f

f

Monday, 30 September 2013

RAWATAN SAKA DI PUCHONG


29 Sept 2013 (Ahad) - Saya berangkat ke Pulau Meranti Puchong Selangor. Saya dijemput untuk buat rawatan saka ke atas seorang nenek tua yang terlantar sakit hampir setahun.

Apabila saya sampai di rumah kg mereka, kelihatan agak ramai anak dan menantu yang berkumpul. Memang itulah yang saya hajatkan kerana untuk scan kesemua anaknya seramai 9 orang. Saya melihat keadaan nenek tua yang terbaring bongkok dengan kaki terlipat. Kakinya sudah keras untuk diluruskan. Makan minumnya pula melalui tiub terus ke hidung. Mata hanya terkelip2 melihat saya. Tangan kirinya dibalut kerana si nenek suka mencabut tiub yang ada di hidung. Sementara tangan kiri seperti menunjuk2 ke arah belakangnya.

Saya memulakan sesi interview kepada anak2nya yang hadir. Saya dapati ada seorang anak perempuannya no.3 agak aktif dengan pengalaman mistik secara nyata dan dalam mimpi. Saya memulakan sesi ruqyah kepada si anak yang berusia 40-an itu. Ketika sesi ruqyah berlangsung, kaki kirinya mula terpetik2. Anak2 lain yang melihat mula terkejut. Saya semakin mengeraskan bacaan ruqyah, pesakit mula berkerut muka dan menangis.

Selesai ruqyah, saya mula berinteraksi dengan jin dalam badan pesakit. Saya mendapat beberapa jawapan. Antaranya jin ini ialah saka harimau dari ibunya. Kumpulan jin ini begitu ramai dan ada yang telah menghuni di dalam tubuh badan kebanyakan anak2 dan cucu. Kumpulan ini juga mempunyai rumah iaitu berupa sebatang keris lama!

Saya meminta keris tersebut dan mematikan unsur mistik yang menghuni pada keris itu. Selesai meruqyah, saya memberikan beberapa panduan untuk diamalkan kepada keluarga tersebut. Dan paling penting berserah kepada Allah SWT dan berdoa segalanya diselesaikan dengan baik.

Untuk makluman pembaca, nenek tua ini adalah empunya keris tersebut. Dan beliau mula sakit2 selepas menerima keris tersebut daripada arwah kakaknya. Nenek tua ini pula mempunyai kemahiran merawat anak2 yang sawan yang diwarisi daripada arwah kakaknya. Semasa arwah kakaknya masih hidup, keris ini ditempatkan dalam bilik yang serba kuning dan dibalut dengan kain kuning. Sekarang ini keris ini dijaga oleh anak sulung perempuan nenek tersebut. Malah si anak ini turut pandai merawat kes2 sawan dengan putus ubat seperti pulut kuning, telur goreng tawar dan pengeras.

AlhamdulilLah dengan izin Allah, saya telah matikan rumah jin tersebut.

*Saya tidak dapat kongsi gambar sebenar keris tetapi keris pusaka itu hampir menyerupai seperti gambar keris di atas.

Tuesday, 24 September 2013

SAYA KEMALANGAN YANG ANEH!


24 Sept 2013, Selasa - Jam 6:30 petang di Taman Tasik Cempaka Bangi pasti menjadi satu sejarah penting dalam hidup saya. Saya, isteri dan anak kemalangan! Kereta kami dilanggar sebuah motor dari arah belakang.

Ketika memandu keluar (reverse) dari bahu jalan tiada sebarang kenderaan dari arah belakang. Tetapi dengan tak semena-mena datang sebuah motor menghentam 'side mirror' pemandu dan motor terus ke depan jalan dengan penunggang dan pemboncengnya tercampak atas jalan. Salah seorang seperti sujud mencium jalan dengan tak bergerak. Saya dan orang ramai terus meluru ke arahnya dan mengangkatnya ke tepi jalan. Setelah dipanggil beberapa kali baru beliau tersedar dan duduk dan berdiri terus dipapah orang ramai masuk ke dalam kereta seorang yang simpati untuk menghantar beliau ke Hospital Serdang.

Saya kembali ke kereta saya dan fikiran mula berkecamuk dengan kemalangan tersebut. Orang ramai mula membantu dan menyabarkan saya. Terima kasih kepada Kak Mas dan Abg Hatta yang menumpangkan kami di rumah mereka untuk solat Maghrib dan terus membawa kami ke Balai Polis Kajang untuk repot. Kereta saya dibawa ke bengkel di Balakong untuk urusan seterusnya.

Saya mula mengkaji cara langgar, cara hentam dan segalanya yang berkaitan. Lagi menguatkan perasaan aneh saya bila sarjan polis mengatakan, kenapa tak langgar dari bahagian tepi belakang dan terus sampai ke depan? Saya pula berasa aneh, sepatutnya motor itu langgar terus belakang kereta dan bukan hentam tepi pemandu kerana dia dari arah belakang. Kemudian hentaman motor sahaja bagaikan seperti berlanggar dengan kereta. Sarjan polis pun terkejut melihat gambar kereta saya yang kemik teruk hanya dilanggar motor. Anehnya lagi, motor tak rosak teruk pun!

Saya mula tak sedap hati apabila beberapa hari lepas, kasut saya terjatuh dalam tasik Putrajaya ketika menaiki Cruise. Saya cukup jarang berlaku bab tak sengaja dalam hidup saya. Kerana saya jenis orang yang berhati2. Di samping itu juga saya mula perasan ada gangguan kuat sedang menyerang kami sekeluarga. Maaf saya tak dapat huraikan apa bentuk serangan, kerana nanti ada yang mengatakan saya terlalu mistik. Tetapi kehidupan sebagai perawat memang banyak dugaannya. Jika tak kena kepada perawat, maka anak isteri akan jadi mangsa. Terutamanya bomoh2 sihir yang berdendam!

Balik kepada kisah kereta saya, saya yakin ada tenaga aneh yang menyebabkan kemalangan itu berlaku. Untuk pengetahuan anda, orang ramai nampak motor tersebut dari lane kanan dan tiba2 masuk lane kiri bahagian kereta saya dan terus melanggar bahagian pintu. Kenapa dia dari lane kanan dan masuk lane kiri yang ada kereta MPV saya? Teori saya yang pertama, mungkin pemandu motor nampak sesuatu dan cuba mengelak. Tetapi atas jalan tiada apa untuk dielak. Mungkin ada sesuatu yang timbul dihadapannya dan hanya dia yang nampak sahaja, Wallahu'alam. Teori saya yang kedua, mungkin 'handle' motornya tiba2 digerakkan ke arah kereta saya dan berlanggar, Wallahu'alam.

