f

f

Tuesday 18 March 2014

SAYA BERJAYA MENGISLAMKAN SEORANG PENGANUT HINDU !!


AlhamdulilLah tanggal 17 Mac 2014, saya berjaya mengIslamkan seorang lelaki penganut Hindu. 

Beliau seorang bekas askar pencen berusia 45 tahun dari Seremban. Tujuan beliau untuk berjumpa saya adalah untuk mendapatkan rawatan Islam kerana gangguan jin sejak beliau berumur 16 tahun.

Saya memberikan taklimat kepadanya berkenaan tatacara rawatan saya yang menggunakan ayat-ayat Allah iaitu Al-Quranul Karim. Beliau tiada masalah walaupun inilah pertama kali beliau mendapatkan rawatan cara Islam. Sebelum ini beliau banyak berubat dengan bomoh dan sami Hindu tetapi tiada kesan.

Beliau maklumkan kepada saya yang beliau mendapat nombor telefon saya dari majalah MASTIKA. Lalu berhasrat untuk mencuba kaedah rawatan Islam dengan saya. Saya tiada masalah dan inilah peluang saya untuk menunjukkan kehebatan rawatan Islam dan keajaiban ayat-ayat Allah SWT!

Saya memulakan rawatan kepadanya dengan membacakan ayat-ayat ruqyah syariyyah. Dan seperti biasa yang berlaku kepada pesakit-pesakit saya yang lain, berlaku separa kerasukan ke atasnya. Jin yang mengganggu adalah jenis saka. Saya membuat rawatan saka sehingga selesai, Bi'iznilLah.

Selesai rawatan, saya berbual dengan beliau. Beliau memberitahu bahawa beliau amat berminat dengan Islam sejak kecil lagi kerana bergaul dengan masyarakat Melayu-Islam. Bahkan beliau banyak mengkaji tentang Islam dan membandingkan dengan agamanya. Banyak yang beliau pertikaikan dalam agama Hindu. Terutamanya kenapa nak sembah patung, haiwan, pokok dan manusia? Apakah dewa-dewa sembahan ini yang menciptakan alam semesta ini?

ALLAH YANG MENCIPTAKAN ALAM SEMESTA INI TENTUNYA LEBIH BESAR!!
MAKA, APAKAH LOGIKNYA KITA MESTI MENDERHAKAINYA?!

Maka setelah berbual panjang dan saya cuba menyampaikan dakwah Islam, akhirnya beliau mengucapkan 2 kalimah syahadah di hadapan saya, Allahu Akbar, AlhamdulilLah, Bi'iznilLah!!

Untuk rekod, termasuk beliau telah 3 orang lelaki penganut Hindu telah saya Islamkan selama ini.

Monday 10 March 2014

TAK HABIS-HABIS HANTU RAYA MENGGANGGU !!


Petang 9 Mac saya menerima kunjungan satu keluarga besar dari Rawang Selangor. Keluarga ini pernah datang berjumpa saya sebelum ini untuk rawatan anak sulung lelaki usia 15 tahun yang agak bermasalah. Tetapi saya tidak merawat si anak kerana saya dapat 'menghidu' ada gangguan pada ibunya.

Lantas saya meminta izin untuk scan si ibu. Saya hanya membaca beberapa potongan ayat Quran dan jin dalam badan si ibu terus merasuk. Rupanya jin saka hantu raya sebelah ibu suaminya. Saya terus menyiasat keluarganya dan mendapati gangguan dari sumber yang sama. Saya hanya memberikan panduan untuk rawatan mandi di rumah mereka sahaja. (Ini cerita rawatan sebelum ini)

Petang 9 Mac, mereka sekeluarga datang lagi untuk rawatan susulan. Saya jalankan sesi rawatan kepada si ibu dan anak sulungnya. Pada si ibu ada 4 ekor jin saka hantu raya dan pada si anak ada seekor. AlhamdulilLah setelah saya menyampaikan ceramah tentang Islam kesemua jin memeluk Islam dan saya pindahkan ke Madinah, Bi'iznilLah.

Mandian yang dilakukan sebelum ini memang bertujuan untuk menyakitkan jin-jin ini. Rawatan akan menjadi mudah apabila jin-jin ini dilemahkan. Semuanya atas kuasa Allah SWT jua.

Malam tadi saya dapat panggilan daripada si suami memberitahu adik-adiknya sedang kerasukan di Puchong. Kebetulan ibu mereka yang disyaki memiliki induk saka hantu raya memang tinggal bersama dengan mereka di situ. Saya hanya beritahu minum air doa sahaja, sebab saya tidak dapat menunaikan hajat merawat sampai ke rumah dalam keadaan tiba-tiba.

Hari ini si suami telefon saya lagi memberitahu adik-adiknya masih belum sihat sepenuhnya dan lagi parah si ibu pulak kerasukan dan menyeru yang bukan-bukan. Selain itu semua makanan dalam rumah menjadi busuk dan basi. Memang teruk gangguan yang berlaku.

Teori saya, kumpulan saka ini mula mengganas apabila rawatan mula dilakukan dan mereka terasa terancam dan mula bertindak menzalimi manusia!

*Ikan menjadi busuk apabila dibawa masuk dalam rumah!

Saya hanya mampu memberikan sedikit panduan sahaja kerana memang saya agak sukar untuk mobil sampai ke rumah tanpa temujanji. 

Semoga keluarga ini dapat bertemu dengan perawat yang berdekatan untuk membantu!

Sunday 9 March 2014

MERAWAT KELUARGA DIRAJA !!


Petang 8 Mac saya dijemput pemandu kepada seorang kerabat diraja naik kereta hybrid mewah Lexus CT200h ke banglo mereka di KL.


Saya dijemput untuk merawat isteri kerabat tersebut yang diganggu jin sihir. Rawatan yang saya lakukan menyebabkan si isteri kerasukan! Si suami terkejut melihat isterinya kerasukan kerana selama ini bertahun-tahun melakukan rawatan tetapi tidak pernah isterinya kerasukan. Itulah hebatnya apabila membaca ayat-ayat Allah, Bi'iznilLah.

AlhamdulilLah gangguan berjaya diatasi walaupun jin sihir ini degil. Saya terpaksa menamatkan riwayatnya!

Wednesday 5 March 2014

JANDA JANDA JANDA !! JANGANLAH BERCERAI. CARILAH PAKAR YANG BOLEH MEMBANTU MASALAH ANDA SUAMI ISTERI !!


Seorang wanita sentiasa menginginkan rumahtangga yang bahagia dan sempurna sampai ke akhir hayat. Tetapi impian itu bukan semudah untuk dilaksanakan. Apatah lagi selepas berkahwin baru masing-masing tahu 'true-color' pasangan kita. Malah ada yang tak terjangka itulah 'true-color'nya walaupun amat berbeza dengan watak dan imej yang kita lihat selama ini. Itu belum lagi kejutan budaya apabila masuk dalam kehidupan keluarga mertua. Boleh demam, pening dan segala bagai.

Rumahtangga yang bahagia tak semestinya indah 24 jam. Pasti ada pasang surutnya. Itulah bahagia yang ada pahit manis sebenarnya. Pahit manis itulah yang mendidik jiwa untuk menjadi seorang yang tabah mempertahankan 'masjid' Allah ini sampai ke hujung nyawa! Ini juga dinamakan peperangan iaitu peperangan mempertahankan rumahtangga daripada kalah dengan pelbagai macam serangan zahir dan batin.

Saya sentiasa mendidik hati saya agar sentiasa bersiap siaga menghadapi dugaan rumahtangga. Sifat sabar adalah senjata paling utama bagi seorang lelaki bernama suami. Kadang kala dugaan berlaku dari dalam dan luar rumahtangga. Secara jujur dugaan saya banyak berlaku dari luar. Tambahan pula saya seorang perawat dan sentiasa 'berperang' dengan bangsa jin. Acap kali juga ada dikalangan mereka ini cuba menduga rumahtangga saya. AlhamdulilLah, saya yakin dengan bantuan Allah SWT dan semua serangan dapat dipatahkan. Amat bahaya jika si suami 'kosong' dengan ibadah dan culas. Sedangkan saya yang sentiasa membaca ruqyah pun sering diusik. Inikan si suami yang mungkin tak memahami apa itu ruqyah.


Kebelakangan ini ada beberapa pesakit status janda datang membuat rawatan di PMR. Saya tak berhajat nak bercerita panjang, cuma semua pesakit ini memang mengalami gangguan spiritual sampai hancur rumahtangga! Nasi sudah jadi bubur...

Pengajaran dan iktibar kepada semua pembaca blog saya terutama yang sudah berkahwin, sila berhati-hati jika rumahtangga mulai 'panas'. SEGERALAH MENDAPATKAN RAWATAN PAKAR!

