f

f

Monday, 24 February 2014

KERABAT DIRAJA DIGANGGU SIHIR MADURA 40 TAHUN !!


Pagi semalam saya menerima tetamu keturunan Tengku. Seorang wanita tua yang menderita sakit sihir selama 40 tahun lebih!

Saya tidak berhajat untuk menceritakan perihal kerabat Tengku dan bagaimana bermulanya sakit yang ditanggung demi menjaga kerahsiaan antara perawat dan pesakit. Bahkan pula ini melibatkan pesakit berprofil tinggi.

Seperti biasa saya akan meruqyah sekitar setengah jam. Kemudian membaca ayat 'pemanggil' (ayat Quran) dengan tujuan berinteraksi dengan jin. Jin pengganggu terus merasuk Tengku ini. Gaya bahasanya loghat Indonesia. Karakter jin ini agak sombong dan bongkak tetapi masih boleh dibawa berunding.

Jin memberitahu kumpulan jin sihir ada 5 ekor dalam badan Tengku. 3 ekor berasal daripada sebatang keris, seekor dari Siam dan seekor lagi dari kuil Hindu di Bukit Damansara yang telah dirobohkan.

Saya menjalankan sesi dakwah kepada semua jin-jin sihir ini. Ada juga beberapa persoalan yang ditimbulkan dikalangan jin ini dan saya jawab dengan berhemah. Syukur AlhamduliLah, akhirnya kesemua jin-jin ini bersedia memeluk Islam!

Sebelum saya mengIslamkan jin-jin ini, saya mengarahkan kumpulan jin ini membuang segala barang sihir di tubuh Tengku. Kesemua jin patuh dengan arahan saya. Selesai sesi pembersihan barang sihir, saya menjalankan acara pengIslaman kepada semua jin sihir ini.

Selesai mengIslamkan jin-jin ini, saya terus menghantar kumpulan jin ini ke Madinah.

AlhamdulilLah, Tengku kemudiannya sedar dan senyum kepada saya.

Berkat ayat-ayat Allah SWT, gangguan selama 40 tahun berjaya dibanteras dalam tempoh sejam sahaja! Bi'iznilLah!

Pelbagai ustaz dan bomoh dijumpai semuanya tidak bertahan lama. Termasuklah seorang bomoh Madura bernama Hendry. Jin yang merasuk asyik menyebut nama bomoh Hendry dan memberitahu akan muslihat bomoh Hendry yang bukan nak merawat tetapi memburukkan lagi keadaan dengan kerja-kerja sihirnya.

Semoga kehidupan Tengku ini tidak lagi diganggu jin sihir selepas ini.

Sunday, 23 February 2014

KUMPULAN JIN SIHIR (PENGASIH-PATUNG-ABU MAYAT) TUMPAS LAGI DENGAN JERITAN DAN RAUNGAN !!

*Minyak pengasih yang menjadi punca masalah keluarga
ini bermula!

Jam 9:40 pagi semalam saya menerima kunjungan satu keluarga besar dari Kuala Selangor. Keluarga ini saya pernah rawat akibat gangguan saka dan sihir sebelum ini. Saya pernah memberitahu dahulu bahawasanya keluarga ini akan diganggu lagi dengan jin saka dan sihir. Dan saya memberitahu, elok selepas ini bawa ahli keluarga yang lain untuk dirawat. AlhamdulilLah kali ini mereka datang dengan bilangan keluarga yang ramai datang dari jauh dikumpulkan untuk dirawat secara besar-besaran.

Sesi kali ini berlaku kerasukan yang amat ketara lagi dahsyat kepada si ibu dan ketiga anak perempuannya. Kerasukan jin saka agak senang saya uruskan walaupun jin saka tersebut adalah saka Hantu Raya. Mungkin setelah kesemua barangan saka telah dimatikan sebelum mereka ini datang.

Sebelum ini pihak keluarga minta panduan daripada saya bagaimana untuk mengesan barangan saka dan memusnahkannya. Saya memberikan panduan dengan kaedah yang tidak dapat saya huraikan di sini kerana huraiannya agak kompleks. AlhamdulilLah semua saka berjaya diIslamkan dan saya hantar ke Madinah.

Selesai berurusan dengan jin saka, saya mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan gerombolan jin sihir pula. Saya dapat mengagak kumpulan jin sihir ini bakal 'meriuh-rendahkan' pejabat saya di Reko Sentral Kajang, Selangor.

