f

f

Tuesday 19 November 2013

"KAU TU PEREMPUAN JAHAT!" Kata Si Anak Perempuan Kepada Ibunya !!


17 Nov jam 11 pagi saya menerima satu keluarga dari Seri Kembangan. Keluarga ini membawa anak perempuan usia 13 tahun yang cukup kasar bahasanya. Bahkan boleh saya katakan teramat kurang ajar mulutnya. Anak ini telah 2 tahun bersikap kurang ajar dengan mak ayahnya.

Manakan tidak saya katakan kurang ajar. Depan saya, mak ayahnya disumpah-seranah dan dimaki-hamunnya. Perkataan perempuan jahat, si*l, b*bi bagaikan menjadi zikir di mulutnya. Bukan sahaja mencarut bahkan mulutnya amat bising bertempik-tempik bagaikan peluru mesingun. Ayahnya yang sudah hilang sabar dengan kerenah anaknya langsung didebik dan dibelasah anak perempuannya depan saya. Memang saya sudah jangka, si ayah akan melaku demikian. Kalau anak saya memang saya 'bagi' juga. Kerana tidak tertanggung bisa-bisa ayat yang dihamburkan kepada kedua mak ayahnya. Dan saya menjangkakan memang 100% ada gangguan kerana bahasa yang dikeluarkan tidak setanding dengan usia mudanya baru 13 tahun.

Isteri saya menarik si anak pergi ke ruang lain jauh daripada mak ayahnya. Isteri saya slow-talk dengannya dengan mengugut untuk menghantarnya masuk ke pusat pemulihan akhlak. Tujuan isteri saya buat begitu, untuk bagi sedikit ruang bertenang agar saya dapat meruqyahnya tanpa beliau terjerit-jerit tak menentu.

AlhamdulilLah, si anak mula bertenang dan dapat saya memulakan sesi meruqyah. Saat si anak pejam sahaja mata terus dapat saya rasakan kehadiran jin pengganggu. Mata si anak ini terkedip-kedip dengan laju. Saya langsung membacakan ayat-ayat ruqyah dengan suara lantang dan kuat. Sehinggalah mata si anak kembali normal. Ini tanda jin telah keluar atau mati.

Selesai meruqyah, si anak mula kendur dan saya serta ibu bapanya memberikan beberapa syarat yang wajib dipatuhi. AlhamdulilLah si anak bersetuju untuk mengikutinya.

Keesokan harinya saya mendapat sms daripada ayahnya memberitahu saya anaknya kembali normal setelah 2 tahun memberikan masalah! Bi'iznilLah...

RAWAT KANAK-KANAK 3 TAHUN YANG GANAS !!


Baru-baru ini saya mendapat kes seorang kanak-kanak perempuan usia 3 tahun yang agak ganas. Ibu bapanya tak tahu punca anak mereka tiba-tiba menjadi ganas. Cara ganas dengan menempik, marah-marah, baling barang dan kuat merajuk.

Saya bacakan beberapa ruqyah pendek dan terus kanak-kanak ini meronta dengan kuat tak padan dengan usia 3 tahunnya. Saya dapat merasakan ada tenaga yang amat kuat dalam badannya. Ditambah lagi dengan dengusan dan ngeraman yang kuat. Ini saka harimau!

Terus saya peluk dan kunci badan si anak ini. Tangan kanan saya letakkan atas kepalanya dan tangan kiri saya letakkan di dadanya. Saya mula bacakan ayat-ayat binasa dan saya lanjutkan dengan zikir penghancur 'Inkanat...' sebanyak 33 kali dan zikir serangan alam semesta 'wama romai ta iz...' sebanyak 33 kali.

AlhamdulilLah, terus si anak ini lemah. Berita terbaru yang saya dapat, anak mereka kembali normal. Bi'iznilLah, Allahu Akbar!!

PATUTLAH NASI BASI, RUPA-RUPANYA...