Sebenarnya saya dalam perjalanan ke pejabat saya di Reko Sentral untuk sesi rawatan satu keluarga pesakit dari Kelang. Keluarga ini pernah saya rawat dahulu dan kini rawatan susulan untuk ahli keluarga yang lain. Sebelum kemalangan juga saya berisytihar secara keras dalam kereta akan menamatkan gangguan yang mengganggu keluarga saya bila sampai pejabat nanti. Dan saya merasakan kemungkinan gangguan jin keluarga Kelang atau keluarga saya yang menyebabkan kemalangan tersebut! Bagaimanapun hati kecil saya kuat mengatakan kemalangan ini berpunca daripada jin yang mengganggu keluarga saya! Wallahu'alam.

Saya teringat kisah sahabat saya seorang perawat dari Johor nak datang merawat seorang doktor pakar di Kajang. Dalam perjalanan beliau kemalangan ringan di lebuhraya. Tetapi beliau langsung tidak memberitahu doktor pakar tersebut tentang kemalangan yang beliau hadapi. Ketika sesi meruqyah, doktor tersebut kerasukan jin dan terus ketawakan sahabat saya. Jin itu berkata, aku yang menyebabkan kau kemalangan tadi! Terkejut sahabat saya kerana jin itu tahu beliau kemalangan kerana dia yang melakukannya!

YA ALLAH TERIMA KASIH ATAS DUGAAN DUNIA YANG MEMENATKAN INI.
SEMOGA AKU TIDAK PENAT DAN AKU SIHAT SAAT DI BARZAKH NANTI.
AMIN YA RABBAL ALAMIN...

Syukur AlhamdulilLah kami sekeluarga selamat...

Monday, 23 September 2013

KEM BERSIH AKHLAK DAN BERSIH JIN !! DAFTAR, JANGAN TAK DAFTAR !!


Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Info lanjut @ http://www.motivasisurvivor.com.

Hubungi Ustaz Ahmadi Haji Din 012-2073938

JIN DI MASJID BESI PUTRAJAYA!


23 Sept 2013, Isnin - Jam 11 pagi saya menerima tetamu ibu dan anak perempuan usia 15 tahun dari Putrajaya. Si ibu menceritakan anaknya mempunyai masalah remaja yang agak serius. Minggu lepas sampai 3 hari anaknya melarikan diri dari rumah ikut kawan sampai ke Bandar Tun Razak, KL.

Kemudian menemui anaknya di Masjid Besi Putrajaya sekitar jam 3 pagi bersama dengan seorang kawan perempuan sebayanya setelah puas memujuk anaknya balik ke rumah. Selain masalah lari dari rumah, anaknya juga mula menunjukkan keinginan seksual seperti menyimpan video2 lucah dalam hp. Masalah lain seperti malas, kuat tidur, suka berjaga malam sambil 'bergayut' di telefon dengan boyfriend, ponteng sekolah, melawan dan tinggi suara.

Saya interview si anak dan mendapati beliau pernah bermimpi perkara yang berkaitan dengan gangguan jin. Matanya juga agak aktif melihat kelibat dan lintasan. Semasa saya interviewnya, saya dapati matanya sentiasa mengelak daripada bertembung dengan mata saya dan beliau mula gelisah.

Saya mula meruqyah dan tak sampai 10 minit mula kelihatan gangguan menampakkan diri. Kepala si anak mula terangguk2 dan jari-jemarinya mula terlompat2. Paling ketara mata yang dipejam terbuka sedikit menampakkan putih mata dan biji mata naik ke atas. Hasil sesi interview saya telah tahu ini saka ular dan jin mengakuinya. Dan jin mengakui datang dari sebelah keturunan ayahnya. Untuk makluman, ayahnya telah lama meninggal dunia akibat kanser tulang!

Saya menjalankan teknik DIP dan berjaya mengeluarkan saka ular ini. Bagaimanapun si anak masih tidak sedar diri. Saya mulakan siasatan untuk kenalpasti jin baru ini. Saya bertanyakan adakah ini kumpulan saka ular, jawapan negatif. Rupanya ada 2 ekor jin asyik jantan dan betina. 2 ekor jin ini degil dan tak mahu keluar walaupun saya telah mengingatkan mereka tentang azab Allah. Jadi saya terpaksa kuarantinkan 2 ekor jin ini, Bi'iznilLah. Si anak mula sedarkan diri dan tidak tahu apa yang berlaku.

Semasa saya meruqyah si anak, saya perasan yang ibunya mula mengantuk. Saya 'scan' si ibu dengan menjangkakan gangguan saka hasil interview dengannya. Dan terus perlahan2 dan jatuh 'berdebuk' tangan kanan si ibu setelah saya mengarahkan jin ke situ. Kepalang terkejut si ibu kerana baru tahu ada gangguan saka dalam dirinya! Saya kuarantinkan sahaja jin dalam badan si ibu ke tempat kurungan, Bi'iznilLah. Si ibu mengakui terasa ada sesuatu merayap naik ke kepala semasa saya menolak gangguan ke atas dan tengkuknya kesakitan semasa saya kunci gangguan tersebut. AlhamdulilLah, selepas saya sentap terus hilang sakit dan kepala terasa ringan.

Sebelum mereka balik, saya nasihatkan elok 'check' ahli keluarga yang lain kerana gangguan saka jenis binatang ini biasanya banyak dan beranak-pinak, Wallahu'alam.

*Jin di Masjid Besi maksudnya jin dalam badan si anak di Masjid Besi.
**Jin Asyik sinonim dengan jin 'tepi jalan'.

Saturday, 21 September 2013

JIN WAK PARJO KECUNDANG LAGI!


20 Sept 2013, jam 10 pagi saya menerima kunjungan satu keluarga dari Kelantan. Ingat lagi kisah jin wak parjo yang mengganggu seorang isteri dalam kisah yang lepas, kali ini suaminya pula datang untuk berubat.

Sebelum merawat saya bertanyakan keadaan isterinya. AlhamdulilLah, isterinya banyak perubahan positif! Sakit2 di badan hilang terus dan badan terasa ringan. Selera makan semakin bertambah, berbeza sebelum ini tak lalu makan. Cuma isterinya banyak sendawa yang berbau busuk dan buang air besar pun teramat busuk menusuk hidung. Saya katakan, barang kotor sedang keluar. Wallahu'alam.

Saya meruqyah si suaminya dan memang ada gangguan 2 ekor jin. Tetapi gangguan amat lemah, hanya berinteraksi lemah sahaja. Saya malas nak berlama2 terus saya kuarantinkan. AlhamdulilLah, si suami merasakan ada sesuatu yang ditarik keluar di bahagian kepalanya dan sakit2 bahunya hilang terus, Bi'iznilLah.

ADUHHH....SAKA HARIMAU LAGI!

21 Sept 2013, jam 3 petang saya menerima kunjungan satu keluarga dari Balakong. Keluarga ini membawa anak lelaki usia 17 tahun yang bermasalah. Masalah remaja hari ini...

