Sabtu lepas saya didatangi seorang wanita dari Klang yang mengidap sakit kanser payudara. Sebelah payudaranya telah dibuang kerana tidak dapat diselamatkan lagi. Kini doktor mengesahkan pulak beliau turut mengidap kanser tulang. Saya amat bersimpati dengan wanita muda ini yang seolah berumur 70 tahun tatkala melihat pergerakannya yang cukup perlahan dan berhati2 kerana menanggung sakit yang tidak terperi. Jalannya cukup perlahan dengan badannya membongkok sambil terpaksa memegang apa sahaja yang berdekatan untuk menyokong pergerakan badannya.
Wanita ini datang bersama suami dan anak lelaki usia 3 tahun. Pasangan ini mengusahakan kantin di sebuah kilang di Klang dan pada waktu yang sama mengusahakan katering. AlhamdulilLah, kantin yang diusahakan mendatangkan pulangan yang lumayan. Bagaimanapun, si isteri mula sakit2 di bahagian payudara sehinggalah doktor mengesahkan kanser dan terpaksa membuang sebelah payudaranya sebelum merebak ke sebelah lagi. Perniagaan kantin dan katering mula terganggu akibat penyakit yang dideritai si isteri.
Pasangan ini ingin mencuba rawatan Islam setelah mereka menghubungi saya bertanyakan adakah kanser juga disebabkan gangguan jin? Saya mengiyakannya!
Sebelum memulakan ruqyah saya memberikan sedikit taklimat kepada wanita ini berkenaan teknik ruqyah saya. Beliau faham dan bersedia. Saat beliau memejamkan matanya terus kelopak matanya bergetar dengan teruk sampai sukar beliau hendak memejamkan matanya. Ini tanda positif tubuh beliau dihuni jin. Saya terus memulakan ruqyah sampai habis.
Kemudian saya memanggil jin yang kesakitan dan tak keruan akibat saya bacakan ayat2 Allah SWT. Jin terus menyerah diri untuk berinteraksi dengan saya setelah saya mengancam dengan ayat2 Allah SWT. Jin mengaku jin sihir dan menyebabkan wanita ini sakit.
Saya agak terkejut apabila diberitahu jin kumpulannya melebihi 10 ekor jin menghuni badan wanita ini. Saya mengesyaki kumpulan ini adalah jin hindu. Kerana pengalaman saya, biasanya jin sihir yang begini ramai adalah dikalangan jin hindu. Bagaimanapun, semua jin ini menerima dakwah yang saya sampaikan dan memeluk Islam. Cuma kumpulan jin ini tidak mampu membuang kesemua barang sihir yang diletakkan mereka pada tubuh wanita ini. Dengan izin Allah SWT, saya menarik keluar kesemua jin ini dan menghantar ke tempat suci lagi berkat.
Selesai merawat, saya bertanyakan kepada wanita ini, adakah beliau nampak sesiapa semasa sesi rawatan tadi. Dia nampak wajah seorang lelaki India yang turut menginginkan kantin yang diusahakan mereka di kilang. Wallahu'alam.
Saya memberikan beberapa amalan penting untuk DIY di rumah. Semoga beliau cepat sembuh.
No comments:
Post a Comment