Tepat jangkaan saya, memang pejabat menjadi tempat jeritan, sumpah-seranah dan maki hamun kumpulan jin sihir yang merasuk keempat perempuan ini. Para pesakit saya ini juga dipenuhi abu mayat pada tubuh badan mereka. Dan jin-jin sihir ini bersedia untuk bekerjasama dengan arahan saya dengan membuang semua abu mayat tersebut. Dengan izin Allah saya menyelesaikan para pesakit saya ini satu persatu. Maaf, saya tidak dapat nukilkan apa permasalahan yang menjadi asbab berlakunya gangguan sihir ini demi menjaga aib dan maruah keluarga.

*Abu mayat yang digunakan dengan tujuan sihir!

 *Sihir patung turut digunakan untuk menyihir keluarga ini!

Kes sihir yang mengganggu keluarga ini turut ditemui beberapa barangan sihir dalam rumah ibu mereka di kampung. Antara barangan tersebut ialah sebatang kayu sepanjang 1 kaki yang dipakukan rapi dalam bumbung rumah antara alang-alang kayu! Kayu tersebut tidak ada fungsi mekanikal atau dengan tujuan menyokong alang kayu bumbung rumah tetapi ditancap rapi seperti ada tujuan ghaib. Dan anehnya kayu itu dijumpai oleh seorang anak perempuan yang sedang kerasukan dan memberitahu ada kayu sihir yang dipakukan dalam bumbung rumah. Apabila salah seorang keluarga lelaki naik ke dalam bumbung dan memang benar dijumpai sebatang kayu aneh yang dipakukan! Wah, bagaimana kayu itu berada di situ dan bagaimana anak perempuannya tahu kewujudan kayu itu memang suatu persoalan yang penuh misteri!

AlhamdulilLah dengan izin Allah SWT kes gangguan saka dan sihir ke atas keluarga ini 90% berjaya diatasi. Sementara baki gangguan lain yang mengganggu sanak saudara yang lain dalam proses akan datang untuk rawatan. Bi'iznilLah.

Tamat rawatan keluarga ini jam 2:15 petang!

Thursday, 20 February 2014

RAWATAN MASALAH ANAK DI SURVIVOR CAMP MALAYSIA CUTI SEKOLAH MAC 2014 !! DAFTAR SEGERA !!

*Klik gambar untuk enlarge.

Runsing anak NAKAL & BUAT HAL?!
Inginkan jatidiri anak yang AMPUH?!
Dapatkan PAKAR SEBENAR yang boleh merawat & motivasi anak tersayang anda! 

Daftar kem motivasi & ruqyah di bawah;

=======================
SURVIVOR CAMP MALAYSIA SIRI 33
http://www.motivasisurvivor.com/
=======================

KENAPA ANAK ANDA WAJIB HADIR ?!

1) Kem pimpinan motivator TURUN GELANGGANG yang profesional dan diiktiraf media ternama Malaysia - MASTIKA, METRO, KOSMO sejak tahun 2005!

2) Kem pertama dalam Malaysia intensif RUQYAH SYARIYYAH rawatan Islam secara holistik membuang 'gangguan makhluk halus' (Bi'iznilLah) penyebab anak tersayang anda bermasalah!

3) Legasi 9 tahun kem beroperasi sejak tahun 2006 dan memasuki siri ke-33 dengan ribuan remaja telah menghadirinya!

JANGAN RAGU LAGI -> TERUS DAFTAR DI TALIAN 012-2073938 !!
(@ SMS -> SCM33, NAMA ANAK, UMUR ANAK DAN KAWASAN TINGGAL)

*Yuran Early-Bird untuk pendaftar terawal.
*Remaja lelaki dan perempuan usia 8-20 tahun.

Info lanjut klik
http://www.motivasisurvivor.com/

~ SILA LIKE & SHARE ~

SERANGAN JIN PADA PENGHUNI RUMAH ANAK YATIM !!

AlhamdulilLah pada 18 Februari yang lalu seramai 8 kanak-kanak remaja daripada Rumah Anak Yatim Darus Salam, Tambun (Ipoh), Perak. Kumpulan ini seramai 6 lelaki dan 2 perempuan dihantar ke Pusat Motivasi & Ruqyah untuk dirawat akhlak mereka.

Program bermula jam 9:30 pagi hingga jam 6:30 petang. Sesi pagi adalah sesi rawatan dan sesi petang adalah sesi motivasi.

Sesi rawatan pada sebelah pagi menyaksikan kesemua peserta dihuni jin! Dan saya mengambil masa yang agak lama sampai masuk waktu zohor untuk membersihkan kesemua gangguan ini.

Wakil pihak pentadbiran kelihatan terkejut apabila melihat anak-anak didiknya sedikit kerasukan! Patutlah mereka ini agak bermasalah rupanya ada gangguan jin dalam diri.


*Peserta di atas sedang dirawat akibat gangguan saka buaya! Sebanyak 5 ekor buaya berjaya diIslamkan dan dihantar ke Madinah. Selepas rawatan, peserta ini sedar dan menangis tersedu-sedu tanpa sebab yang beliau fahami. Cuma beliau memberitahu kepada saya, beliau mendengar beberapa suara yang menyebut "Selamat Tinggal" di telinganya.