Saya menjalankan sesi interview dan saya mengesyaki saka harimau. Selepas 20 minit meruqyah si anak, terus dengan segera si anak kerasukan 50%. Dan memang tepat sangkaan saya saka harimau. Saka datang dari sebelah ayahnya. Saya menjalankan teknik DIP dan berjaya!

Selesai sesi merawat, saya cuba koreksi perihal keluarga si ayah. Rupanya keturunan Banjar dan memang ada cerita perihal saka dalam keluarganya. Saya menasihatkan si ayah elok bawa berubat ahli keluarga yang berkehendak membela saka ini kerana tidak ada faedahnya.

ROH vs JIN HINDU!


21 Sept 2013, jam 11.30 pagi saya menerima kunjungan satu keluarga dari Hutan Melintang, Perak. Anak lelaki mereka usia 14 tahun sedang mengikuti program Homestay Survivor selama 2 minggu dengan pihak saya di bawah konsultan Didik Diri Resources. Selama program ini berlangsung, pihak saya mendapati kewujudan gangguan jin sihir yang berpunca daripada sebelah ibunya. Lalu saya minta mereka sekeluarga datang untuk buat rawatan.

Saya meruqyah si ibu dan selepas 20 minit mula wujud tanda2 gangguan seperti gelisah dan mata berkedip. Lantas saya terus memanggil jin tersebut dan berlaku interaksi antara kami. Jin mengaku jin sihir dan mereka sepasang jantan betina. Jin juga mengaku beragama Hindu dari sebuah kuil di Selangor. Jin turut mengaku diupah oleh seorang perempuan. Saya mengambil sikap mendengar sahaja tanpa mempercayai 100%! Cuma saya beritahu kepada pihak keluarga agar berhati2 sahaja.

Jin enggan bekerjasama untuk membuang barang sihir yang diletakkan pada badan si ibu. Saya tak kisah sangat sebab saya ada cara lain untuk menyelesaikannya. Jin sihir juga mengakui ada lagi jin2 lain pada anak2 si ibu ini. Saya 'stop' sesi dengan si ibu dan 'scan' 2 anak yang dibawanya seorang lelaki dan seorang perempuan. 'Scan' yang saya jalankan mendapati memang positif kewujudan gangguan jin sihir kepada kedua anak tersebut. Tangan kanan mereka dirasakan sakit dan berat apabila saya mengarahkan jin ke situ.

Saya membuat keputusan untuk melakukan kaedah buka hijab mata. Kaedah ini saya lakukan kepada anak perempuan mereka. Saya merasakan rumah mereka di Hutan Melintang itu ada gangguan yang agresif dan saya merasakan rumah mereka perlu dibersihkan!

AlhamdulilLah, mata anak perempuan berjaya dibuka dan saya berjaya arahkan roh mimpi si anak balik ke rumah. Masya Allah, kepalang terkejut si anak kerana terlalu banyak jin2 yang menumpang di dalam dan luar rumah. Ada jenis kecil, besar, tinggi, harimau, ular, mayat dan pelbagai jenis yang sukar dispesifikkan. AlhamdulilLah, semua jin berjaya dibanteras dengan izin Allah SWT. Tahniah kepada si anak!

Kemudian saya arahkan roh mimpi si anak ini meneroka masuk ke dalam badannya dan ahli keluarganya yang lain dengan tujuan membersihkan makhluk2 halus yang bersarang. Di samping itu membersihkan juga segala barang sihir yang ditemui terutamanya pada ibunya. AlhamdulilLah, satu pengalaman luarbiasa kepada si anak dan pihak keluarga kerana kaedah ini berjaya dan berkesan!

Tuesday, 17 September 2013

BERTEMPUR DENGAN JIN JAWA 'WAK PARJO'!


17 Sept 2013, jam 3 petang saya menerima kunjungan tetamu dari Kelantan. Saya pernah merawat anak lelaki mereka dalam kisah keris berdiri. Kini saya merawat ibu mereka pula.

Khabarnya beberapa hari sebelum bertemu saya, si ibu mula buat perangai sampai kerasukan di rumah. Selain itu si ibu tua ini kerap sakit di seluruh tubuh badan. Saya tanpa berlengah memulakan sesi ruqyah. Baru sudah membacakan Al-Fatehah dan ayatul Kursi, si ibu mula menunjukkan kehadiran jin yang kesakitan sambil terlolong2 menahan sakit. Maka mulalah sesi pertempuran...!

Jin jawa dari belaan Wak Parjo! Itu pengakuan jin tersebut dengan bangganya sambil menepuk2 dada. Ada 2 ekor jin yakni sepasang yang menghuni tubuh si ibu telah belasan tahun mengganggu. Jin jantan usia sekitar 60 tahun dan jin betina 70 tahun. Memang cakap besar 2 ekor jin ini. Tapi mereka tewas dengan ayat2 Allah SWT. Hanya baca 1-2 ayat azab sahaja terus terlalak melolong 2 ekor jin kafir ini.

AlhamdulilLah, 2 ekor jin kafir mengaku kalah dengan kebesaran Allah SWT dan mula patuh arahan saya untuk membersihkan segala barang sihir yang diletakkan pada tubuh si ibu. Antara barang sihir yang diletakkan ialah paku, debu mayat, kaca dan patung! Sesi membersihkan ini memakan masa yang lama tetapi dirasakan sekejap melayan kerenah jin jawa yang banyak cakap ini. Anda bayangkan orang kelantan tiba2 fasih cakap jawa.

Selesai sesi pembersihan, saya jalankan teknik DIP dan berjaya! 2 ekor jin jawa ini diIslamkan dan dihantar ke tempat suci. Si ibu keletihan dan dia takjub kerana badannya ringan, tak sakit lagi dan matanya cerah, tidak sebelum dan selama ini pandangannya kelam sahaja. Sebelum mereka balik, saya katakan nanti tunggu panggilan orang yang buat sihir ini dan dia akan tanya mak sihat atau tidak. Selepas 10 minit mereka balik, si anak sms saya beritahu orang yang disyaki memang telah sms bertanyakan kesihatan mak mereka !! Wallahu'alam.

*Wak Parjo tinggal di Bangi Lama Kajang. Bekerja sebagai pemungut kotak terbuang.

Monday, 16 September 2013

JIN SIHIR KANTOI MENIPU!


16 Sept 2013, jam 3 petang saya menerima kunjungan satu keluarga dari Bangi. Saya pernah merawat gangguan sihir kepada mereka tahun lepas. Rawatan pertama dulu terdapat 14 ekor jin sihir pada si isteri. AlhamdulilLah semua jin berjaya ditarik keluar.

Rawatan kali ini masih lagi gangguan sihir yang baru. Mereka sekeluarga kena serang selepas hari raya baru ini. Kerap demam, pening, sakit kepala dan mimpi yang menakutkan.

