f

f

Wednesday 25 June 2014

MAK BENGANG KAT ANAK, TAPI MAK YANG KENA RAWAT !! Saka Harimau & Nenek Kebayan.

Semalam datang seorang ibu dengan anak lelakinya umur 17 tahun ke pejabat PMR saya. Si ibu menceritakan perihal sosial anak tunggalnya yang jauh berubah. Ponteng sekolah, pemalas, keluar malam, sibuk nak kerja, malas solat dan segala bagai masalah. Untuk makluman si ibu ini adalah janda yang diceraikan selepas 3 bulan si anak dilahirkan. Bermakna si anak tiada kasih sayang dan didikan seorang ayah sejak dilahirkan.

Selepas panjang lebar si ibu menceritakan perihal anaknya, saya mula menyoal si ibu pulak perihal keluarganya. Setelah lama saya mendengar si ibu berceloteh panjang, saya mula merasakan aura kehadiran jin dikalangan mereka. Memang ini teknik saya suka mendengar cerita pesakit dulu untuk merasai kehadiran jin dalam badan mereka. Maaf saya tidak dapat menceritakan bagaimana rasa tersebut yang saya alami.

Dalam masa berbual dengan kedua beranak ini, sempat saya bertanyakan beberapa soalan penting untuk rujukan saya kepada mereka. Hanya soalan biasa seperti masalah kesihatan, makanan kesukaan, mimpi, emosi, cara tidur dan sebagainya. Jawapan yang saya dapat memungkinkan saya tahu jenis jin yang mengganggu iaitu SAKA HARIMAU!

Saya meminta untuk scan si ibu melalui matanya. Dan terbukti kehadiran jin yang mula gelisah. Kemudian saya scan anak lelakinya pula dan terbukti wujud gangguan jin juga. Untuk pengetahuan pembaca, biasanya anak yang bermasalah pasti akan berkait gangguan dari sumber ibunya. Dan kebanyakan begitu malah ada juga sumber dari bapanya. Dalam kes ini si bapa telah lama meninggalkan mereka dan sumber gangguan yang kuat sudah pasti dari si ibu.

Saya memberikan taklimat tatacara rawatan saya kepada kedua beranak ini. Saya mula merawat si ibu dahulu. Saya tidak membacakan ruqyah sebaliknya saya memanggil terus jin dalam badan si ibu! Dan kemudian si ibu tersenyum dengan gaya sengih seolah memperolokkan saya. Saya terus dengan segera memberikan beberapa amaran kepada jin. Jin mula perlahan memperolokkan saya selepas amaran yang saya berikan.

Jin mengakui adalah saka harimau datang dari bapa si ibu. (Maaf saya tidak berhajat menceritakan sejarah bapanya). Saka harimau ini bagaimanapun mula menunjukkan degilnya dan melupakan amaran saya. Saka mengakui terdapat berpuluh-puluh ekor dalam badan si ibu dan hanya 2 ekor sahaja dalam badan si anak. Saka juga mengakui adalah harimau putih asal dari Kerinchi tanah seberang.

Saya menyampaikan dakwah Islam untuk menyedarkan saka harimau ini, tetapi dakwah saya hanya mendapat sindiran sahaja. Waktu yang sama saka harimau ini memperlekehkan saya. Saya memberikan amaran berkali-kali agar bertaubat kepada Allah SWT dan menerima Islam. Sebaliknya saka harimau tetap berdegil juga. Saya terpaksa sembelih 3 ekor harimau sebagai peringatan kepada yang lain. AlhamdulilLah, baki semua saka harimau bersetuju memeluk Islam dan berhijrah ke Madinah.

Selepas semua saka harimau keluar, si ibu masih tidak sedarkan diri lagi. Rupa-rupanya masih ada jin lagi dalam badan si ibu. Kemudian jin ini tergelak-gelak setelah saya tebak dia adalah jin nenek kebayan sambil mulutnya menyebut berkali-kali, "Pandai engkau ye, memang pandai engkau!". Jin ini loghat seperti indonesia dan banyak cakap pula.

Seperti biasa saya menyampaikan dakwah Islam walaupun jin nenek kebayan ini degil. Akhirnya terpaksa saya sembelih nenek kebayan ini dan mati dengan izin Allah SWT. Si ibu mulai sedar dan tak tahu apa yang berlaku.