Pengalaman saya menguruskan kes saka memang biasanya pesakit akan menangis selepas rawatan. Pesakit tidak akan tahu sebabnya tetapi merasakan sedih yang teramat sangat. Ini disebabkan jin saka yang menetap lama dalam badan begitu terharu untuk meninggalkan tuan badan. Bagaimanapun, jin saka tahu mereka telah memeluk Islam dan wajib keluar dari badan manusia menuju ke tempat yang mulia.

Ada seorang peserta perempuan ketika dirawat, beliau nampak ada 3 lembaga berasap di sebelah sebatang pokok. Saya menyiasat dengan teliti dan rupanya ketiga jin ini adalah sihir yang menyerang keluarganya. Info yang saya dapati, ibu bapa peserta ini telah bercerai. (Serangan sihir biasanya akan memporak-perandakan keluarga).

Banyak cerita yang berlaku semasa sesi rawatan dan tidak mahu saya panjangkan di sini. Cukup sekadar dengan izin Allah SWT semua gangguan dapat dibanteras, Bi'iznilLah, Wallahu'alam. (Banyak juga saka buaya yang mengganggu anak-anak ini).

Sesi motivasi pada sebelah petang.

AlhamdulilLah, program tamat seperti yang dirancang.

Kepada sesiapa yang berhajat untuk program motivasi & ruqyah remaja secara berkelompok boleh berhubung dengan saya. (Makan tengahari dan solat Zohor & Asar di pusat).

*Contoh kelompok - anak yatim, ahli keluarga, remaja sekolah, remaja surau, persatuan dsbnya.


Wednesday, 19 February 2014

MENGISLAMKAN SAKA HANTU RAYA !!

Pagi tadi saya dapat satu kes gangguan saka hantu raya dan jin sihir. Gangguan ini mengganggu seorang wanita muda beranak dua yang datang bersama suaminya.

Kisah wanita ini agak panjang jika saya nak ceritakan di sini. Cuma saya ringkaskan sahaja. Wanita ini sering merasakan ditindih lembaga besar ketika dia tidur. Kes ditindih ini biasanya ada kaitan dengan saka hantu raya. Di mana saka ini menindih dalam ertikata untuk ‘bersama’ dengan wanita ini dengan tujuan menyedut darah tuan badan. Dan biasanya orang yang kerap ditindih ini wajahnya pucat dan mengalami tekanan darah rendah. Begitulah yang terjadi kepada wanita muda ini.

Saya tidak langsung melakukan ruqyah kerana saya dapat melihat ketakutan dan kegelisahan jin dalam badan wanita ini. Terus saya memanggil jin saka ini untuk berdialog dengan saya. Hasilnya wanita ini terus kerasukan saka hantu raya!

Banyak maklumat yang saya dapati hasil interaksi saya dengan jin saka ini berkaitan saka dalam keluarga wanita ini. Agak banyak jin saka hantu raya yang mengganggu. Saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan dakwah Islamiah. AlhamdulilLah hasil dakwah saya, sekitar 7 ekor saka hantu raya memeluk Islam!

Selesai mengIslamkan saka-saka ini saya terus menghantar kesemuanya ke Madinah. Bagaimanapun gangguan ke atas wanita ini berterusan apabila beliau kerasukan 2 ekor jin sihir!

Jin saka sedang keluar dari badan wanita ini untuk pergi
ke Madinah. Tangan kanannya menggeletar menjulang ke atas. Sementara tangan kirinya menghempas-hempas meja saya!

Jin sihir ini datang daripada adik perempuan bongsunya yang mengalami gangguan sihir. Saya tidak berhajat untuk menceritakan apa yang berlaku seterusnya kerana ini melibatkan aib keluarga. Cuma saya Berjaya mengIslamkan 2 ekor jin sihir ini dengan izin Allah SWT.

Mesej ini baru saya dapat sebentar tadi.
AlhamdulilLah banyak barang saka dan sihir dijumpai !!


Monday, 17 February 2014

BERHATI-HATILAH DENGAN BARANGAN SEPERTI INI...BOLEH MENGACAU SELURUH KETURUNAN DEMI KETURUNAN !!













MENGENAI TANGKAL AZIMAT
Dr. Amran Kasimin

Terdapat perselisihan pendapat ulama mengenai hukum menggunakan tangkal. Bagi menjelaskannya, tangkal, azimat atau wafak itu boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: Pertama, tangkal yang ditulisayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya, daripada doa-doa; kedua, tangkal yang diperbuat selain daripada jenis pertama, seperti daripada logam iaitu keris, paku, jarum atau duit syiling, cincin, tembaga, timah atau tahi besi dan daripada binatang seperti kulit binatang, misai atau kuku harimau, sisik tenggiling, tulang kokang, batu akik atau benang, tasbih, kayu dan sebagainya.