Yang lawaknya semasa si isteri kerasukan setelah saya meruqyah, jin memberitahu adalah jin saka ular sebelah ayah si ibu. Maka saya bertanya beberapa soalan yang berkaitan saka. Dan semasa sesi interview dengan jin ini banyak jawapan yang saya terima mengesahkan ini bukan jin saka sebaliknya jin sihir dari sumber yang sama! Lantas terus saya mengarahkan 9 ekor jin sihir membuang semua barang2 sihir yang diletakkan di badan si ibu dan anak2nya yang lain termasuk suaminya. Sesi ini memakan masa yang lama.

Selesai sesi membersihkan barang sihir, saya menjalankan teknik DIP. AlhamdulilLah, 8 ekor berjaya keluar dan hanya seekor yang besar sukar untuk keluar kerana masih terlekat dengan baki barang2 sihir jenis debu. Katanya masih banyak. Lalu saya kuarantinkan jin terakhir ini dalam bekas istimewa saya. AlhamdulilLah, si ibu merasakan memang ada sesuatu yang tercabut keluar di kepalanya semasa sesi kuarantin dijalankan. Bi'iznilLah.

Teknik kuarantin juga saya jalankan kepada anak sulung lelakinya usia 16 tahun yang dihuni 4 ekor jin sihir. Teknik ini saya gunakan kerana 4 ekor jin ini tidak mahu bekerjasama dengan teknik DIP saya. Semasa sesi kuarantin dijalankan, si anak menceritakan bagaikan nak terkeluar biji matanya semasa saya sentap kepalanya menarik 4 ekor jin tersebut. Bi'iznilLah...

GADUH SUAMI ISTERI ANGKARA JIN!


16 Sept 2013, jam 10.30 pagi saya menerima kunjungan sepasang suami isteri dari Bangi. Rumahtangga mereka kerap berantakan dan panas. Suami isteri selalu bergaduh, dengan anak2 sentiasa 'panas'. Si isteri seorang pensyarah dan sedang menyiapkan tesis Phd. Sepatutnya sudah hantar tesis lepas hari raya, tetapi disebabkan rumahtangga semakin panas, tesis terlepas tarikh hantar.

Saya seperti biasa interview mereka suami isteri. Tetapi si suami agak dingin dengan soalan saya dan keberatan untuk dirawat. Inilah yang dikatakan gangguan! Saya pun malas nak melayan keletah suami yang kebudakan. Isterinya bersedia untuk dirawat dan bekerjasama dengan saya.

Saya mula meruqyah si isteri dan hanya selepas baca Al-Fatehah sahaja terus dia kerasukan menangis. Gangguan adalah jin saka ular! Saya terus memulakan sesi DIP dan jin selamat dihantar ke tempat berkat lagi rahmat.

Saya agak geram dengan suaminya yang langsung buat tak tahu dengan isterinya yang kerasukan dan menangis. Dia asyik sibuk nak balik nak tengok anak di rumah. Entahlah, saya pun tak faham. Saya hanya minta kalau ada masa bawa anak2 untuk saya scan, sebab pengakuan jin pada emaknya memang ada gangguan pada anak2 mereka. Wallahu'alam.

Sunday, 15 September 2013

JAUH DARI INDIA DATANG MENERIMA RAWATAN!


14 Sept 2013, jam 11.30 pagi saya menerima kunjungan keluarga India Muslim. Mereka ini adalah kerabat keluarga salah sebuah kumpulan restoran mamak yang terkenal di Malaysia. Saya pernah merawat keluarga ini dahulu akibat gangguan sihir. Dan selepas itu makin ramai saudara-mara mereka datang buat rawatan dengan saya termasuk dari India.

Kali ini, mereka membawa lagi salah seorang keluarga dari India untuk berubat. Masih lagi gangguan sihir yang berpunca daripada orang yang sama dari India. Rawatan dilakukan dan gangguan jin baru ini agak kuat, tetapi saya agak keletihan untuk buat rawatan agresif disebabkan komitmen lain sebelum itu yang telah mengurangkan tenaga saya.

Saya sedarkan pesakit dan tangguhkan pada Jumaat akan datang.

LAGI SAKA HARIMAU & USTAZ 'S' MENIPU LAGI!


15 Sept 2013, jam 11 pagi saya menerima kunjungan satu keluarga dari Ampang. Si isteri telah 8 tahun kematian suami dan membela 4 orang anak lelaki. Dia membawa anak lelaki usia 16 tahun yang agak bermasalah.

Saya menjalankan sesi interview berkaitan mimpi, sejarah sakit, perihal keluarga dan tempat2 rawatan yang telah mereka pergi. Saya menjangkakan gangguan adalah saka harimau berdasarkan simptom yang berlaku kepada anak lelaki ini seperti tidur ketap/main gigi dan kerap sakit pinggang tanpa sebab.

Saya mula menjalankan sesi ruqyah, dan selepas 20 min si anak ini mula kerasukan 50%. Memang tepat jangkaan saya saka harimau! Jin mengaku datang dari sebelah keturunan ibunya dan dari nenek budak lelaki ini. Saka harimau ini jin kafir dan jenis harimau putih. Saya tanya kepada si ibu, adakah anaknya ini sensitif dan senang menangis? Si ibu mengiyakannya. Itulah sifat harimau putih.

Saya mula menjalankan sesi DIP dan proses berjalan lancar. Saka harimau berjaya diIslamkan dan keluar ke tempat berkat lagi rahmat.


Selesai rawatan, saya berbual dengan si ibu. Kepalang terkejut kerana rupanya si ibu ini mangsa ustaz S! Saya pernah baca kisah ustaz S di Mastika dan kini saya dapat berbual dengan mangsa ustaz S, tetapi mangsa yang lain bukan dalam majalah tersebut. Cukuplah setakat saya kodkan kata2 mangsa ini bahawasanya ustaz S yang dimaksudkan itu kaki betina! Berhati2lah wahai perempuan di luar sana, terutamanya yang berduit dan cantik. Wallahu'alam.


Friday, 13 September 2013

RAWATAN KEPADA 4 TETAMU DARI KELANTAN...

13 Sept 2013, jam 10 pagi saya menerima kunjungan 4 wanita (3 adik beradik, 1 ipar) dari Kelantan untuk rawatan. Saya menjalankan sesi soal-siasat dan merasakan ada gangguan saka dan sihir.

Saya mulai meruqyah kakak yang tua dari 3 beradik itu dan mendapati gangguan 2 ekor jin. Semasa saya meruqyah, ipar mereka mulai teresak2 menangis tanpa sebab. Biasanya sihir. 2 ekor jin yang mengganggu agak lemah untuk berinteraksi. Saya tangguhkan sekejap rawatan kepada kakak yang tua. Saya terus scan kepada 2 adik perempuannya dan mendapati memang ada gangguan jin. Bagaimanapun gangguan agak lemah. Kemudian saya meruqyah ipar mereka. Terus ipar ini 50% kerasukan. Ada 3 ekor jin sihir yang degil!

