusat Motivasi & Ruqyah memberitahu dalam banyak2 point yang dibekam, point kanser berdekatan lutut wanita tersebut terlalu banyak darah kotor yang keluar sampai berbuih2. Darahnya pula pekat, kehitaman dan bertali. Ini menunjukkan gangguan jin yang kuat dan darah kotor yang terlalu banyak.


*Contoh video bekam buang darah kotor.

AlhamdulilLah selesai bekam, wanita ini merasa amat segar dan info awal yang diperolehi beliau sudah boleh tidur malam. Semoga beliau cepat sembuh daripada derita kanser yang dihidapinya.

Kepada pembaca WANITA yang berhajat untuk bekam merawat sakit fizikal, merawat gangguan jin dan merawat kenakalan anak sila hubungi Juru Bekam Wanita di Pusat Motivasi & Ruqyah, Puan Fitin Farhana di talian 010-403 3938.

Monday 14 October 2013

ANAK DEGIL, MALAS DIHUNI SAKA TAK DIKENALI!


Pagi Sabtu baru ini saya dikunjungi satu keluarga dari KL. Pasangan suami isteri membawa 4 anak, 2 perempuan dan 2 lelaki. Pasangan ini berhajat untuk merawat gejala negatif dua anak perempuan iaitu sulung dan no.2, masing2 umur 16 tahun dan 12 tahun. Antara gejala negatif yang menghantui ialah suka buang masa dengan HP, malas mengemas, degil dan kuat berkhayal.

Saya mengambil masa pendek menginterview kedua anak ini kerana saya tahu bukan mereka puncanya. Saya terus memanggil si ibu yang memerhati sahaja di belakang untuk duduk di hadapan saya. Kedua anaknya saya arahkan duduk di tepi dahulu. Saya meminta si ibu memejamkan mata dan kelopak matanya terus berketar sampaikan nak terbuka matanya. Saya bertanya kepada si ibu, pernah ke matanya berkeadaan begitu sebelum ini? Si ibu memberitahu tidak pernah. Saya katakan puan positif jin! *Bila pesakit berhadapan perawat memang jin akan tak keruan dan simptom mudahnya ialah getaran pada kelopak  mata.

Saya kemudian meminta izin untuk meruqyah si ibu. Selepas 20 minit meruqyah, saya memanggil jin saka yang bersarang untuk berinteraksi dengan saya. Sesi interaksi berlangsung dengan lancar. Jin mengaku jin Islam cuma saya gagal mengenalpasti jenis saka yang mengganggu. Hasil siasatan, saya mendapati ada 2 ekor pada beliau, masing2 ada 2 ekor pada kedua anak perempuannya. Dan jin2 inilah yang mendorong anak2 ini bersikap negatif.

Saya menjalankan sesi dakwah kepada 2 ekor jin saka pada si ibu, ajak bertaubat dan hantar ke tempat suci lagi berkat. Sesi yang sama juga saya jalankan kepada 2 anak perempuannya. AlhamdulilLah, semua jin saka berjaya dikeluarkan.

INGAT! JIKA ANAK ANDA ADA GEJALA NEGATIF SILA DAPATKAN RAWATAN ISLAM UNTUK MENGENALPASTI PUNCA SEBENAR. JANGAN TERUS MENGHUKUM ATAU PUKUL MEREKA. HUBUNGI SAYA 012-2073938.

Sunday 13 October 2013

KANSER PAYUDARA ANGKARA JIN SIHIR!

Sabtu lepas saya didatangi seorang wanita dari Klang yang mengidap sakit kanser payudara. Sebelah payudaranya telah dibuang kerana tidak dapat diselamatkan lagi. Kini doktor mengesahkan pulak beliau turut mengidap kanser tulang. Saya amat bersimpati dengan wanita muda ini yang seolah berumur 70 tahun tatkala melihat pergerakannya yang cukup perlahan dan berhati2 kerana menanggung sakit yang tidak terperi. Jalannya cukup perlahan dengan badannya membongkok sambil terpaksa memegang apa sahaja yang berdekatan untuk menyokong pergerakan badannya.