Tangkal yang diperbuat daripada bahan pertama, tidak kira di manadi gunakan, sama ada digantung di leher, diikat di pergelangan tangan, di pinggang, diletak di bawah bantal, di bawah alas tempat tidur, digantung di dinding, atau di atas rangka pintu tidak harus digunakan berdasarkan kepada hadis umum yang bermaksud: Sesungguhnya jampi-jampi dan tangkal-tangkal juga tiwalah itu syirik - hadis riwayat Imam Ahmaddan Abu Daud.

Juga berdasarkan kepada sebuah hadis daripada Aqabah bin Amir yang bermaksud: Barang siapa menggantung tangkal maka sesungguhnya dia telah syirik - hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, Ibn Habban danal-Hakim. Menurut Asy-Syeikh Abdul Rahman bin Hassan seperti yang tersebut dalam Fathu`l-Majid, larangan tersebut berdasarkan kepada:

1. Umum hadis-hadis di atas melarang penggunaan tangkal, tanpa pengecualian atau merujuk kepada kes-kes tertentu.

2. Untuk mencegah kekeliruan, di mana orang awam berkemungkinan tidak dapat membezakan antara tangkal yang diperbuat daripada ayat-ayatal-Quran atau doa-doa dengan tangkal yang ditulis bukan daripada ayat-ayat tersebut.

3. Untuk mengelakkan berlakunya penghinaan terhadap ayat-ayat suci, iaitu sekiranya ia dibawa ke tempat-tempat kotor, seperti tandas, dipakai ketika istinjak, ketika dalam keadaan junub dan sebagainya.

Pendapat ini disokong oleh Abdullah bin Mas'ud juga murid-muridnya, Ahmad Hambal dan juga kebanyakan para sahabat, dan disokong oleh ulama yang terkemudian daripadanya seperti Ibn Abbas, Uqbah bin Amir dan IbnAkim.

Pendapat kedua ialah pendapat yang mengharuskan penggunaan tangkal yang diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah dan sifat-sifat-Nya. Ini adalah pendapat Abdullah bin Umr bin al-As, juga sesetengah ulama salaf. Menurut fatwa jawatankuasa fatwa kerajaan Arab Saudi yang dibukukan, iaitu dalam Al-Fatawa Az-Zahabiyah, 1996, ms. 252, pendapat pertama, iaitu pendapat yang melarang penggunaan tangkal adalah lebih kuat hujahnya, lebih mantap untuk memelihara akidah, tauhid dan pegangan hidup orang Islam.

Menurut Ibrahim an-Nakhaiy, para ulama salaf tidak menyukai (karahah) penggunaan tangkal. Yang dimaksudkan dengan karahah di sini ialah haram. Ini adalah pendapat Imam Ahmad, juga pendapat sekumpulan sahabat yang disokong oleh ulama yang terkemudian.

Adapun tangkal yang diperbuat selain daripada ayat-ayat al-Quran dan nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya juga doa-doa, maka hukumnya adalah syirik, berdasarkan kepada umum hadis-hadis di atas.

Keterangan hadis berikut memperkuat larangan menggunakan tangkal.
Pada suatu ketika Abdullah bin Mas'ud mendapati isterinya memakai kalung yang ada padanya tangkal. Beliau telah melucutkan tangkal itudan memotongnya sambil berkata:
``Seluruh keluarga Abdullah tidak boleh melakukan amalan syirik kepada Allah dengan sesuatu yang tidak pernah diturunkan oleh Allah keterangannya.'' Kemudian beliau berkata, menyatakan yang beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya jampi-jampi,tangkal-tangkal dan tiwalah itu syirik.

Para sahabat telah bertanya: Ya Rasulullah, jampi-jampi dan tangkal telah kami tahu, apakah yang dinamakan ``tiwalah'' itu? Baginda menjawab: Tiwalah itu ialah pekerjaan yang dilakukan oleh kaum wanita agar dengannya suami-suami menyayangi isteri-isteri mereka.

Larangan menggunakan tangkal ini sama seperti fatwa yang dikeluarkan oleh As-Syeikh Abdul Halim Mahmud (Ahmad an-Nuhas, 1994:515). Larangan menggunakan tangkal ini meliputi tangkal yang diperbuat daripada logam, yang dipakai di pergelangan tangan seperti yang dijelaskan oleh hadis berikut:

Daripada Imran bin Husain sesungguhnya Nabi telah melihat seoranglelaki memakai gelang tembaga di lengannya. Baginda bertanya: Apa ini? Lelaki itu menjawab: Ini adalah benda yang lemah. Mendengarkan katanyaitu baginda bersabda: Lucutkan ia. Sesungguhnya ia tidak menambah, kecuali kelemahan. Kalau kamu mati sedangkan ia tetap kamu pakai, selama-lamanya kamu tidak akan selamat - hadis riwayat Imam Ahmad.