Saya teruskan rawatan kepada anak lelakinya. AlhamdulilLah, 2 ekor harimau putih bersedia memeluk Islam dan hijrah ke Madinah.

*Sang anak sedang dirawat.

*Jari kiri sedang kerasukan jin harimau putih memberitahu bilangan 2 ekor harimau.

* Jin sedang melafazkan syahadah.

*Jin sedang keluar melalui mulut dan berhijrah ke Madinah.


JIKA ANAK TERSAYANG ANDA DEGIL, CEPATLAH DAPATKAN RAWATAN ISLAM UNTUK MEMASTIKAN PUNCA MASALAH ANAK ANDA.

Tuesday 24 June 2014

JIN GANGGU SARAF PIPI DAN TERPAKSA DIPOTONG !! (FACIAL NERVE)

*Saraf Buccal branches yang dipotong.

Hari ini saya mendapat pesakit salah seorang pengurus di TM Headquarters. Beliau mengalami sakit saraf di pipi kanan. Beliau telah menderita sakit selama 3 tahun. Selama itulah beliau merantau ke pelusuk Malaysia termasuk selatan Thailand dan Indonesia mencari perawat atau bomoh handal untuk merawat sakitnya.

Bagaimanapun sakitnya tidak juga sembuh. Walaupun ada ketika sakitnya hilang beberapa lama tetapi akhirnya sakit pipinya datang semula. Sakit pipinya begitu ketara sehinggakan sakit apabila bercakap, makan malah hendak berjalan pun pipinya akan terasa sakit. Pendek kata, kalau bergegar sikit sahaja maka pipinya akan sakit bukan kepalang.

Sakit yang beliau alami tidak dapat diubati dengan ubat tahan sakit yang paling kuat! Akhirnya doktor memberikan ubat tidur sahaja. Makan pukul 6 petang dan terus tidur sampai pagi esok. Itupun mesti ubat tidur yang paling kuat juga! Beliau beritahu kepada saya, jika sakitnya terlalu teruk beliau terpaksa dikejarkan ke hospital dan disuntik 2 jarum morfin barulah sakitnya hilang buat sementara waktu!

Akhirnya setelah puas berubat dengan bomoh dan ubat hospital, beliau mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor pakar saraf muka terbaik Malaysia di salah sebuah hospital swasta di KL. Doktor pakar itu memeriksa sakit beliau dan mencadangkan operation dilakukan iaitu dengan memotong 2 saraf di pipi kanannya!

Setelah 2 kali menjalani pembedahan, sakitnya tetap juga tidak hilang! Dan ini mengejutkan doktor pakar yang merawatnya. Doktor pakar itu memberitahu, jika saraf ini dipotong maka sakitnya akan hilang terus. Tetapi sakitnya tetap juga ada!

Kebetulan keluarga doktor pakar itu pernah menerima rawatan saya sebelum ini kerana keluarganya pernah diganggu sihir. Lalu doktor pakar itu mencadangkan beliau untuk berjumpa saya kerana mengesyaki kes pesakitnya itu bukan lagi berkaitan sakit klinikal tetapi sakit mistikal.

Saya memberikan sedikit taklimat berkaitan rawatan saya kepada pesakit saya ini. Setelah beliau faham, saya memulakan bacaan ruqyah. Selang beberapa lama, jari tangan kanan pesakit mula bergerak-gerak dengan sendiri. Ya ini menunjukkan kehadiran jin saka!

Saya memulakan sesi soal-siasat dan mendapati saka ini jenis hantu raya. Saka juga mengakui memang perbuatannya menyakitkan pipi kanan pesakit! Waktu yang sama saya menyampaikan dakwah Islam menyeru jin saka ini memeluk Islam dan keluar pindah ke Madinah. AlhamdulilLah dakwah saya berjaya.

Bagaimanapun ada masalah yang timbul yang telah saya syaki akan berlaku. Pesakit sebelum ini menceritakan begitu banyak bomoh yang telah merawat beliau dan banyak juga barang-barang pelik yang diberikan bomoh kepadanya. Ini masalah yang berlaku iaitu banyak jin-jin yang menumpang dalam badannya hasil daripada beliau mendapatkan khidmat rawatan bomoh.

