Baru-baru ini saya merawat seorang remaja lelaki usia 14 tahun dari Puchong. Ibu bapanya terpaksa membawa anak mereka berjumpa saya kerana sudah tidak tahan dengan kerenah anak tunggal mereka ini.
Anak mereka ini cukup terkenal dengan masalah disiplin di sekolah. Seperti ponteng sekolah dan bergaduh. Terbaru anak mereka sedang disiasat oleh pihak polis kerana dituduh mencabul seorang pelajar perempuan!
Hasil soal-siasat saya mendapati memang wujud gangguan kepada anak lelaki mereka termasuk ibunya. Saya memulakan rawatan kepada si anak. Selang beberapa lama meruqyah, si anak mula kerasukan tetapi masih sedar cuma tidak dapat mengawal jari-jari tangannya akibat saya menarik semua gangguan berkumpul di jari tangannya.
Saya mengesyaki gangguan ini adalah saka harimau berdasarkan mimpi si anak dan sakit-sakit pada badannya. Dan jin yang merasuk mengakui mereka adalah saka harimau dan seramai 3 ekor jantan. Ketiga-tiga ekor harimau ini turut mengakui bahawa memang kerja mereka merosakkan si anak dengan mendorong si anak melakukan bermacam perlakuan negatif termasuklah MENCABUL!
Pada mulanya hanya seekor sahaja telah beriman kepada Allah SWT manakala 2 ekor lagi enggan memeluk Islam. Ini peluang saya untuk menyampaikan dakwah Islam kepada mereka.
AlhamdulilLah setelah agak lama mendengar ceramah ringkas berkaitan Islam yang disesuaikan oleh saya untuk bangsa jin kafir ini, akhirnya 2 ekor harimau yang degil bersetuju memeluk Islam dan berpindah keluar ke Madinah.
Selesai harimau ini mengucapkan 2 kalimah syahadah, saya memberikan nama Islam kepada mereka iaitu nama Abu Bakar, Umar dan Usman. Akhirnya ketiga ekor harimau ini saya pindahkan ke Madinah dengan izin Allah SWT.
UAK 012-2073938.
No comments:
Post a Comment