Kerana hari Jumaat, saya tidak mahu melambatkan rawatan seperti DIP yang lama. Bimbang nanti saya terlewat solat Jumaat. Lalu keempat mereka ini saya gunakan teknik kuarantin. AlhamdulilLah, keempat mereka dapat merasakan ada sesuatu yang ditarik keluar melalui kepala mereka dan badan mereka terus merasa ringan. Bi'iznilLah...

Thursday, 12 September 2013

BARU FORM ONE DAH NAK JADI SAMSENG KUCING KURAP DI BANGI!


11 Sept 2013, jam 11 pagi saya menerima kunjungan seorang pegawai kanan sebuah universiti membawa anak lelaki usia 13 tahun yang bermasalah. Laporan awal si ayah mengatakan anaknya suka bercampur dengan rakan2 yang tak berdisiplin di sekolah. Setelah saya tahu nama sekolah anaknya, saya dapat mengagak jenis kumpulan yang anaknya cuba sertai.

Saya cuba bercakap dengan gaya bahasa ala jenis kumpulan yang nak disertainya. AlhamdulilLah, dia seperti seronok berbual dengan saya dan segalanya terbongkar! Rupanya pada hari dia datang jumpa saya, dia dipaksa membayar wang sebanyak RM118 sebagai wang pintu untuk menjadi ahli. Sebagai permulaan jadi 'anak kandang'. Sebelum ini dia telah membayar sebanyak RM80 kepada abang2 tingkatan 3 dan 4 yang direkrut menjadi ejen di sekolah berkenaan. Kepalang terkejut ayahnya mendengar pengakuan anaknya.

Lebih mengejutkan apabila si anak menceritakan bahawa lengannya telah di toreh 2 garis dengan parang sebagai amaran untuk menjelaskan duit RM118 tersebut. Si anak juga memberitahu dia telah diugut oleh para pelajar samseng taik kucing tersebut jika dia engkar, maka mereka akan mengganggu keluarganya! Lagi si ayah terangkat-angkat!

Saya nasihatkan si ayah buat laporan polis dan berjumpa dengan pengetua sekolah anaknya.

Budak2 sekarang nak jadi samseng kucing kurap! Bukan nak fikir masa depan...

Wednesday, 11 September 2013

PAGI JUMPA BUAYA PUTIH, PETANG LAWAN JIN SIHIR, MALAM JUMPA NENEK KEBAYAN! FULL DAY!

SAKA BUAYA PUTIH MENGGANGGU!


10 Sept 2013, jam 10.30 pagi saya menerima kunjungan keluarga dari Negeri Sembilan. Si ibu saya pernah merawat membuang saka buaya putih pada dirinya. Ketika rawatan buaya mengakui ada lagi kerabatnya pada anak sulung lelaki si ibu. Asalnya memang nak merawat si anak ini, tetapi ketika itu dia tak dapat hadir dengan pelbagai alasan. Saya bertanyakan pada si ibu perihal anaknya, adakah dia jenis mandi lama? Si ibu mengakui memang anak lelakinya itu jenis mandi lama. Maka saya cuba ruqyah si ibu dan terus si ibu kerasukan 50%. Tepat tekaan saya ada gangguan saka buaya. Seperti biasa kaedah saya dakwah, Islamkan dan pindah ke tempat suci (DIP). Proses berjalan lancar.

Balik kepada cerita si anak yang baru dapat datang ke pejabat saya 10 Sept. Si anak ini mempunyai sikap malas belajar, kuat tidur, gopoh, kasar, dan bossy dengan adik beradik yang lain. Saya terus meruqyah beliau dan memang ada gangguan saka seekor buaya putih. AlhamdulilLah, saka tidak berlaku kasar dan menerima baik kaedah DIP saya. Kes selesai.

Saya minta kepada si ibu kalau boleh bawa ayahnya yang tua kerana saka buaya putih mengakui saka induk pada datuk budak lelaki itu. Wallahu'alam.


RAWATAN SIHIR KEPADA PA-YB!


10 Sept 2013, jam 3 petang saya berkunjung ke rumah keluarga pesakit di Bangi. Seorang lelaki yang sakit buah pinggang dan terpaksa buat dialisis di rumah setiap 4 jam. Beliau telah hampir setahun sakit dan terpaksa berehat daripada melakukan kerja sebagai PA kepada seorang YB Kelantan. Isterinya pula seorang Dr veterinar UPM yang baru pencen dan kini giat menjalankan produk MLM sambil menguruskan suaminya yang sakit.

Saya seperti biasa menjalankan sesi interview. Apabila Dr menceritakan pernah bermimpi air sungai ketika belajar di luar negara, maka saya meruqyah beliau dahulu. Selepas 15 minit, memang sudah dijangka ada gangguan jin sihir. Saya scan suaminya pula dan turut diganggu jin sihir. Bagaimana pun, teknik DIP gagal memujuk jin. Jadi saya tukar teknik kuarantin jin pada pasangan tersebut. AlhamdulilLah berhasil. Kedua mereka merasakan ada sesuatu yang keluar di bahagian kepala, Wallahu'alam.


SAKA JAWA NENEK KEBAYAN MENYERANG!


10 Sept 2013, jam 9 malam saya menerima kunjungan satu keluarga dari Semenyih Kajang. Cerita anak lelaki 17 tahun banyak masalah di sekolah dan di rumah. Saya tak kisah sangat si anak, sebab saya dapat rasakan ada sesuatu pada diri ibunya yang sedang menceritakan perihal anaknya kepada saya. Saya mula bertanyakan soalan relevan dengan posisi saya sebagai perawat kepada si ibu. Soalan saya pula berkisar dengan sejarah kehidupan si ibu dan sedikit soalan berkaitan suaminya. Suaminya clear sebab dahi hitam :)

Saya minta izin untuk meruqyah si ibu, selang 15 minit si ibu 50% kerasukan. Saya menjangkakan saka jenis binatang yang menghuni dirinya tetapi rupanya saka nenek kebayan sebanyak 5 ekor! Saya berbahasa isyarat dengan suaminya dan suaminya mengakui isterinya memang agak pemarah dan baran. Anak2 mereka hanya gelak kecil melihat pengakuan si ayah. Saya terpaksa berbahasa isyarat untuk elakkan isterinya mendengar :)

Nenek kebayan si ibu mengakui pada anak lelaki yang bermasalah itu turut dihuni 2 ekor saka nenek kebayan yang menjadikan dia berakhlak buruk. Dipendekkan cerita kedua ibu dan anak saya gunakan teknik DIP dan proses selesai dengan baik.

Setelah si ibu sedar, dia mengakui pernah melihat salah seorang keturunan sebelah ibunya kerasukan dan menari ala perempuan jawa sambil berkata 'jangan ganggu keturunan aku!' Wallahu'alam.

Sebelum mereka balik, saya minta tolong ibu kepada ibu budak lelaki ini buat rawatan dengan saya bila2 masa. Sebab saya syak saka induk ada padanya! Induk2 saka ni kalau dibiarkan memang tak selesai gangguan saka keturunan!

Monday, 9 September 2013

SAKA HANTU RAYA AJAK MAKAN PIL KUDA!


9 Sept 2013, jam 11 pagi saya menerima kunjungan 2 beradik, kakak dan adik lelakinya untuk rawatan adiknya usia 23 tahun yang ketagihan pil kuda. Adiknya ini telah berkahwin dan punya seorang anak usia 3 tahun. Bagaimanapun mereka bercerai disebabkan masalah yang timbul akibat suami ketagihan pil kuda.

(Orang yang banyak masalah dan stress amat senang dihasut untuk mengambil bahan terlarang seperti pil kuda.)

Saya bertanyakan beberapa soalan untuk mencari punca permasalahan. Soalan berkisar perihal keluarga dan mimpi2 yang pernah mereka alami. Hati saya kuat mengatakan memang ada gangguan pada budak lelaki ini yang datang dari sebelah keturunan ibunya. Ibu mereka mempunyai keturunan bidan dan ibunya mengalami masalah gastrik yang serius dan sakit kencing manis. Selain itu, si ibu juga agak panas baran!

Saya mulai meruqyah budak lelaki ini dan selepas 15 minit tanda2 gangguan jin mulai kelihatan. Jari-jemari di tangannya mula bergerak2 sendiri. Saya bertanyakan adakah kamu saka hantu raya? Jin mengakui saka hantu raya. Saya memang mengesyaki saka hantu raya berdasarkan mimpi yang beliau alami. Jumlah jin kesemuanya ialah 5 ekor. Jin inilah yang menjadi punca/pendorong kepada budak lelaki ini mencari pil kuda.


Saya mula berceramah dan mendakwahkan jin untuk memeluk Islam. Setelah agak lama dipujuk, kesemua 5 ekor jin memeluk Islam, AlhamdulilLah. Selesai mengucap 2 kali syahadah, kesemua jin bersetuju untuk keluar dan pindah ke tempat berkat lagi rahmat.

Setelah sesi rawatan selesai, saya seperti ingin bertanyakan sesuatu kepada budak lelaki ini kerana melihat 2 cincin besar di jari tangan kanannya. Rupa2nya dia seorang pengumpul senjata lama termasuk cincin. Saya menasihatkan agar kesemua barang itu dibakar dan dibuang. AlhamdulilLah beliau bersetuju termasuk sebilah keris yang disimpannya yang boleh berdiri sendiri dan melompat2 dalam biliknya!


Untuk membuang ketagihan pil kuda, saya sarankan panduan minum air kelapa, bekam darah dan mandi limau+garam+ais+air ruqyah. Saya menyarankan kesemua ahli keluarga buat kaedah mandi yang saya sarankan kerana saya mengesyaki ada saka2 lain telah menumpang dikalangan ahli keluarga mereka. Wallahu'alam.

JIN HINDU TUMBUK MATA!


8 Sept 2013, jam 3 ptg saya menerima kunjungan keluarga dari Keramat untuk rawatan anak gadis usia 14 tahun yang keras hati. Semasa saya mempersilakan mereka masuk ke pejabat, saya sempat merenung si ibu yang mukam masam mencuka. Saya jangka sekejap lagi ada yang nak buat hal :)

Suaminya mempersilakan isterinya duduk berhadapan saya untuk menceritakan situasi anak mereka. Saya mendengar dengan penuh teliti cerita si ibu sambil saya menyampuk bertanyakan soalan yang relevan dengan tugas saya. Keputusannya, saya katakan saya nak ruqyah si ibu dulu. Lagi mencuka wajah si ibu. Bagaimanapun dia sedia bekerjasama.

Saya hanya membacakan BismilLah dan ta'awz sahaja belum lagi ayat2 lain yang menjadi kebiasaan saya, terus si ibu mula menggigil kedua tangannya dan badannya mula mengerekot. Saya mulakan sesi soal 'siat-siat' dengan ayat2 azab. Menjerit2 jin yang mula kesakitan sampai terjatuh si ibu dari bangku. Jin agak degil walaupun kesakitan teruk. Akhirnya jin mengakui jin sihir datang dari kuil Hindu Batu Caves. Saya terus mengarahkan jin buang barang sihir di badan si ibu yang selalu kesakitan kaki, dada, bahu, tengkuk, muka dan perut.

Habis sahaja jin membersihkan barang sihir, saya mulakan ceramah berkaitan Islam dan mengajak jin memeluk Islam. AlhamdulilLah, jin memeluk Islam dan jin bersedia untuk keluar dan dihantar ke tempat berkat lagi rahmat.

Saya bertanyakan kepada si suami, isterinya panas baran ke? Dia mengiyakannya dan kalau salah sikit je terus nak meletup macam salah besar. Dan paling tak masuk akal sampaikan isterinya yang diganggu jin hindu ini mengamuk menumbuk2 mata sampai berdarah seperti gambar di atas. Normallah kalau diganggu jin memang berantakan keluarga.

Kes anak gadis mereka memang terdapat gangguan jin yang agak lemah. Ketika sesi ruqyah dibacakan, badan si anak mula bergerak2 seperti direnjat elektrik. Jin pada si anak saya keluarkan dan kuarantinkan sahaja.

AlhamdulilLah kes selesai.

*Si ibu sempat menceritakan pernah beberapa tahun dulu berkunjung di area Batu Caves menyaksikan perayaan Thaipusam. Dan salah seorang penganut hindu yang dicucuk besi belakangnya merenung tajam kepada si ibu ini dalam keadaan marah dan nak menerkam kepadanya. Wallahu'alam.

ANAK MENGAMUK BELASAH IBU! Rawatan di Puchong Utama.


8 Sept 2013, saya ke Puchong Utama untuk sesi rawatan kepada anak lelaki usia 8 tahun. Sebelum saya sampai perut asyik senak nak ke jamban. Sempatlah selesai hajat di sebuah stesen minyak. Kalau begini keadaannya memang saya di'ganggu' untuk sampai ke rumah pesakit. AlhamdulilLah saya sampai juga jam 9 pagi. Seperti biasa saya akan berbual dahulu dengan pihak keluarga untuk mendapatkan sedikit maklumat. Si anak yang tak tahu apa2 mula tak senang duduk apabila namanya disebut dan tahu tujuan saya ke rumahnya.

Si anak mula mundar-mandir dan terus berlari naik tingkat atas dan terus meletop! Mula kedengaran abang dan kakak2nya riuh-rendah menenteramkan dia. Bunyi barang jatuh, benda dihempas, bunyi pintu dan segala bagai bunyi silih berganti. Si ayah terus meluru naik ke atas dan saya tak tahu apa terjadi seterusnya. Tetapi situasi tegang masih berlarutan agak lama. Saya biarkan sahaja dulu sambil masih mencungkil maklumat dari ibunya seorang guru.

Setelah beberapa maklumat diperolehi saya mengesyaki gangguan saka. Saya meruqyah si ibu dahulu walaupun hajat nak meruqyah si ayah dahulu kerana mengesyaki gangguan berpunca dari beliau. Si ibu tiada langsung tindak balas selesai saya meruqyah. Giliran si ayah pula setelah anaknya 'cool' dan tepat jangkaan saya! Berbelas ekor saka ada dalam badannya. Saya cuba mencungkil jenis saka tersebut dan maklumat yang diperolehi saya beratkan saka harimau. AlhamdulilLah, semua saka terkesan dengan dakwah saya dan memeluk Islam walaupun mengambil masa yang panjang hinggakan penat saya dibuatnya. Semua saka bersetuju keluar dan pindah ke tempat berkat lagi rahmat.

Saya mula scan kesemua anak seramai 5 orang dan mendapati 4 positif gangguan. Anak yang mengamuk ada 2 ekor. Saya tangguhkan rawatan jam 2.45 ptg kerana saya ada appointment lain jam 3 ptg di Kajang. Saya akan datang lagi ke rumah mereka Khamis nanti untuk rawatan ibu kepada si ayah. Kerana saya mengesyaki saka induk kepadanya dan beliau telah hampir 23 tahun sakit yang tidak diketahui puncanya. Paling ketara 10 tahun kebelakangan ini langsung tak boleh tidur terutamanya waktu malam.

*Si anak yang kuat mengamuk ni pernah baling pinggan ke muka maknya sampai terkoyak dan berdarah bibir maknya ketika menunggu makanan yang lambat sampai di restoran.

**Si ayah sebelum saya meruqyah, saya lihat tangannya berdarah dan berlubang akibat digigit  anak lelakinya.

Saturday, 7 September 2013

ISLAMKAN SAKA ULAR HIJAU!


7 Sept 2013, pagi ni saya ke rumah seorang pelanggan di Bangi untuk rawatan anak lelakinya. Saya pernah merawat anak lelaki ini sebelum Ramadhan yang lalu. Ceritanya, si ayah menghubungi saya untuk buat temujanji berkaitan masalah akhlak anaknya. Semasa perbualan telefon saya sempat menyelidik perihal si anak. Dan saya katakan memang ada gangguan. Tetapi si ayah agak sukar menerima pendapat saya. Saya minta beliau dan isteri datang ke pejabat untuk saya ruqyah mereka terlebih dahulu (anak tak dapat bawa kerana asyik lari ke sana-sini, malas sekolah, suka balik lewat malam dan sibuk nak kerja). Bagaimanapun sesi ruqyah mendapati tiada sebarang gangguan kepada mereka berdua. Tetapi saya masih bertegas mengatakan si anak memang ada gangguan!

Maka saya setkan masa untuk ke rumah mereka dan bertemu dengan si anak yang asyik tidur, tidur dan tidur. Saya kejutkan si anak dengan beberapa ayatul Quran dan si anak terjaga. Kemudian saya minta dia pejamkan mata sebentar. Dan memang tepat jangkaan saya, matanya berkedip2 tak dapat nak dipejamkan.

Beberapa hari kemudian, saya bawa 2 sahabat untuk 'kidnap' dia sebentar bawa ke pejabat saya. Sesi ruqyah dilakukan dan dia kerasukan dengan teruk dan menangis kesakitan. Soal siasat jin mendapati jin adalah saka ular. Beberapa ekor ular diIslamkan dan dihantar ke tempat berkat lagi rahmat. Dari muka yang stress dan tunduk sahaja, terus mukanya bersinar, segar dan boleh melihat mata saya ketika berbual. Saya hantar anak ini pulang ke rumahnya dan memberitahu perkara sebenar kepada kedua ibu bapanya dan menunjukkan rakaman yang dibuat. Mereka amat, amat, amat terkejut! Lagi mengejutkan, berlaku lagi sesi kerasukan anak mereka di rumah! Dari jam 5 ptg saya hantarnya pulang sampailah jam 8 malam si anak ini kerasukan. Sehinggakan saya keletihan mengeluarkan berbelas ekor ular yang masuk. Kasihan si anak yang mengeliat2 badan macam ular di ruang tamu rumah. Akhirnya saya terpaksa tinggalkan, tetapi saya beritahu ayahnya untuk mandikan air ruqyah dan beberapa panduan lain. AlhamdulilLah si anak menjadi anak yang baik dan pulih. Tetapi hanya untuk beberapa minggu sahaja sehinggalah saya bertemunya semula hari ini 7 Sept 2013.

Saya ke rumahnya lagi dan seperti biasa si anak tidur, tidur, tidur. Setelah dikejutkan dia bangun dengan muka masam mencuka sama macam pertama kali saya datang bertemunya dahulu. Saya hanya membaca ta'awuz sahaja dan terus panggil si ular. Si anak terus kerasukan dan bermulalah sesi dialog yang panjang. Saka ular ini berwarna hijau dan induknya ada pada kakak sulung ayahnya yang sedang sakit 20 tahun lebih. Iaitu sakit yang tidak dapat dikesan oleh doktor di hospital. Kerasukan yang pertama dihuni 5 ekor jin dan jin diIslamkan setelah didakwahkan dan dihantar ke tempat berkat lagi rahmat. Si anak sedar dan saya minta berdiri, malangnya kedua kakinya kejang dan kaki kanan langsung tak boleh bergerak. Ada kumpulan baru masuk! Saya terus panggil kumpulan baru dan si anak kerasukan kali kedua. Kali ini 5 ekor saka ular yang masuk dan mahu diIslamkan dan dihantar ke tempat yang sama seperti kumpulan pertama tadi. Sesi pemulihan berjalan lancar. AlhamdulilLah, 3 lubang masuk berjaya dikenalpasti dan saya tutup lubang tersebut dengan izin Allah. Dan si anak sedar semula tanpa berlaku kerasukan lagi.

Si anak menceritakan selama dia tak sedar dia nampak mak longnya kesakitan dan turut nampak parang dan keris. Inilah perangai saka zaman moden sekarang, mereka sewenang2 masuk ikut darah keturunan tanpa izin dan kehendak empunya badan. Parang dan keris, saya syaki adalah rumah saka. Wallahu'alam.

Sebelum saya balik, saya minta si ayah bawa kakaknya ke Bangi untuk rawatan.