Lelaki yang memakai tangkal tembaga ini mengalami sakit di lengan.Tangkal yang dipakai telah dijampi terlebih dahulu. Baginda s.a.w.menyuruh agar menanggalkannya, jangan dipakai lagi dan menyatakan bahawa tangkal itu akan hanya menyebabkan dia lebih lemah, kerana hatidan harapannya selama itu bergantung kepada tangkal yang tidak memberi manfaat atau mudarat.

Menurut Ahmad an-Nuhasiy at-Tumi dalam kitabnya Syifau `r-Rahman ll`s-sihr wa `l-hasad wa Amradi'l-Jan, ms. 101, perbuatan menggantungkan al-Quran pada anak-anak kecil juga pada orang dewasa, ataupun di kereta untuk melindungi diri daripada kecelakaan, atau daripada gangguan jin-jin adalah termasuk dalam amalan bid'ah. Begitu juga perbuatan menggantung ayat-ayat al-Quran, seperti surah Alam Nasrah dikedai-kedai, agar terhindar daripada pencuri berdasarkan kepada hadis-hadis di atas.

Dalam satu soalan yang dikemukakan mengenai hukum menggantungkan tangkal pada pesakit yang ditulis padanya doa-doa dengan ayat-ayatal-Quran dengan perkataan Arab yang tidak difahami maknanya, yang disertai dengan lakaran bintang-bintang, juga nama-nama nabi, as-Syeikh Abdul Aziz bin Baz memberi fatwa bahawa tangkal tersebut tidak harus digantungkan pada manusia, diletakkan dalam pakaian, di atas hamparan tempat tidur, atau di mana-mana tempat dalam rumah, untuk menolak bala atau kecelakaan, atau untuk mendapatkan kebahagiaan. Perbuatan tersebut adalah syirik.

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Ahmad, Ibn Majah, Ibn Hibban danal-Hakim, daripada Zainab, iaitu isteri Abdullah bin Mas'ud, ia berkata bahawa suaminya telah melihat sehelai benang dililit di lehernya. Dia bertanya: Apa ini? ``Sehelai benang yang telah dibacakan jampi,'' jawabisterinya. Abdullah bin Mas'ud telah melucutkan benang tadi lalu memotongnya, kemudian dia berkata: Semua keluarga Abdullah bebas daripada syirik. Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya jampi dan tangkal juga tiwalah itu syirik.

Zainab bertanya, ``kenapa kau berkata sedemikian rupa, padahal mataku mengeluarkan air mata apabila terpandang seorang Yahudi danapabila aku memakainya, air mata itu tidak keluar lagi. Abdullah menjawab: Sesungguhnya itu adalah amalan syaitan. Apabila kamu taat kepadanya, ia akan mencucuk mata dengan jarinya. Cukuplah engkau membaca, seperti yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w. doa yang berikut:

Hilangkan sakit ini, wahai Tuhan manusia, sembuhkanlah aku, Engkauadalah penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sakit - hadis riwayat Ibn Majah, AbuDaud dan al-Hakim.

Pendapat keempat, penggunaan tangkal, tidak kira sama ada tangkal yang diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, nama Allah, sifat-sifat-Nya dan doa-doa, yang ditulis pada kertas, kain atau pakaian (dibuat baju), logam, daripada binatang, tumbuh-tumbuhan, batu akik, termasuk benang dan sebagainya dilarang menggunakannya apabila ia disertai dengan amalan sihir, seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis:

Barang siapa membuat satu simpulan, kemudian meniupnya, maka sesungguhnya dia telah melakukan amalan sihir, barang siapa melakukan amalan sihir maka sesungguhnya dia telah melakukan syirik - hadis riwayat an-Nasaiy.

Yang dimaksudkan dengan sihir di sini ialah perbuatan menyediakan tangkal yang terdiri daripada sesuatu yang boleh dibuat pengikat, seperti benang, kain dan sebagainya, atau benang yang diletakkan padanya tangkal, ataupun kain yang diambil daripada kain kapan, kemudian dibacakan dengan rangkaian jampi mantera untuk memanggil jin-jin, sama ada jin-jin yang dibela, dibuat sahabat atau dibuat saudara yang akan ``bersama'' dengan tangkal yang dibuat tadi, membolehkan pemakai tangkal memperoleh natijah luar biasa, yang dianggap sebagai ``hikmah'' untuk pendinding diri, disukai ramai, penggerun dan sebagainya, kemudian bahan tadi ditiup yang diistilahkan sebagai ``an-nafath''. Orang yang berkenaan telah melakukan sihir.