Wanita ini datang bersama suami dan anak lelaki usia 3 tahun. Pasangan ini mengusahakan kantin di sebuah kilang di Klang dan pada waktu yang sama mengusahakan katering. AlhamdulilLah, kantin yang diusahakan mendatangkan pulangan yang lumayan. Bagaimanapun, si isteri mula sakit2 di bahagian payudara sehinggalah doktor mengesahkan kanser dan terpaksa membuang sebelah payudaranya sebelum merebak ke sebelah lagi. Perniagaan kantin dan katering mula terganggu akibat penyakit yang dideritai si isteri.

Pasangan ini ingin mencuba rawatan Islam setelah mereka menghubungi saya bertanyakan adakah kanser juga disebabkan gangguan jin? Saya mengiyakannya!

Sebelum memulakan ruqyah saya memberikan sedikit taklimat kepada wanita ini berkenaan teknik ruqyah saya. Beliau faham dan bersedia. Saat beliau memejamkan matanya terus kelopak matanya bergetar dengan teruk sampai sukar beliau hendak memejamkan matanya. Ini tanda positif tubuh beliau dihuni jin. Saya terus memulakan ruqyah sampai habis.

Kemudian saya memanggil jin yang kesakitan dan tak keruan akibat saya bacakan ayat2 Allah SWT. Jin terus menyerah diri untuk berinteraksi dengan saya setelah saya mengancam dengan ayat2 Allah SWT. Jin mengaku jin sihir dan menyebabkan wanita ini sakit.

Saya agak terkejut apabila diberitahu jin kumpulannya melebihi 10 ekor jin menghuni badan wanita ini. Saya mengesyaki kumpulan ini adalah jin hindu. Kerana pengalaman saya, biasanya jin sihir yang begini ramai adalah dikalangan jin hindu. Bagaimanapun, semua jin ini menerima dakwah yang saya sampaikan dan memeluk Islam. Cuma kumpulan jin ini tidak mampu membuang kesemua barang sihir yang diletakkan mereka pada tubuh wanita ini. Dengan izin Allah SWT, saya menarik keluar kesemua jin ini dan menghantar ke tempat suci lagi berkat.

Selesai merawat, saya bertanyakan kepada wanita ini, adakah beliau nampak sesiapa semasa sesi rawatan tadi. Dia nampak wajah seorang lelaki India yang turut menginginkan kantin yang diusahakan mereka di kilang. Wallahu'alam.

Saya memberikan beberapa amalan penting untuk DIY di rumah. Semoga beliau cepat sembuh.

SIHIR ULAR API!


Khamis minggu lepas saya menerima tetamu dari Negeri Sembilan. Satu keluarga bersama 4 anak yang masih kecil lagi.

Pasangan suami isteri ini adalah usahawan kuih-muih tradisional. Mereka telah lama mengusahakan perusahaan ini dan berjaya membuka beberapa cawangan menjual produk mereka. Bagaimanapun, perusahaan mereka lama kelamaan merosot dan boleh dikatakan jatuh bankrap sekarang.

Selain masalah perniagaan, pasangan ini juga mengalami masalah sakit misteri dan situasi sesama ahli keluarga yang kekadang panas. Si isteri menyelamatkan keadaan dengan membuka gerai jualan makanan di tepi jalan demi membantu ekonomi keluarga. Si isteri juga kerap mendesak si suami agar berubat cara Islam dan bukan dengan cara selain Islam. Rupanya si suami telah lama menyimpan nombor telefon saya tetapi langsung tidak ingat untuk menghubungi saya sampailah si isteri menyuruh suaminya mencari mana2 perawat untuk membantu.

Saya bertanyakan kepada si suami berkaitan mimpi yang pernah dialaminya dalam sesi interview. Si suami menceritakan beliau kerap bermimpi sungai dan banjir. Bahkan si isteri turut sama bermimpikan perkara yang sama. Selain itu, si suami juga kerap merasa sakit di bahagian bahunya. Saya juga menyedari anak lelaki kedua mereka ada masalah kulit seperti kudis dan sisik.

Saya mulakan sesi ruqyah kepada si suami dan selang 20 minit berlaku kerasukan jin. Bagaimanapun si suami hanya 50% sahaja terasuk. Saya memulakan sesi interview dengan jin. Jin mengaku jin sihir. Saya memulakan sesi dakwah kepada jin dan akhirnya jin memeluk Islam dan saya hantar ke tempat suci.

