f

f

Saturday, 21 September 2013

ROH vs JIN HINDU!


21 Sept 2013, jam 11.30 pagi saya menerima kunjungan satu keluarga dari Hutan Melintang, Perak. Anak lelaki mereka usia 14 tahun sedang mengikuti program Homestay Survivor selama 2 minggu dengan pihak saya di bawah konsultan Didik Diri Resources. Selama program ini berlangsung, pihak saya mendapati kewujudan gangguan jin sihir yang berpunca daripada sebelah ibunya. Lalu saya minta mereka sekeluarga datang untuk buat rawatan.

Saya meruqyah si ibu dan selepas 20 minit mula wujud tanda2 gangguan seperti gelisah dan mata berkedip. Lantas saya terus memanggil jin tersebut dan berlaku interaksi antara kami. Jin mengaku jin sihir dan mereka sepasang jantan betina. Jin juga mengaku beragama Hindu dari sebuah kuil di Selangor. Jin turut mengaku diupah oleh seorang perempuan. Saya mengambil sikap mendengar sahaja tanpa mempercayai 100%! Cuma saya beritahu kepada pihak keluarga agar berhati2 sahaja.

Jin enggan bekerjasama untuk membuang barang sihir yang diletakkan pada badan si ibu. Saya tak kisah sangat sebab saya ada cara lain untuk menyelesaikannya. Jin sihir juga mengakui ada lagi jin2 lain pada anak2 si ibu ini. Saya 'stop' sesi dengan si ibu dan 'scan' 2 anak yang dibawanya seorang lelaki dan seorang perempuan. 'Scan' yang saya jalankan mendapati memang positif kewujudan gangguan jin sihir kepada kedua anak tersebut. Tangan kanan mereka dirasakan sakit dan berat apabila saya mengarahkan jin ke situ.

Saya membuat keputusan untuk melakukan kaedah buka hijab mata. Kaedah ini saya lakukan kepada anak perempuan mereka. Saya merasakan rumah mereka di Hutan Melintang itu ada gangguan yang agresif dan saya merasakan rumah mereka perlu dibersihkan!

AlhamdulilLah, mata anak perempuan berjaya dibuka dan saya berjaya arahkan roh mimpi si anak balik ke rumah. Masya Allah, kepalang terkejut si anak kerana terlalu banyak jin2 yang menumpang di dalam dan luar rumah. Ada jenis kecil, besar, tinggi, harimau, ular, mayat dan pelbagai jenis yang sukar dispesifikkan. AlhamdulilLah, semua jin berjaya dibanteras dengan izin Allah SWT. Tahniah kepada si anak!

Kemudian saya arahkan roh mimpi si anak ini meneroka masuk ke dalam badannya dan ahli keluarganya yang lain dengan tujuan membersihkan makhluk2 halus yang bersarang. Di samping itu membersihkan juga segala barang sihir yang ditemui terutamanya pada ibunya. AlhamdulilLah, satu pengalaman luarbiasa kepada si anak dan pihak keluarga kerana kaedah ini berjaya dan berkesan!

No comments:

Post a Comment