f

f

Tuesday, 24 June 2014

JIN GANGGU SARAF PIPI DAN TERPAKSA DIPOTONG !! (FACIAL NERVE)

*Saraf Buccal branches yang dipotong.

Hari ini saya mendapat pesakit salah seorang pengurus di TM Headquarters. Beliau mengalami sakit saraf di pipi kanan. Beliau telah menderita sakit selama 3 tahun. Selama itulah beliau merantau ke pelusuk Malaysia termasuk selatan Thailand dan Indonesia mencari perawat atau bomoh handal untuk merawat sakitnya.

Bagaimanapun sakitnya tidak juga sembuh. Walaupun ada ketika sakitnya hilang beberapa lama tetapi akhirnya sakit pipinya datang semula. Sakit pipinya begitu ketara sehinggakan sakit apabila bercakap, makan malah hendak berjalan pun pipinya akan terasa sakit. Pendek kata, kalau bergegar sikit sahaja maka pipinya akan sakit bukan kepalang.

Sakit yang beliau alami tidak dapat diubati dengan ubat tahan sakit yang paling kuat! Akhirnya doktor memberikan ubat tidur sahaja. Makan pukul 6 petang dan terus tidur sampai pagi esok. Itupun mesti ubat tidur yang paling kuat juga! Beliau beritahu kepada saya, jika sakitnya terlalu teruk beliau terpaksa dikejarkan ke hospital dan disuntik 2 jarum morfin barulah sakitnya hilang buat sementara waktu!

Akhirnya setelah puas berubat dengan bomoh dan ubat hospital, beliau mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor pakar saraf muka terbaik Malaysia di salah sebuah hospital swasta di KL. Doktor pakar itu memeriksa sakit beliau dan mencadangkan operation dilakukan iaitu dengan memotong 2 saraf di pipi kanannya!

Setelah 2 kali menjalani pembedahan, sakitnya tetap juga tidak hilang! Dan ini mengejutkan doktor pakar yang merawatnya. Doktor pakar itu memberitahu, jika saraf ini dipotong maka sakitnya akan hilang terus. Tetapi sakitnya tetap juga ada!

Kebetulan keluarga doktor pakar itu pernah menerima rawatan saya sebelum ini kerana keluarganya pernah diganggu sihir. Lalu doktor pakar itu mencadangkan beliau untuk berjumpa saya kerana mengesyaki kes pesakitnya itu bukan lagi berkaitan sakit klinikal tetapi sakit mistikal.

Saya memberikan sedikit taklimat berkaitan rawatan saya kepada pesakit saya ini. Setelah beliau faham, saya memulakan bacaan ruqyah. Selang beberapa lama, jari tangan kanan pesakit mula bergerak-gerak dengan sendiri. Ya ini menunjukkan kehadiran jin saka!

Saya memulakan sesi soal-siasat dan mendapati saka ini jenis hantu raya. Saka juga mengakui memang perbuatannya menyakitkan pipi kanan pesakit! Waktu yang sama saya menyampaikan dakwah Islam menyeru jin saka ini memeluk Islam dan keluar pindah ke Madinah. AlhamdulilLah dakwah saya berjaya.

Bagaimanapun ada masalah yang timbul yang telah saya syaki akan berlaku. Pesakit sebelum ini menceritakan begitu banyak bomoh yang telah merawat beliau dan banyak juga barang-barang pelik yang diberikan bomoh kepadanya. Ini masalah yang berlaku iaitu banyak jin-jin yang menumpang dalam badannya hasil daripada beliau mendapatkan khidmat rawatan bomoh.

Semasa sesi mengeluarkan jin, saya mendapati terlalu banyak jin yang menghuni dalam badannya. Walaupun banyak yang telah saya keluarkan dengan izin Allah SWT tetapi masih banyak lagi berbaki. Akhirnya saya terpaksa sedarkan pesakit untuk mengetahui apa yang beliau rasai semasa rawatan saya.

Beliau memberitahu, semasa saya membaca ruqyah dan memberikan arahan kepada jin, beliau merasakan ada sesuatu yang bergerak sebanyak-banyaknya bermula dari atas kepala turun sampai ke tangan kanan dan kiri. Dan beliau merasakan memang ada sesuatu yang keluar dari tangan kanan dan kirinya. Dan waktu yang sama beliau juga merasakan ada yang banyak lagi yang naik-turun seolah tidak dapat keluar dan menyakitkan serta memberatkan kepalanya.

Akhirnya saya memberikan beliau panduan mandi yang akan meluluh-lantakkan semua jin dengan izin Allah SWT selama 7 hari berturut-turut. Beliau juga mengakui bahawa inilah pertama kali beliau dirawat dan terasuk!

Semoga Allah memudahkan urusan beliau dan kehidupan kembali normal.

1 comment:

  1. Rawatan pengasih ilmu putih jarak jauh/jarak dekat

    -tunang/kekasih berpaling hati
    -minyak pengasih
    -pelaris niaga
    -pelet
    -pemikat
    -buka aura
    -santau sum power
    -pelaris dalam galian
    -santau angin
    -santau tepuk bantal
    -santau patung
    -santau Siam
    -santau di Kedah
    -ilmu pengasih
    -ilmu penunduk
    -buka aura

    Insha allah semua masalah bole selesai berkat ridho dan izin maha kuasa amin...

    WhatsApp +62 822 4631 1483




    ReplyDelete