6 Sept Jumaat PMR menerima kunjungan satu keluarga dari Sg Besi. Bawa anak lelaki 17 tahun yang bermasalah akhlak dan baru sahaja dibebaskan daripada lokap polis selama 5 hari. Anak ini ditangkap kerana pecah masuk sekolah dan mencuri wang sekolah.
Ibunya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan anaknya. Seperti bila bercakap tidak melihat mata ibunya, kuat tidur dan bila dibacakan ayat2 Allah padanya terus anaknya menangis. Saya cuba siasat dengan lebih mendalam perihal keluarga mereka dan sejarah keluarga. AlhamdulilLah saya menemui jawapannya.
Saya terus meruqyah si anak dan selepas 15 minit berlaku kerasukan. Saya berdialog dengan jin dan tepat jangkaan saya iaitu saka harimau! Ada 5 ekor. (INGAT - KALAU TIDUR KETAP GIGI @ MAIN GIGI SAMPAI BERBUNYI DAN ASYIK SAKIT PINGGANG ITU ADA POTENSI BADAN TELAH DIHUNI SAKA HARIMAU!) Rupanya saka induk ada pada kakak sulung ayahnya yang sedang sakit sekarang. Saka pada anak ini mengakui mendorong anak ini melakukan perkara2 jahat!
AlhamdulilLah, saka berjaya diIslamkan dan dihantar ke tempat berkat lagi rahmat. In Shaa Allah, temujanji seterusnya untuk bawa kakak ayahnya pula.
No comments:
Post a Comment