Semasa sesi mengeluarkan jin, saya mendapati terlalu banyak jin yang menghuni dalam badannya. Walaupun banyak yang telah saya keluarkan dengan izin Allah SWT tetapi masih banyak lagi berbaki. Akhirnya saya terpaksa sedarkan pesakit untuk mengetahui apa yang beliau rasai semasa rawatan saya.

Beliau memberitahu, semasa saya membaca ruqyah dan memberikan arahan kepada jin, beliau merasakan ada sesuatu yang bergerak sebanyak-banyaknya bermula dari atas kepala turun sampai ke tangan kanan dan kiri. Dan beliau merasakan memang ada sesuatu yang keluar dari tangan kanan dan kirinya. Dan waktu yang sama beliau juga merasakan ada yang banyak lagi yang naik-turun seolah tidak dapat keluar dan menyakitkan serta memberatkan kepalanya.

Akhirnya saya memberikan beliau panduan mandi yang akan meluluh-lantakkan semua jin dengan izin Allah SWT selama 7 hari berturut-turut. Beliau juga mengakui bahawa inilah pertama kali beliau dirawat dan terasuk!

Semoga Allah memudahkan urusan beliau dan kehidupan kembali normal.

Friday 13 June 2014

HARIMAU MENCABUL DI PUCHONG !!


Baru-baru ini saya merawat seorang remaja lelaki usia 14 tahun dari Puchong. Ibu bapanya terpaksa membawa anak mereka berjumpa saya kerana sudah tidak tahan dengan kerenah anak tunggal mereka ini.

Anak mereka ini cukup terkenal dengan masalah disiplin di sekolah. Seperti ponteng sekolah dan bergaduh. Terbaru anak mereka sedang disiasat oleh pihak polis kerana dituduh mencabul seorang pelajar perempuan!

Hasil soal-siasat saya mendapati memang wujud gangguan kepada anak lelaki mereka termasuk ibunya. Saya memulakan rawatan kepada si anak. Selang beberapa lama meruqyah, si anak mula kerasukan tetapi masih sedar cuma tidak dapat mengawal jari-jari tangannya akibat saya menarik semua gangguan berkumpul di jari tangannya.

Saya mengesyaki gangguan ini adalah saka harimau berdasarkan mimpi si anak dan sakit-sakit pada badannya. Dan jin yang merasuk mengakui mereka adalah saka harimau dan seramai 3 ekor jantan. Ketiga-tiga ekor harimau ini turut mengakui bahawa memang kerja mereka merosakkan si anak dengan mendorong si anak melakukan bermacam perlakuan negatif termasuklah MENCABUL!

Pada mulanya hanya seekor sahaja telah beriman kepada Allah SWT manakala 2 ekor lagi enggan memeluk Islam. Ini peluang saya untuk menyampaikan dakwah Islam kepada mereka.

AlhamdulilLah setelah agak lama mendengar ceramah ringkas berkaitan Islam yang disesuaikan oleh saya untuk bangsa jin kafir ini, akhirnya 2 ekor harimau yang degil bersetuju memeluk Islam dan berpindah keluar ke Madinah.

Selesai harimau ini mengucapkan 2 kalimah syahadah, saya memberikan nama Islam kepada mereka iaitu nama Abu Bakar, Umar dan Usman. Akhirnya ketiga ekor harimau ini saya pindahkan ke Madinah dengan izin Allah SWT.

UAK 012-2073938.

Thursday 12 June 2014

PIALA DUNIA ADALAH SIHIR !!


Pendapat saya seperti berikut ;

1) Menjauhkan umat Islam daripada Allah - leka dengan bola dan mengabaikan perintah solat.
2) Tanggungjawab keluarga terjejas - rutin keluarga terganggu kerana kemalasan dan mengantuk gara-gara Piala Dunia. Boleh bergaduh suami isteri.
3) Prestasi kerja merosot - kerja-kerja pejabat terganggu dan cara bekerja tidak optimum dan konsisten. Gaji boleh menjadi haram kerana tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan.
4) Gejala sosial remaja meningkat - seperti melepak sampai larut malam. Keadaan ini mengundang risiko gejala sosial sampingan yang lain seperti merokok, percampuran bebas, maksiat, hubungan dengan ibu/ayah terjejas dsbnya.
5) Pelajar sekolah banyak ponteng - kerana berjaga sampai larut malam dan ponteng ke sekolah.
6) Judi berleluasa - masalah judi akan menjadi bertambah buruk dan meninggalkan kesan yang amat buruk.