19 Nov - Pagi ini di rumah, saya buka periuk nasi dengan hajat nak panaskan nasi yang saya masak malam tadi dan sup gear-box yang dimasak isteri masih ada lagi. Malangnya nasi tersebut telah basi sampai lembik. Saya agak terkejut kerana ini tanda yang kurang elok. Saya sebagai perawat dapat merasakan ada serangan ke atas keluarga saya.

Petangnya, baru saya dapat mengesan kekhuatiran saya pagi tadi. Rupanya ada 5 ekor jin sihir sedang menyerang dan meletakkan barang-barang sihir pada kami sekeluarga!

AlhamdulilLah kes selesai. Maaf saya tidak dapat bercerita lebih lanjut kejadian selanjutnya. Hanya sekadar berkongsi petua jika nasi di rumah anda cepat basi walaupun baru dimasak, itu tanda kehadiran JIN !!


Wednesday 13 November 2013

SAYA DI KOSMO AHAD 3 N0V !!


Paparan menarik isu gangguan makhluk halus atau jin mengganggu anak remaja yang mendorong mereka berkelakuan negatif. Dan rawatan oleh saya melalui perubatan Islam untuk menyelesaikan masalah anak remaja ini dengan izin Allah SWT.


========================
SURVIVOR CAMP MALAYSIA
========================
24 - 28 November 2013
(5h4m)
Kem Nur Sg Merab, Kajang, Selangor.
Remaja L/P usia 8 - 18 tahun diwajibkan.

Kem terbaik memulihkan masalah akhlak anak tersayang anda melalui kaedah rawatan Islam dan motivasi Islam. Terbukti berkesan kepada ribuan bekas peserta sejak tahun 2006!

Info lanjut di @ http://www.MOTIVASISURVIVOR.com

Hubungi Ustaz Ahmadi @
012-2073938


Friday 8 November 2013

JIN SYABU (ICE) DITEWASKAN DENGAN RUQYAH DAN BEKAM !!


AlhamdulilLah baru selesai merawat seorang belia lelaki yang ketagihan dadah jenis syabu.

Saya berani jamin (Bi'iznilLah) kepada pihak keluarga bahawa anak mereka ini diganggu jin saka yang mendorong dia terjebak dengan dadah. Saya meruqyah lelaki ini dan memang tepat ada 5 ekor jin saka yang kafir menumpang dalam badannya. Saka ini saka harimau. Sesuai dengan jenis saka harimau ini menjadikan lelaki ini pemarah, pemalas, dan kuat tidur. Lagi merumitkan keadaan apabila terlibat dengan dadah. Semua ahli keluarga menjadi takut dengannya.

AlhamdulilLah, kumpulan jin saka ini agak mudah diuruskan. Bi'iznilLah, kesemua jin dikeluarkan dan dihantar ke Madinah.

Sesi bekam dilakukan kepada pesakit, dan terlalu banyak darah kotor lagi toksin mengalir keluar. Ada yang berbuih2 macam air sedang mendidih, ada yang pekat macam agar2 dan bertali serta berwap.

AlhamdulilLah, pesakit merasakan badannya ringan dan rasa ketagihan hampir hilang seperti sihat sediakala! Semuanya kuasa Allah SWT.

Pengalaman saya merawat kes dadah, hidu gam dan lain2 ketagihan walaupun ketagih main online game seumpamanya memang akan ada gangguan jin. Jadi awasi anak anda danbuat rawatan segera jika terdapat sebarang unsur ketagihan!

Darah TOKSIN berbuih sedang keluar !

Darah gangguan JIN yang melekat dan bertali !

HUBUNGI SAYA USTAZ AHMADI HAJI DIN (012-2073938) UNTUK RAWATAN DADAH DAN HIDU GAM MELALUI KAEDAH RUQYAH DAN BEKAM !!

CERAIKAN AKU ! JIN MINTA CERAI !


8 Nov 2013, Jumaat, 5 ptg - Satu keluarga dari Klang datang ke pejabat saya untuk rawatan. Janji masa jam 3 petang tetapi terlalu banyak halangan yang melewatkan sampai jam 5 petang.