Saturday 1 March 2014

SAKITNYA KEPALA AKU NIH !! MRI SUDAH, CITY SCAN SUDAH, PAKAR SUDAH...SEMUA NOTHING !! KENAPA BISA SANGAT SAKIT KEPALA NIH ?!! ARGHHH 2 BULAN AKU SAKIT !!


Gempak betul tajuk di atas. Begitulah keluhan dan stress yang diluahkan seorang wanita yang datang ke pejabat saya hari petang tadi. Beliau bekerja di sebuah pejabat GLC kerajaan yang terkenal dan telah 2 bulan menanggung derita sakit kepala yang bukan kepalang.

Saya melihat matanya merah dan tangan yang bergetar menahan sakit kepalanya. Bagaimanapun beliau masih mampu bercerita perihal sakitnya kepada saya dengan sabar. Saya cuba terus mengoreksi sakitnya, perihal sejarah keluarga, tempat kerja dan yang paling penting pengalaman mimpinya.

*Mimpi jatuh dari tempat tinggi adalah SAKA!

*Mimpi sebarang unsur air adalah SIHIR!

Beliau menceritakan kepada saya bahawa beliau kerap bermimpi naik tempat tinggi dan jatuh. Serta bermimpikan unsur air yang banyak. Mimpinya menggambarkan gangguan jin saka (tempat tinggi) dan jin sihir (unsur air).

*NOTHING!

Saya juga bertanyakan apakah rawatan yang telah beliau lakukan sebelum berjumpa saya. Beliau menerangkan bahawa beliau telah melakukan MRI, CT Scan, blood-test, dan berjumpa ramai pakar perubatan. Ada doktor pakar mengatakan di bahagian belakang tengkuknya seperti ada tumor yang kecil yang menyebabkan kesakitan melampau dan perlu dimusnahkan dengan laser. Bagaimanapun pendapat itu disanggah oleh doktor yang lain. Bagaimanapun beliau tidak bersetuju untuk dirawat dengan laser dan hanya bergantung pada ubat-ubatan sahaja. Tetapi sakit kepalanya masih tidak berkurang! Malah ada doktor pakar yang merawatnya mengatakan bahawa beliau sihat dan tidak sakit!

Hinggalah kakaknya mencadangkan kepadanya untuk berjumpa saya. Kebetulan anak kakaknya pernah dirawat oleh saya dan pulih, Bi'iznilLah. Saya memberikan sedikit taklimat kepada beliau akan tatacara rawatan saya dan beliau bersetuju.

Mula sekali saya cuba untuk terus berinteraksi dengan puluhan jin dalam badannya. Bagaimanapun, hasrat saya itu dibuat endah tak endah sahaja oleh jin-jin tersebut. Saya memberikan amaran bahawa saya akan membacakan ruqyah yang akan menyakitkan mereka. Saya memulakan ruqyah dan tak sampai 10 minit membaca, jin-jin dalam badan pesakit mula menunjukkan kesakitan dan mahukan saya memberhentikan bacaan dan mereka ingin berinteraksi dengan saya.

Hasil interaksi, saya mendapati terdapat lebih daripada 10 ekor jin sihir dan seekor jin saka! Interaksi bercorak penyiasatan itu terus berterusan dan banyak maklumat yang saya perolehi termasuk ahli keluarga lain yang hadir. Kumpulan jin sihir mengaku menyebabkan sakit kepala kepada pesakit dan mengaku meletakkan pelbagai barangan sihir!

*Ilustrasi gangguan jin penyebab sakit kepala!

*Contoh barangan sihir yang terkenal digunakan!

Selesai berinteraksi saya menyuruh kumpulan jin ini balik ke tempat tinggal mereka dalam badan pesakit. Ada sebab saya memberikan arahan sebegitu. Saya meminta pesakit ini untuk mandi dengan kaedah saya selama 7 hari tanpa putus. Dan kemudian datang semula untuk susulan.

In shaa Allah, sesi akan datang saya akan merawatnya dengan intensif setelah kumpulan jin-jin ini lemah akibat mandi 7 hari tersebut yang juga meluluhlantakkan semua program, ikatan dan barangan sihir pada tubuh badan wanita ini, Bi'iznilLah.

*BEKAM baik untuk sakit kepala & banteras jin!

Hubungi saya untuk rawatan jin dan bekam!