Selesai merawat si suami, saya menambah lagi maklumat berkaitan permasalahan pasangan ini sehingga sampai kepada isu2 yang berlaku dalam rumah. Saya mencadangkan kepada si isteri untuk membuka hijab matanya dan melakukan perjalanan ke rumah mereka untuk melihat jenis gangguan yang berlaku. Si isteri agak keberatan, bagaimanapun beliau setuju juga akhirnya demi memulihkan permasalahan mereka.

Dengan izin Allah SWT, saya berjaya membuka hijab mata si isteri dan beliau terus pergi ke rumahnya. Kepalang terkejut apabila beliau mendapati ada seekor ular api yang besar tanpa kepala dan ekor sedang melingkar di luar tepi tingkap bilik tidur beliau dan suaminya. Beliau amat ketakutan apabila ular bagaikan tahu kehadirannya dan seperti mengancamnya. Saya meminta si isteri bersabar dan jangan takut. Lantas saya membacakan beberapa ayat Allah SWT dan memberi panduan kepada si isteri untuk menghalau ular api tersebut. AlhamdulilLah, ular api itu berjaya dihalau keluar. Bagaimanapun ular itu hanya berada seperti menunggu sahaja di luar pagar rumah.

Saya kemudian mengarahkan si isteri masuk ke dalam rumah untuk memeriksa. Bagaimanapun tiada makhluk lain yang ditemui. Kemudian saya mengarahkan si isteri memeriksa gerai tepi jalannya dan tiada apa2 yang ditemui termasuk barang sihir. Kemudian saya mengarahkan si isteri memeriksa badan anak keduanya luar dan dalam. Beliau mendapati dalam badan anaknya terdapat banyak keladak2 hitam terutama di bahagian otak dan perut. Beliau juga mendapati hati anaknya bengkak. Dan lebih memeranjatkan kulit anaknya persis sama seperti kulit ular api di rumahnya! Patutlah kulit anaknya bermasalah seperti bersisik.

Saya menamatkan perjalanan rohani si isteri dan menutup semula hijab matanya dengan izin Allah SWT. Saya memberikan beberapa amalan untuk diamalkan mereka di rumah dan beberapa ayat benteng diri termasuk ayat membalas sihir untuk menyerang semula.

Wednesday 9 October 2013

ADUH...JADI HARIMAU LA PULAK...!!


7 Oktober (Isnin) jam 9 malam - Saya menerima kunjungan seorang ayah (pegawai kanan tertinggi UKM) membawa anak lelakinya usia 13 tahun yang agak bermasalah. Anaknya suka bercampur dengan kawan2 yang bermasalah, suka berbohong, keluar malam, bergaduh, tinggi suara dan bahasa kasar dengan ibu bapa.

Saya meminta izin kepada si ayah untuk meruqyah anak lelakinya. Setelah beberapa pesanan penting saya berikan kepada si anak, terus saya minta si anak pejamkan mata sambil meletak kedua tangannya di atas meja saya. Saya memulakan ruqyah dan tiba2 si anak mula gelisah sambil kepalanya tergeleng2. Matanya mula berketar dan terbuka sedikit sampai saya nampak mata putih sahaja. Si anak amat terganggu dengan matanya yang bagaikan dipaksa untuk dibuka. Si anak mula menggeleng2 kepalanya agar gangguan itu hilang. Bagaimanapun gangguan pada matanya masih berterusan. Saya teruskan meruqyah sampai habis.

Jin yang kepanasan dan tersiksa dengan ruqyah yang saya bacakan terus berinteraksi dengan saya. Saya melihat jari2 kedua tangannya mula mencakar meja saya. Kepala si anak mula tersengguk2 mendengus. Saya memegang kedua tangannya dan dia melawan sambil berterusan mencakar meja.

Saya memulakan dakwah saya. Hasil interview saya dapati ada 2 ekor harimau yakni jin kafir. Harimau ini adalah saka keturunan. Saya berterusan menyampaikan dakwah Islam untuk 2 ekor harimau ini memeluk Islam. Setelah berkali2 harimau ini menyatakan tidak dengan menggelengkan kepala sebagai tanda tidak mahu memeluk Islam, akhirnya dengan izin Allah Yang Maha Kaya keduanya memeluk Islam. AlhamdulilLah.

Selesai mengucap 2 kalimah syahadah, saya menghantar keduanya ke tempat suci lagi berkat. Si anak terus tersedar dan terpinga2.

