Pagi Sabtu baru ini saya dikunjungi satu keluarga dari KL. Pasangan suami isteri membawa 4 anak, 2 perempuan dan 2 lelaki. Pasangan ini berhajat untuk merawat gejala negatif dua anak perempuan iaitu sulung dan no.2, masing2 umur 16 tahun dan 12 tahun. Antara gejala negatif yang menghantui ialah suka buang masa dengan HP, malas mengemas, degil dan kuat berkhayal.
Saya mengambil masa pendek menginterview kedua anak ini kerana saya tahu bukan mereka puncanya. Saya terus memanggil si ibu yang memerhati sahaja di belakang untuk duduk di hadapan saya. Kedua anaknya saya arahkan duduk di tepi dahulu. Saya meminta si ibu memejamkan mata dan kelopak matanya terus berketar sampaikan nak terbuka matanya. Saya bertanya kepada si ibu, pernah ke matanya berkeadaan begitu sebelum ini? Si ibu memberitahu tidak pernah. Saya katakan puan positif jin! *Bila pesakit berhadapan perawat memang jin akan tak keruan dan simptom mudahnya ialah getaran pada kelopak mata.
Saya kemudian meminta izin untuk meruqyah si ibu. Selepas 20 minit meruqyah, saya memanggil jin saka yang bersarang untuk berinteraksi dengan saya. Sesi interaksi berlangsung dengan lancar. Jin mengaku jin Islam cuma saya gagal mengenalpasti jenis saka yang mengganggu. Hasil siasatan, saya mendapati ada 2 ekor pada beliau, masing2 ada 2 ekor pada kedua anak perempuannya. Dan jin2 inilah yang mendorong anak2 ini bersikap negatif.
Saya menjalankan sesi dakwah kepada 2 ekor jin saka pada si ibu, ajak bertaubat dan hantar ke tempat suci lagi berkat. Sesi yang sama juga saya jalankan kepada 2 anak perempuannya. AlhamdulilLah, semua jin saka berjaya dikeluarkan.
INGAT! JIKA ANAK ANDA ADA GEJALA NEGATIF SILA DAPATKAN RAWATAN ISLAM UNTUK MENGENALPASTI PUNCA SEBENAR. JANGAN TERUS MENGHUKUM ATAU PUKUL MEREKA. HUBUNGI SAYA 012-2073938.
No comments:
Post a Comment