f

f

Friday, 8 November 2013

CERAIKAN AKU ! JIN MINTA CERAI !


8 Nov 2013, Jumaat, 5 ptg - Satu keluarga dari Klang datang ke pejabat saya untuk rawatan. Janji masa jam 3 petang tetapi terlalu banyak halangan yang melewatkan sampai jam 5 petang.

Keluarga ini pernah saya merawat gangguan jin saka yang berpunca daripada saka datuk sebelah ibu yang tinggal di Pekan Baru Indonesia. Beberapa bulan dulu saya mula merawat salah seorang anak remaja lelaki yang cukup bermasalah dari keluarga ini. Dari situlah mula keluarga ini tahu rupanya ada gangguan saka yang menyerang keluarga mereka. Kemudian mulalah beberapa siri rawatan kepada beberapa ahli keluarga ini yang kesemuanya berpunca daripada gangguan saka yang sama.

Hari ini saya merawat seorang ahli keluarga mereka iaitu anak perempuan yang sudah berumahtangga dan memiliki seorang cahayamata perempuan berusia 2 tahun. Rumahtangga perempuan cukup berantakan berpunca daripada si isteri yang teramat emosi, panas baran tak tentu fasal, suka minta cerai dengan suami dan paling menyediahkan belasah suami seperti penampar dan tendang! Saya tak terkejut kerana itulah yang berlaku antara suami isteri jika diganggu jin. Mujur si suami seorang yang penyabar walaupun masalah ini telah berlarutan selama 5 tahun usia perkahwinan mereka. Pesakit ini juga kerap sakit pinggang dan di bahagian perut.

Sebelum memulakan sesi ruqyah, saya dapati pesakit ini sudah mula gelisah dan tak keruan duduknya. Sedikit taklimat saya berikan berkaitan rawatan yang akan saya lakukan. Saat memejam mata sahaja sudah kelihatan gangguan pada mata iaitu bergetar teruk tanda jin2 sudah mula ketakutan. Saya memulakan BismilLah 3 kemudian BismilLah 5 dan memanggil jin untuk terus berunding. Jin tunjuk degil dan tak layan saya walaupun sudah ketakutan. Saya berikan amaran bahawa saya akan membacakan ruqyah panjang yang amat menyakitkan jika jin tidak mahu bekerjasama. Jin masih dan saya meneruskan ruqyah.

Setelah 20 minit meruqyah dan kurung jin di tapak tangan kiri, maka bermulalah sesi interaksi saya dengan jin saka ini. Kumpulan jin ini terlalu ramai iaitu genap 30 ekor! Sambil saya memberikan dakwah Islam sambil itu juga spray air ruqyah sebanyaknya untuk membuktikan kehebatan ayat2 Allah SWT. Jin mula insaf dan bersetuju memeluk Islam. Untuk makluman jin saka ini adalah jenis harimau. Memang telah saya jangkakan berdasarkan susur galur keturunan dari Indonesia.

Selesai sesi memeluk Islam, saya arahkan semua jin saka ini keluar pergi ke Madinah. AlhamdulilLah, 29 ekor berjaya keluar melalui tangan dan mulut, dan mengambil masa hampir satu jam! Bagaimanapun hanya seekor yang tinggal dengan alasan tak boleh keluar dan asyik menjerit sakit di tangan. Asalnya jin ini hanya berdiam diri sahaja, tetapi apabila saya berjaya mengesan keras kepalanya dan menipunya, jin akhirnya menangis terlolong2 dan mula bercakap dengan saya. Jin mengaku tidak jujur peluk Islam dan tak nak keluar. Walaupun saya masih memberi peluang taubat kepadanya, jin masih degil kerana sudah sayang kepada empunya badan.

Saya terpaksa menamatkan riwayat jin ini, Bi'iznilLah. Kemudian pesakit sedar dan letih yang teramat sangat. AlhamdulilLah Allah Maha Kuasa, Allah Maha Kaya, tahniah untuk Allah, pesakit bersih dari gangguan jin! Saya berikan amalan dan panduan untuk pendinding.


Saya beritahu kepada pesakit, bahawa yang selalu bergaduh dengan suaminya selama ini adalah berpunca daripada kumpulan jin2 saka yang menumpang dalam badannya. Dan jin itulah yang menumpang mulut pesakit menjerit, melalak minta cerai sampai lebih 50 kali selama perkahwinan mereka. Dan jin2 itulah juga yang menumpang kaki dan tangan pesakit untuk belasah suaminya selama ini!

No comments:

Post a Comment