Kalimah ``an-nafath'' asalnya bererti mengeluarkan sesuatu daripada mulut seperti kahak atau air ludah (al-Munjid, 1966: 823), tetapi yangdi maksudkan di sini ialah meniup daripada mulut tanpa mengeluarkan airludah. Amalan ini banyak dilakukan oleh tukang-tukang sihir perempuan dizaman jahiliah seperti yang tersebut dalam al-Quran (al-Falaq, 4).

Jelasnya, tangkal tidak kira daripada bahan apa ia disediakan, sekiranya disertai dengan pemujaan jin-jin, maka amalan itu tetap dilarang. Orang yang berbuat demikian telah melakukan sihir, yang boleh menyebabkan syirik iaitu salah satu dosa besar yang dilarang dalam Islam.

Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik dan Allah mengampuni dosa selain daripada dosa syirik terhadap mereka yang dikehendaki oleh-Nya - (an-Nisa': 48).

Thursday, 13 February 2014

YA ALLAH AMPUNILAH DOSA-DOSAKU YA ALLAH...

*Klik gambar untuk enlarge

PAGAR BANGLO DATUK...BANYAK BETUL JINnye...

Pertama kali saya masuk BJ :)

2 hari lepas saya dijemput ke sepasang Datuk dan Datin ke rumah banglo mereka di Jalan Bidai, Bukit Jelutong, Shah Alam. Saya dijemput untuk merawat keluarga mereka yang diganggu jin serta memagar kawasan banglo mereka.

Pintu masuk

Rumah contoh yang saya 'pagar'

Masuk sahaja kediaman mereka saya dapat merasakan kehadiran jin dalam kawasan kediaman tersebut. Saya dijemput masuk ke ruang tamu oleh Datuk dan Datin. Hiasan dalaman memang mewah tetapi penuh dengan barangan yang kuat menjadi tarikan kepada jin-jin untuk bertandang. (Maaf tak dapat saya nukilkan barangan tersebut).

Datuk dan Datin ini memang ada seorang anak remaja lelaki usia 19 tahun yang sering diganggu. Dan mereka ini pernah beberapa kali datang ke pejabat saya untuk berubat. Saya bertanya kepada anak lelaki mereka sama ada berani atau tidak untuk saya buka matanya melihat alam jin dalam kawasan kediaman mereka. Si anak bersetuju!


Saya meminta si anak mengambil kedudukan untuk saya memulakan proses perjalanan roh mimpi. Selepas saya meruqyah, si anak serta merta dapat melihat alam jin dalam rumahnya! Mula-mula sekali beliau nampak seekor nenek kebayan di depan rumahnya. Kemudian ular dalam bilik ibunya dan jin-jin sihir berupa manusia dalam bilik tidurnya dan library rumah. Saya terus memandu si anak untuk berinteraksi dengan jin-jin dalam rumahnya. Semuanya terpaksa dimusnahkan kerana degil untuk berpindah dan tidak mahu masuk Islam. Bagaimanapun, banyak juga maklumat yang didapati hasil soal 'siat-siat' yang dilakukan.


Datuk dan Datin serta ahli keluarga yang lain tercengang dan terpinga melihat anak mereka meneroka alam jin dan beraksi pelbagai gaya bertarung dengan jin-jin tersebut. Semuanya kuasa Allah SWT, bi'iznilLah.

Selesai membersihkan rumahnya, saya arahkan si anak untuk pergi ke rumah neneknya di Besut, Terengganu untuk melihat jin apa yang ada di sana. Ini kerana, saya dapati gangguan ini bermula dari kampung neneknya. Si anak dapat melihat alam jin di rumah neneknya. Kesemuanya jin sihir dan kumpulan jin ini seramai 7 ekor. Seekor terpaksa dimusnahkan manakala bakinya bersetuju memeluk Islam dan dihantar ke Madinah.

Selesai membersihkan rumah neneknya, saya arahkan si anak untuk masuk ke dalam tubuh ibunya untuk melihat apa gangguan dan barang-barang sihir yang mengganggu. Si anak melihat pelbagai barang sihir berwarna hitam penuh dalam badan ibunya. Terutama di bahagian rektum (dubur) yang mana baru-baru ini ibunya berak darah berlebihan sampai masuk hospital. Kebetulan kejadian berak darah itu berlaku apabila si ibu dalam temujanji untuk berjumpa saya! Memang kerja jin duga saya pada hari kejadian tersebut.

