f

f

Thursday, 5 September 2013

SAKA HARIMAU!


Sejak kisah saya dipaparkan di Mastika Julai 2013 berkaitan gangguan saka terhadap permasalahan akhlak remaja, saya kerap menerima tetamu bukan sahaja remaja malah orang dewasa yang mengalami gangguan saka.

Terbaru saya menerima kes satu keluarga yang mengalami gangguan saka harimau. Saka ini datang melalui sebelah ibu yang berketurunan Minang dari Indonesia. Mulanya sebelum puasa baru ini, keluarga ini membawa anak lelaki yang bermasalah akhlak seperti panas baran, kuat tidur, malas, tinggi suara dsbnya. Saya interview anak lelaki ini dan mendapati terdapat tanda2 positif gangguan saka harimau seperti kuat tidur, main gigi masa tidur, dan sakit pinggang. Saya menjalankan sesi ruqyah, sekitar 15 minit berlaku kerasukan dan jin mengaku saka harimau. Proses dakwah berjalan dengan lancar dan jin diIslamkan dan keluar dari tubuh menuju ke tempat berkat lagi dirahmati. Semasa sesi interview, saka harimau mengiyakan kesemua adik beradik empunya badan telah ditempati saka!

Keluarga ini datang semula beberapa hari lepas untuk buang saka pada emaknya dan anak sulung lelakinya. Bagaimanapun saka gagal dipujuk dengan cara dakwah. Saka degil untuk menerima Islam! Maka saya terpaksa kuarantin saka2 ini dengan izin Allah SWT. AlhamdulilLah, si ibu dan anaknya terasa memang ada sesuatu yang keluar dari tubuh mereka semasa sesi kuarantin dijalankan.

Saya menasihatkan agar datuk mereka yang ada di Minang Indonesia segera dirawatkan kerana saya yakin saka induk ada padanya! Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment