f

f

Monday 5 January 2015

RAWAT 2 BERADIK DIGANGGU SAKA HARIMAU DAN ULAR !



Petang tadi datang sekeluarga dari Nilai, N9. Hajat mereka nak rawat sekeluarga tetapi saya hanya mampu rawat kedua anak lelaki sahaja. Kerana rawatan kedua anak lelaki ini dah meletihkan saya akibat terlalu lama menyampaikan dakwah kepada jin2 saka ini untuk memeluk Islam. Kasihan mereka kerana saya biarkan lama kerasukan.

Gambar anak lelaki baju biru kerasukan saka ular sementara anak lelaki baju hitam kerasukan harimau. AlhamdulilLah sebahagian besar jin saka berjaya saya Islamkan dan hijrahkan mereka ke kota suci Madinah. Manakala saki baki jin saka yang degil saya sembelih sahaja.

Kumpulan jin saka ini datang dari sebelah keturunan bapa mereka. Bapa mereka mengakui bahawa memang ada terdengar cerita saka dalam keturunan mereka. Malah ada adik-beradiknya kerap ternampak harimau tua yang tempang di rumah lama di kampung mereka di Johor. Bukan itu sahaja, malah kerap ada nampak bekas tapak kaki harimau yang besar-besar di dinding rumah (pakcik saudara di Pahang) seolah tapak kaki bekas berjalan!

Bi'iznilLah...

UAK.012.2073938
http://www.motivasisurvivor.com/
http://www.ustazahmadikajang.blogspot.com/
http://www.penderasrezekiislami.blogspot.com/
http://www.bekamanugerah.blogspot.com/

FB : Ustaz Ahmadi Kajang
FB : Pusat Motivasi dan Ruqyah

NAK RAWAT ORANG LAIN, TAPI DIRI SENDIRI YANG DIRAWAT !



Puan S bawa mak mertuanya yang sakit darah tinggi untuk dirawat oleh saya. Meter darah mak mertuanya naik melebihi 200 tapi masih elok berjalan dan tak pitam. Semasa saya interview mak mertuanya, saya langsung tidak dapat mengesan sebarang kehadiran jin dalam tubuh mak mertuanya. Tetapi saya dapat mengesan kehadiran jin dalam badan puan S yang sedang duduk & berbual bersama tetamu yang lain.

Saya lantas memanggil puan S untuk saya scan. SAH, memang ada kumpulan jin! Puan S terkesima dan menjawab beberapa soalan saya yang ada kaitan dengan jin. Semua jawapan menjurus kepada gangguan jin sihir! Puan S setuju untuk dirawat. Saya memulakan rawatan dan seperti biasa saya akan memanggil jin dalam badan pesakit untuk berinteraksi. Puan S kerasukan.

Puan S kerasukan beberapa ekor jin sihir. Kumpulan jin sihir ini dihantar untuk mengganggu keluarga puan S (termasuk ibu mertuanya yang tinggal bersama) atas sebab-sebab tertentu. Saya arahkan kumpulan jin sihir ini membuang barangan sihir pada puan S termasuk barang sihir di kepala ibu mertuanya yang membuatkannya sakit darah tinggi. Setelah semua barangan sihir dibuang saya menyampaikan dakwah Islamiah agar kumpulan jin ini beriman kepada Allah SWT. Dakwah berjaya! AlhamdulilLah.

Kumpulan jin ini saya Islamkan dan hijrahkan mereka ke Kota Suci Madinah Al-Munawwarah. Allahu Akbar!

Selepas puan S, dia beritahu nampak orang yang dimaksudkan. Saya beritahu jangan percaya 100% tetapi berhati2lah dengan individu tersebut.

Bi'iznilLah...

UAK.012.2073938
http://www.motivasisurvivor.com
http://www.ustazahmadikajang.blogspot.com
http://www.penderasrezekiislami.blogspot.com
http://www.bekamanugerah.blogspot.com

FB : Ustaz Ahmadi Kajang
FB : Pusat Motivasi dan Ruqyah