Pihak hospital pula menyatakan barah usus! Saya beritahu kepada Datin buat rawatan Islam dulu kerana ini semua kerja-kerja sihir untuk menjadikan barah. Dan terbukti si anak terpaksa membuang banyak barang sihir dan terpaksa menutup salur rektum ibunya yang pecah berdarah. AlhamdulilLah selesai si anak merawat ibunya. 


Kini giliran ayahnya pula. Setelah si anak masuk ke dalam badan ayahnya, si anak banyak melihat barang-barang sihir di bahagian kedua belah tangan ayahnya. Patutlah si ayah ini selalu sakit dan gatal tangan sampaikan berparut. AlhamdulilLah si anak selesai membersihkan ayahnya.

Kemudian si anak masuk ke dalam badannya sendiri dan membersihkan pelbagai barang-barang sihir dalam badannya. AlhamdulilLah selesai. Akhirnya saya menamatkan perjalanan roh si anak.

Sesi berikutnya, giliran saya untuk 'memagar' rumah ini daripada gangguan jin. Saya menyediakan banyak air mineral yang kemudiannya saya ruqyah setelai selesai solat. Hampir 10 liter juga air yang saya gunakan untuk spray rumah banglo besar ini.

Senang guna sprayer ini :)

AlhamdulilLah selesai tugas saya dari jam 10 pagi sampai 6 petang!

Sebelum balik saya memberikan sedikit panduan dan nasihat kepada keluarga Datuk dan Datin ini.

Saturday, 8 February 2014

RUPANYA DATUK-DATUK VVIP INGATKAN ORANG AWAM !!


Post kali ini saya cuma ingin berkongsi kejutan yang saya alami dalam sesi merawat 2 keluarga baru-baru ini. Kejutan yang saya maksudkan ialah betapa merendah diri seseorang manusia itu walaupun taraf mereka amat tinggi kelas VVIP dan antara penggerak bidang ekonomi dan perubatan dalam negara.

Keluarga pertama ini datang dari Shah Alam untuk merawat anak lelaki yang agak bermasalah. Seperti biasalah saya merawat dengan kaedah ruqyah. Dan memang ada gangguan jin pada remaja lelaki usia 17 tahun ini. Selesai rawatan, saya berbual-bual dengan si ayah yang agak ramah daan kebetulan orang Kedah satu negeri dengan saya. Langsung cakap Kedah kami berdua. Dalam pada berbual-bual itu si ayah ini minta saya sampaikan salam kepada kenalan saya seorang pangkat Datuk. Saya bertanyakan nama si ayah ini untuk saya sampaikan salam kepada kenalan saya ini. Saat itu saya lihat si ayah ini seperti gelisah melihat isterinya. Terus si ayah ini mengambil bisnes kad dalam beg isterinya dan memberikan kepada saya.

Terkejutnya saya, rupanya beliau nama Datuk Wira XXXX. Letterhead bisnes kad pun Majlis Datuk-Datuk Wira Negeri Melaka. Terus saya segan dengan beliau kerana macam tak kena sahaja cara saya berbual dengannya sebelum ini. Maklumlah dia pun sembang lebih kurang sahaja dengan saya.

*Majlis Datuk-Datuk Wira Negeri Melaka

Rupa-rupanya beliau banyak terlibat dengan ekonomi negara dan antarabangsa. Dan banyak terlibat urusan antara kerajaan Malaysia dengan negara luar. Beliau juga seorang pakar IT dan pernah kepakarannya digunakan dalam bidang pendidikan di Mexico. Saya amat respek dengan kehebatan beliau berjaya dalam hidup kerana tangan kanannya kudung sejak kecil !!

Keluarga kedua pula datang dari Shah Alam juga. Keluarga ini turut membawa anak remaja lelaki usia 19 tahun untuk dirawat. Anak mereka ini terlalu luarbiasa sensitif dan agak pendiam termasuk kemurungan. Ini memang tanda-tanda besar ada gangguan. Rawatan yang saya lakukan mendapati memang ada gangguan jin. Bahkan ibu bapanya turut sama mengalami gangguan dan mereka tidak sedar. Gangguan berupa jin sihir dan jin saka. Saya terus merawat keluarga ini yang tak putus-putus datang kerana ada jin-jin 'top-up'.

AlhamdulilLah gangguan semakin berkurang cuma kadang-kalinya ada jin bersifat agresif dan banyak. Saya terpaksa menggunakan pelbagai ilmu merawat yang bersesuaian untuk membantu keluarga ini. Si ayah memberitahu saya, beliau bersyukur kerana setelah rawatan anaknya barulah beliau tahu ada anasir jin mengganggu rumahtangganya. Jika tidak dirawat cara Islam memang beliau tidak tahu dan mungkin menjadi agak parah jika lewat dan terlambat tahu.