Admin UAK.

***Sila SHARE untuk peringatan bersama.

Sunday 8 June 2014

SEMBELIH HAMPIR 30 EKOR HARIMAU TUA, KURUS, KEBULURAN DAN DEGIL !


Petang semalam saya menerima keluarga dari Johor Bharu. Pesakit lelaki ini pernah saya rawat akibat gangguan sihir.

Beliau kini sakit lagi dan kebetulan baru jatuh pengsan dalam tandas semasa reunion keluarga di Port Dickson sehinggakan berdarah kepala sebelum datang ke pejabat saya. Beliau juga memberitahu baru-baru ini beliau mimpi dikerumuni berpuluh-puluh ekor harimau tua dan semuanya kurus! Dan semasa beliau berjalan, semua harimau itu mengekor dari belakangnya! Masalah besar ni!

Saya agak terkejut dengan cerita mimpi beliau itu kerana saya menjangkakan masih lagi ada serangan sihir. Saya terus meminta beliau pejamkan mata dan letakkan kedua tangan atas meja saya. Saya kemudian meletakkan tangan kanan saya atas kepalanya. Kemudian saya membacakan dengan kuat Salawat Tafrijiyyah dan beberapa ayat Al-Quran yang lain untuk merasuk pesakit.

Pesakit kerasukan dan mendengus beberapa kali sambil tangan menggaru meja saya seperti harimau. Saya mulakan sesi soal jawab dengan harimau yang seperti letih dan penat. Maklumat yang saya dapat, terdapat hampi 30 ekor harimau dalam badan pesakit dan kesemuanya kebuluran.

Kumpulan besar harimau ini rupanya masuk dalam badan pesakit kerana untuk menjaga pesakit dari serangan sihir yang bertubi-tubi mengganggunya. Sihir yang saya rawat dahulu telah hilang semuanya (Bi'iznilLah) bagaimanapun terdapat sihir baru yang dihantar untuk memusnahkan pesakit. Kumpulan harimau ini memberitahu saya bahawa mereka masuk dalam badan pesakit selepas 7 hari pesakit habis mandi (mandi ubat kaedah saya) iaitu pada hari ketiga. Mereka masuk melalui kaki kanan pesakit dan memang pesakit memberitahu saya memang kaki kanannya sakit dari tapak kaki sampai lutut.

Harimau ini juga memberitahu saya memang kerja mereka jatuhkan pesakit dalam tandas sampai pengsan dan berdarah kepala dengan tujuan untuk menghalang pesakit dari datang berjumpa saya.

Harimau juga memberitahu mereka datang dari keris dalam simpanan ayah angkat pesakit. Dan kenapa mereka menjadi kurus kerana ayah pesakit telah bertahun tidak memberikan mereka makan. Cara makan mereka ialah dengan mengasap keris dan gosok limau nipis pada waktu Maghrib setiap hari Jumaat.

Selesai sesi soal siasat, saya menyampaikan dakwah Islam dan bagaimanapun kesemua harimau ini tidak mahu memeluk Islam dan tidak mahu keluar. Bertubi-tubi saya memujuk mereka masuk Islam tetapi mereka enggan. Sebaliknya inilah jawapan mereka kepada saya,
"APA KAU PEDULI!"

Pantang betul saya dengan jin kurang ajar ni! Lantas saya menyiapkan 'pedang tajam dan besar' dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran untuk menyembelih kepala semua harimau ini.

Saya memegang tengkuk pesakit dan meletakkan pedang saya di leher pesakit dan menyembelih beberapa kali. Pesakit meraung-raung kesakitan dan terkejang-kejang badan menahan sakit. Akhirnya pesakit diam dan saya menghentikan sembelihan saya.

Saya memberikan salam dan pesakit sedar, AlhamdulilLah selesai dengan izin Allah SWT.