*Tanda pangkah ialah lubang saka ular dan berjaya ditutup, Bi'iznilLah.

SAKA HARIMAU KENA LOKAP POLIS 5 HARI!


6 Sept Jumaat PMR menerima kunjungan satu keluarga dari Sg Besi. Bawa anak lelaki 17 tahun yang bermasalah akhlak dan baru sahaja dibebaskan daripada lokap polis selama 5 hari. Anak ini ditangkap kerana pecah masuk sekolah dan mencuri wang sekolah.

Ibunya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan anaknya. Seperti bila bercakap tidak melihat mata ibunya, kuat tidur dan bila dibacakan ayat2 Allah padanya terus anaknya menangis. Saya cuba siasat dengan lebih mendalam perihal keluarga mereka dan sejarah keluarga. AlhamdulilLah saya menemui jawapannya.

Saya terus meruqyah si anak dan selepas 15 minit berlaku kerasukan. Saya berdialog dengan jin dan tepat jangkaan saya iaitu saka harimau! Ada 5 ekor. (INGAT - KALAU TIDUR KETAP GIGI @ MAIN GIGI SAMPAI BERBUNYI DAN ASYIK SAKIT PINGGANG ITU ADA POTENSI BADAN TELAH DIHUNI SAKA HARIMAU!) Rupanya saka induk ada pada kakak sulung ayahnya yang sedang sakit sekarang. Saka pada anak ini mengakui mendorong anak ini melakukan perkara2 jahat!

AlhamdulilLah, saka berjaya diIslamkan dan dihantar ke tempat berkat lagi rahmat. In Shaa Allah, temujanji seterusnya untuk bawa kakak ayahnya pula.

Friday, 6 September 2013

LAMBAT JODOH!


Kebelakangan ini ramai yang datang pejabat saya membawa masalah lambat jodoh. Yang perempuan umur dah hampir 30 tahun masih belum bertemu jodoh. Yang lelaki umur telah melewati 30 tahun pun masih belum bertemu jodoh.

Pelbagai cerita akibat masalah lambat jodoh. Seperti muka dirasa tak cantik atau tak disukai orang yang melihat padahal muka cantik dan tiada apa2 masalah. Ada juga yang telah lama berkenalan tetapi kesudahannya putus di tengah jalan. Ada juga perkenalan yang dipenuhi dengan pertengkaran. Ada yang diri merasakan tiada rasa bernafsu kepada lawan jantina dan pelbagai halangan lain lagi.

99% saya mendapati masalah ini melibatkan gangguan jin! AlhamdulilLah berkat ayatul Al-Quranul Karim yang dibacakan halangan-halangan ini dapat dipulihkan.

Jika ada masalah sebegini hubungi saya 012-2073938 !

Thursday, 5 September 2013

SAKA HARIMAU!


Sejak kisah saya dipaparkan di Mastika Julai 2013 berkaitan gangguan saka terhadap permasalahan akhlak remaja, saya kerap menerima tetamu bukan sahaja remaja malah orang dewasa yang mengalami gangguan saka.

Terbaru saya menerima kes satu keluarga yang mengalami gangguan saka harimau. Saka ini datang melalui sebelah ibu yang berketurunan Minang dari Indonesia. Mulanya sebelum puasa baru ini, keluarga ini membawa anak lelaki yang bermasalah akhlak seperti panas baran, kuat tidur, malas, tinggi suara dsbnya. Saya interview anak lelaki ini dan mendapati terdapat tanda2 positif gangguan saka harimau seperti kuat tidur, main gigi masa tidur, dan sakit pinggang. Saya menjalankan sesi ruqyah, sekitar 15 minit berlaku kerasukan dan jin mengaku saka harimau. Proses dakwah berjalan dengan lancar dan jin diIslamkan dan keluar dari tubuh menuju ke tempat berkat lagi dirahmati. Semasa sesi interview, saka harimau mengiyakan kesemua adik beradik empunya badan telah ditempati saka!

Keluarga ini datang semula beberapa hari lepas untuk buang saka pada emaknya dan anak sulung lelakinya. Bagaimanapun saka gagal dipujuk dengan cara dakwah. Saka degil untuk menerima Islam! Maka saya terpaksa kuarantin saka2 ini dengan izin Allah SWT. AlhamdulilLah, si ibu dan anaknya terasa memang ada sesuatu yang keluar dari tubuh mereka semasa sesi kuarantin dijalankan.

Saya menasihatkan agar datuk mereka yang ada di Minang Indonesia segera dirawatkan kerana saya yakin saka induk ada padanya! Wallahu'alam.

SAYA DI MASTIKA JULAI 2013 MEMBASMI SAKA!


AlhamdulilLah saya muncul lagi di Mastika Julai 2013 majalah no.1 Malaysia sejak tahun 2005.

Kali ini mengisahkan gangguan saka yang menyebabkan anak2 terganggu sahsiah dan emosi mereka.

SAKA BUAYA!


Pagi ini saya menerima kunjungan seorang ibu bersama anak perempuan usia 6 tahun di pejabat saya. Ibu ini membawa masalah anak lelaki usia 20 tahun yang malas belajar. Anaknya kini sedang belajar di sebuah kolej automatif terkenal di PJ. Tetapi kerap melakukan kesalahan disiplin sehinggakan si ibu terpaksa berhadapan dengan pihak kolej.

Saya menjalankan interview untuk memastikan kewujudan gangguan. Menurut si ibu, sebelah ayahnya memang ada gangguan saka. Saya terus mengesyaki saka buaya kerana simptom2 yang diberikan menjurus kepada saka buaya.

Saya meminta izin untuk meruqyah si ibu. Selepas 15 min meruqyah, si ibu separa sedar antara diri sendiri dan jin. Saya terus memberi amaran kepada jin yang sedang bersedia untuk berunding. Jin mengaku saka buaya dari sebelah ayahnya. Jin itu juga mengakui saka induk ada pada mak ngah iaitu kakak kepada si ayah (ibu ini).

Seperti biasa saya memberikan ceramah kepada jin buaya 4 ekor ini untuk bertaubat dan meninggalkan tubuh manusia ini. AlhamdulilLah, kesemua saka buaya ini melafazkan 2 kalimah syahadah dan bersetuju keluar dan menuju ke tempat berkat lagi dirahmati Allah SWT.

Kes selesai.

*Semasa sesi interview saka buaya mengakui pada si anak lelaki ada 3 ekor buaya yang mengganggu! In Shaa Allah, semoga dipermudahkan urusan si ibu membawa anaknya pulak untuk rawatan.

Kelahiran pertama...

Ini adalah blog pertama saya tanggal 5 Sept 2013...

In Shaa Allah akan dipenuhi dengan pelbagai kisah rawatan dan pengalaman.

Ahmadi Hj Din