Sesekali saya bertanya pekerjaan si ayah ini kerana itu maklumat penting untuk saya koreksi kaitan gangguan jin. Si ayah cuma beritahu kerjanya pakai glove dan tengok darah di hospital swasta. Saya mengagak kerjanya seorang doktor. Tetapi orangnya memang humble dan orang Kedah juga. Apalagi memang cakap Kedah la kami. Cuma saya seperti pernah melihat wajahnya di televisyen.

Maka saya Google namanya di internet. Terkejut kepalang saya, kerana namanya Datuk XXXX juga! Dan beliau juga tersenarai antara list doktor pakar negara di National Specialist Register (NSR) Malaysia! Segan lagi saya dengan kerendahan budi dan akhlak mereka ini :)


Friday, 7 February 2014

BEKAM JIN DI PMR !!

Baru ini saya membekam pesakit yang diganggu jin. Gambar di bawah adalah sesi bekam tersebut dijalankan. Kelihatan semua darah kotor pekat dan bertali. Ini adalah darah-darah laluan jin yang wajib dibuang. Bekam jin ini akan mengurangkan laluan jin sehingga 70% - 80% !!

Pesakit yang mengalami gangguan jin selepas dirawat SEBAIK-BAIKNYA elok berbekam.

PMR menyediakan rawatan bekam jin dan pelbagai sakit lain.
Klik link di bawah untuk maklumat lanjut bekam di PMR
http://www.bekamanugerah.blogspot.com









MRI SCAN (Magnetic Resonance Imaging) PUN GAGAL MENDETEKSI SAKIT BELAKANG 2 TAHUN !! 1 JAM RUQYAH TERUS SIHAT SAKIT BELAKANG !! Bi'iznilLah




Seorang pesakit saya pernah mengalami sakit belakang yang luarbiasa selama 2 tahun. Sakitnya bermula setelah melahirkan anak sulungnya. Akibat sakit yang tidak tertanggung akhirnya beliau pergi membuat scan MRI di sebuah hospital swasta.



Doktor yang merawat beliau tidak dapat mengenalpasti dengan tepat apa punca sakitnya walaupun setelah melakukan MRI. Cuma doktor memberitahunya memang seakan ada corak yang aneh yang tidak dapat dihuraikan melalui perubatan moden. Akhirnya doktor hanya mampu memberikan ubat tahan sakit yang paling kuat, itu sahaja.


Pesakit ini tidak berputus asa dan beliau berusaha pula dengan rawatan Islam dengan saya.

AlhamdulilLah setelah saya membacakan ruqyah, beliau kerasukan jin saka harimau sebelah datuknya dari Indonesia. Saya bertanyakan beberapa soalan, antara jawapan yang diterima ialah saka harimau mengaku membuatkan tuan badan ini sakit belakang, malah memakannya! Memang lazimnya kalau sesiapa yang ada saka harimau akan sakit belakang.

Jin saka harimau ini berjaya saya Islamkan dan hantarnya ke Madinah, Bi'iznilLah.

AlhamdulilLah, sakit belakang beliau terus hilang dan beliau membuat scan MRI lagi sekali untuk memastikan corak tempohari masih ada atau tidak. Dan doktor mengesahkan corak tersebut telah hilang dan keadaan belakangnya melalui scan MRI amat sihat sekali.


BUANG AIR BESAR SEBULAN SEKALI SAHAJA AKIBAT PENANGAN JIN SIHIR !!


Baru ini saya menerima seorang pesakit gadis muda yang menderita akibat diserang jin sihir.

Sakitnya bermula pada bulan 10 tahun lepas. Keadaannya agak kritikal apabila kerap dirasuk menjadi tak tentu arah dan susah tidur. Apa yang mengejutkan ialah sejak beliau sakit, beliau hanya buang air besar hanya sekali sebulan sahaja! Walaupun beliau makan seperti biasa macam orang lain.

Bagaimanapun beliau tidak mengadu sakit perut atau sembelit. Sebaliknya beliau menjalani kehidupan seperti biasa sahaja. Cuma yang menghairankan ke mana perginya makanan-makanan yang dimakannya setiap hari sehinggakan beliau buang air besar hanya sebulan sekali sahaja, Wallahu'alam.

Setelah bacaan ruqyah yang saya bacakan, beliau kerasukan! Daripada seorang gadis yang ceria terus bertukar watak menjadi seorang yang bengis dan muka penuh kebencian memandang saya. Jin yang merasuk ini agak degil untuk bekerjasama dengan saya. Lalu saya tamatkan riwayatnya dengan izin Allah SWT.

Gadis ini kembali sedar dan semoga beliau pulih daripada gangguan dan kesihatannya kembali pulih sedia kala seperti orang lain.