Ayahnya sejak awal hanya merasakan tiada gangguan dan hanya mahukan saya memberikan motivasi kepada anaknya sahaja, saya lihat tergamam dengan gangguan tersebut. Mungkin dia baru tahu punca sebenar anaknya begitu degil dan bermasalah. Kes selesai!

Sunday 6 October 2013

SIHIR TELEFON!


Post kali ini saya akan berkongsi bagaimana teknik yang digunakan untuk menyihir melalui telefon.

Saya menasihatkan anda agar berhati2 dengan panggilan telefon yang tidak berjawab. Maknanya kita langsung tidak mendengar apa2 jawapan/balasan selepas kita hello/memberi salam. Sebaliknya kita seperti terdengar hembusan, dengusan atau sesuatu yang berdengung. Atau lebih teruk terus kita terdengar jampi dalam bahasa2 tertentu.

Kejadian ini pulak sering terjadi. Bahkan kadang2 sampai 4-5 kali sehari. Lebih teruk boleh sampai 10 kali sehari! Malangnya pulak jika telefon itu telefon rumah (iaitu telefon TM). Telefon jenis ini kebanyakannya tiada nombor pemanggil yang dipaparkan. Maka ini akan menjadi susah untuk mengesan nombor pemanggil.

Jika telefon bimbit yang dihubungi maka nombor pemanggil akan dipaparkan. Maka senang untuk kita ignorekan sahaja.

Saya menyarankan jika berlaku keadaan pemanggil tidak berjawab maka segera terus matikan telefon atau letakkan telefon. Kerana kemungkinan ada gangguan sihir sedang dilakukan!

Ada beberapa kes selepas berlaku gangguan melalui telefon sebegitu, telinga terasa berdesing, kepala terasa sakit atau lebih dahsyat akan menjerit-mengilai tanpa sebab! Sahlah panggilan tadi memang bersihir!

Penyihir ini biasanya akan mendail nombor mangsa dan apabila mangsa menjawab terus sahaja telefon itu diperasapkan di kemenyan atau penyihir akan terkumat-kamit membaca mantera secara perlahan dan menghembus ke dalam telefon.

Jalan paling selamat untuk menjawab panggilan telefon yang tidak dikenali, sila baca ayat di bawah 3x, 5x atau 7x. In Shaa Allah selamat!

Saturday 5 October 2013

JIN SIAM MENJERIT-MELALAK-MERAUNG!


4 Sept (Jumaat) 9 malam - Saya menerima kunjungan satu keluarga dari USJ. Ceritanya anak sulung lelaki mereka usia 12 tahun semakin nakal dan degil. Sudah pandai merokok, tinggi suara, malas belajar dan sebagainya. Sebenarnya anak ini pernah ikuti kem saya pada hujung tahun lepas. Dan saya cukup ingat wajahnya kerana hanya dia seorang sahaja daripada kesemua peserta yang gagal menangis dan insaf! Betapa keras hatinya. Dan pada tahun lepas lagi saya sudah syak ada kemungkinan lain yang menjadikannya begitu. Bagaimanapun saya hanya maklumkan kepada ibu bapanya jika anaknya buat hal sila rujuk kepada saya.

Baru2 ini saya dihubungi semula ibunya dan menceritakan perihal anaknya yang semakin bermasalah. Ada beberapa perkara yang diceritakan ibunya menyebabkan saya mengesyaki memang ada gangguan seperti pra-rasa saya pada tahun lepas. Lantas saya membuat temujanji dengan keluarga ini pada tarikh 4 Sept jam 9 malam.

Semasa saya di pejabat menjemput mereka sekeluarga masuk tiba2 si emak tercegat depan pintu dengan mata terbeliak memandang saya. Seketika saya sudah tahu siapa yang akan kena malam ini. Saya masih tersenyum2 dan terus mempersilakan mereka masuk ke pejabat saya.

Semasa sesi interview, saya dapati si emak agak gelisah duduknya dengan matanya tanpa melihat ke mata saya sambil mulutnya menceritakan perihal anak lelakinya. Saya cuba memancing bertanyakan beberapa perkara berkaitan mimpi yang ada hubungkait dengan gangguan jin. Dan maklumat yang saya terima memang telah saya jangkakan. Si emak positif JIN!

Saya segera meminta suaminya yang duduk depan saya bangun dan meminta isterinya duduk untuk saya mulakan sesi meruqyah. Isterinya agak keberatan sambil menerangkan tujuan kedatangan untuk merawat anak. Saya katakan yang sakit adalah puan kerana ada jin besar dalam badan puan yang remote anak puan jadi rosak akhlak. Akhirnya beliau akur dengan berat hati.

Baru sahaja pejam mata dan meletak kedua tapak tangan atas meja saya terus tangan kirinya menggigil2. Saya pula belum lagi meruqyah malah BismilLah pun belum saya baca. Dan tak semena2 pejabat saya digegarkan dengan jeritan yang teramat kuat berulang-ulang kali. Kepalang terkejut saya dan ahli keluarganya yang lain. Saya rasa bangunan pejabat saya yang 3 tingkat, restoran tingkat bawah dan Petronas depan pejabat memang kedengaran suara jeritannya itu. Mujur saya tidak ada sakit jantung.

Kerasukan yang berlaku ini menyebabkan saya memulakan sesi interview dengan jin yang kuat menjerit ini. Saya bertanyakan adakah ini jin sihir atau saka. Tetapi tiada jawapan sampailah saya spray air ruqyah ke mukanya maka lagilah dia menjerit dan mengakui dirinya jin sihir. Terus saya mengarahkan jin ini membuang barang2 sihir pada tuan punya badan. Pun masih degil lagi sampailah saya spray lagi air ruqyah barulah tangannya membuang barang2 sihir. Jin sihir mengakui meletakkan abu mayat di seluruh badan wanita yang dirasuknya.

Semasa sesi jin ini membuang barang2 sihir, saya berbual dengan si suami untuk mendapat maklumat lanjut dan sekali sekala jin ini menjerit2 ketakutan jika saya bergerak sedikit di kerusi saya, saya gerakkan tangan, atau saya pegang besi rawat sampaikan saya rasa lucu pun ada. Tapi saya sembunyikan sahaja rasa lucu itu.

JIN MASUK MELALUI TELEFON!

Untuk pengetahuan pembaca, jin ini tidak berkata apa2 hanya memberikan isyarat kepala sahaja sampailah saat perbualan saya dengan si suami tentang isu sihir yang dihantar melalui telefon, tiba2 dia menjerit, "MEMANG AKU BUAT!!". Terkejut lagi saya dengan si suami sampaikan nak melambung saya dari kerusi. Dia menjerit mengaku aku yang buat berulang2 kali sambil menghempas2 tangan ke meja. Dan jin ini mengaku datang melalui telefon. Caranya ialah si penyihir menelefon mangsa dan mangsa menjawab tetapi si penyihir tidak menjawab sebaliknya melakukan ritual memasukkan jin2 sihir melalui telefon terus masuk ke telinga mangsa.

Memang riuh rendah pejabat saya malam tu. Lama tak jumpa jin jenis menjerit melalak macam ni. Saya masih sabar dan memujuk jin terus menyambung membuang barang sihir. Jin terus menyambung kerjanya. Bagaimanapun jin ini masih menjerit dan bercakap2 pula maki hamun si suami. Saya cuba meredakan keadaan. Saya cuba mengorek kerja jin ini, dan jin mengaku memang dia yang membuatkan si anak berakhlak buruk.

Saya pada mulanya mengagak jin ini jin hindu, tetapi si suami mengatakan ini jin Siam berdasarkan pengalaman menemui barang2 sihir di kampung isteri di Melaka seperti patung batu yang ditanam. Lantas saya memberi salam dalam bahasa Siam, "Sawadikap". Terus jin ini melekapkan kedua tapak tangan dan bawa ke dadanya sambil menundukkan kepala dan menjerit lagi. Memang sah jin Siam!

Setelah saya mendapat beberapa info penting yang tak dapat saya kongsikan di sini, saya memulakan usaha dakwah untuk jin ini menerima Islam. Hampir sejam saya memujuk jin ini menerima Islam, bagaimanapun gagal. Hanya kedengaran dia menjerit2 yang membingitkan telinga. Jam 11:15 saya 'selesaikan' jin ini setelah 13 tahun mendiami badan si isteri. AlhamdulilLah si isteri sedar.