Keluarga ini pernah saya merawat gangguan jin saka yang berpunca daripada saka datuk sebelah ibu yang tinggal di Pekan Baru Indonesia. Beberapa bulan dulu saya mula merawat salah seorang anak remaja lelaki yang cukup bermasalah dari keluarga ini. Dari situlah mula keluarga ini tahu rupanya ada gangguan saka yang menyerang keluarga mereka. Kemudian mulalah beberapa siri rawatan kepada beberapa ahli keluarga ini yang kesemuanya berpunca daripada gangguan saka yang sama.

Hari ini saya merawat seorang ahli keluarga mereka iaitu anak perempuan yang sudah berumahtangga dan memiliki seorang cahayamata perempuan berusia 2 tahun. Rumahtangga perempuan cukup berantakan berpunca daripada si isteri yang teramat emosi, panas baran tak tentu fasal, suka minta cerai dengan suami dan paling menyediahkan belasah suami seperti penampar dan tendang! Saya tak terkejut kerana itulah yang berlaku antara suami isteri jika diganggu jin. Mujur si suami seorang yang penyabar walaupun masalah ini telah berlarutan selama 5 tahun usia perkahwinan mereka. Pesakit ini juga kerap sakit pinggang dan di bahagian perut.

Sebelum memulakan sesi ruqyah, saya dapati pesakit ini sudah mula gelisah dan tak keruan duduknya. Sedikit taklimat saya berikan berkaitan rawatan yang akan saya lakukan. Saat memejam mata sahaja sudah kelihatan gangguan pada mata iaitu bergetar teruk tanda jin2 sudah mula ketakutan. Saya memulakan BismilLah 3 kemudian BismilLah 5 dan memanggil jin untuk terus berunding. Jin tunjuk degil dan tak layan saya walaupun sudah ketakutan. Saya berikan amaran bahawa saya akan membacakan ruqyah panjang yang amat menyakitkan jika jin tidak mahu bekerjasama. Jin masih dan saya meneruskan ruqyah.

Setelah 20 minit meruqyah dan kurung jin di tapak tangan kiri, maka bermulalah sesi interaksi saya dengan jin saka ini. Kumpulan jin ini terlalu ramai iaitu genap 30 ekor! Sambil saya memberikan dakwah Islam sambil itu juga spray air ruqyah sebanyaknya untuk membuktikan kehebatan ayat2 Allah SWT. Jin mula insaf dan bersetuju memeluk Islam. Untuk makluman jin saka ini adalah jenis harimau. Memang telah saya jangkakan berdasarkan susur galur keturunan dari Indonesia.

Selesai sesi memeluk Islam, saya arahkan semua jin saka ini keluar pergi ke Madinah. AlhamdulilLah, 29 ekor berjaya keluar melalui tangan dan mulut, dan mengambil masa hampir satu jam! Bagaimanapun hanya seekor yang tinggal dengan alasan tak boleh keluar dan asyik menjerit sakit di tangan. Asalnya jin ini hanya berdiam diri sahaja, tetapi apabila saya berjaya mengesan keras kepalanya dan menipunya, jin akhirnya menangis terlolong2 dan mula bercakap dengan saya. Jin mengaku tidak jujur peluk Islam dan tak nak keluar. Walaupun saya masih memberi peluang taubat kepadanya, jin masih degil kerana sudah sayang kepada empunya badan.

Saya terpaksa menamatkan riwayat jin ini, Bi'iznilLah. Kemudian pesakit sedar dan letih yang teramat sangat. AlhamdulilLah Allah Maha Kuasa, Allah Maha Kaya, tahniah untuk Allah, pesakit bersih dari gangguan jin! Saya berikan amalan dan panduan untuk pendinding.


Saya beritahu kepada pesakit, bahawa yang selalu bergaduh dengan suaminya selama ini adalah berpunca daripada kumpulan jin2 saka yang menumpang dalam badannya. Dan jin itulah yang menumpang mulut pesakit menjerit, melalak minta cerai sampai lebih 50 kali selama perkahwinan mereka. Dan jin2 itulah juga yang menumpang kaki dan tangan pesakit untuk belasah suaminya selama ini!