f

f

Monday, 23 September 2013

JIN DI MASJID BESI PUTRAJAYA!


23 Sept 2013, Isnin - Jam 11 pagi saya menerima tetamu ibu dan anak perempuan usia 15 tahun dari Putrajaya. Si ibu menceritakan anaknya mempunyai masalah remaja yang agak serius. Minggu lepas sampai 3 hari anaknya melarikan diri dari rumah ikut kawan sampai ke Bandar Tun Razak, KL.

Kemudian menemui anaknya di Masjid Besi Putrajaya sekitar jam 3 pagi bersama dengan seorang kawan perempuan sebayanya setelah puas memujuk anaknya balik ke rumah. Selain masalah lari dari rumah, anaknya juga mula menunjukkan keinginan seksual seperti menyimpan video2 lucah dalam hp. Masalah lain seperti malas, kuat tidur, suka berjaga malam sambil 'bergayut' di telefon dengan boyfriend, ponteng sekolah, melawan dan tinggi suara.

Saya interview si anak dan mendapati beliau pernah bermimpi perkara yang berkaitan dengan gangguan jin. Matanya juga agak aktif melihat kelibat dan lintasan. Semasa saya interviewnya, saya dapati matanya sentiasa mengelak daripada bertembung dengan mata saya dan beliau mula gelisah.

Saya mula meruqyah dan tak sampai 10 minit mula kelihatan gangguan menampakkan diri. Kepala si anak mula terangguk2 dan jari-jemarinya mula terlompat2. Paling ketara mata yang dipejam terbuka sedikit menampakkan putih mata dan biji mata naik ke atas. Hasil sesi interview saya telah tahu ini saka ular dan jin mengakuinya. Dan jin mengakui datang dari sebelah keturunan ayahnya. Untuk makluman, ayahnya telah lama meninggal dunia akibat kanser tulang!

Saya menjalankan teknik DIP dan berjaya mengeluarkan saka ular ini. Bagaimanapun si anak masih tidak sedar diri. Saya mulakan siasatan untuk kenalpasti jin baru ini. Saya bertanyakan adakah ini kumpulan saka ular, jawapan negatif. Rupanya ada 2 ekor jin asyik jantan dan betina. 2 ekor jin ini degil dan tak mahu keluar walaupun saya telah mengingatkan mereka tentang azab Allah. Jadi saya terpaksa kuarantinkan 2 ekor jin ini, Bi'iznilLah. Si anak mula sedarkan diri dan tidak tahu apa yang berlaku.

Semasa saya meruqyah si anak, saya perasan yang ibunya mula mengantuk. Saya 'scan' si ibu dengan menjangkakan gangguan saka hasil interview dengannya. Dan terus perlahan2 dan jatuh 'berdebuk' tangan kanan si ibu setelah saya mengarahkan jin ke situ. Kepalang terkejut si ibu kerana baru tahu ada gangguan saka dalam dirinya! Saya kuarantinkan sahaja jin dalam badan si ibu ke tempat kurungan, Bi'iznilLah. Si ibu mengakui terasa ada sesuatu merayap naik ke kepala semasa saya menolak gangguan ke atas dan tengkuknya kesakitan semasa saya kunci gangguan tersebut. AlhamdulilLah, selepas saya sentap terus hilang sakit dan kepala terasa ringan.

Sebelum mereka balik, saya nasihatkan elok 'check' ahli keluarga yang lain kerana gangguan saka jenis binatang ini biasanya banyak dan beranak-pinak, Wallahu'alam.

*Jin di Masjid Besi maksudnya jin dalam badan si anak di Masjid Besi.
**Jin Asyik sinonim dengan jin 'tepi jalan'.

No comments:

Post a Comment