f

f

Thursday, 20 February 2014

SERANGAN JIN PADA PENGHUNI RUMAH ANAK YATIM !!

AlhamdulilLah pada 18 Februari yang lalu seramai 8 kanak-kanak remaja daripada Rumah Anak Yatim Darus Salam, Tambun (Ipoh), Perak. Kumpulan ini seramai 6 lelaki dan 2 perempuan dihantar ke Pusat Motivasi & Ruqyah untuk dirawat akhlak mereka.

Program bermula jam 9:30 pagi hingga jam 6:30 petang. Sesi pagi adalah sesi rawatan dan sesi petang adalah sesi motivasi.

Sesi rawatan pada sebelah pagi menyaksikan kesemua peserta dihuni jin! Dan saya mengambil masa yang agak lama sampai masuk waktu zohor untuk membersihkan kesemua gangguan ini.

Wakil pihak pentadbiran kelihatan terkejut apabila melihat anak-anak didiknya sedikit kerasukan! Patutlah mereka ini agak bermasalah rupanya ada gangguan jin dalam diri.


*Peserta di atas sedang dirawat akibat gangguan saka buaya! Sebanyak 5 ekor buaya berjaya diIslamkan dan dihantar ke Madinah. Selepas rawatan, peserta ini sedar dan menangis tersedu-sedu tanpa sebab yang beliau fahami. Cuma beliau memberitahu kepada saya, beliau mendengar beberapa suara yang menyebut "Selamat Tinggal" di telinganya.

Pengalaman saya menguruskan kes saka memang biasanya pesakit akan menangis selepas rawatan. Pesakit tidak akan tahu sebabnya tetapi merasakan sedih yang teramat sangat. Ini disebabkan jin saka yang menetap lama dalam badan begitu terharu untuk meninggalkan tuan badan. Bagaimanapun, jin saka tahu mereka telah memeluk Islam dan wajib keluar dari badan manusia menuju ke tempat yang mulia.

Ada seorang peserta perempuan ketika dirawat, beliau nampak ada 3 lembaga berasap di sebelah sebatang pokok. Saya menyiasat dengan teliti dan rupanya ketiga jin ini adalah sihir yang menyerang keluarganya. Info yang saya dapati, ibu bapa peserta ini telah bercerai. (Serangan sihir biasanya akan memporak-perandakan keluarga).

Banyak cerita yang berlaku semasa sesi rawatan dan tidak mahu saya panjangkan di sini. Cukup sekadar dengan izin Allah SWT semua gangguan dapat dibanteras, Bi'iznilLah, Wallahu'alam. (Banyak juga saka buaya yang mengganggu anak-anak ini).

Sesi motivasi pada sebelah petang.

AlhamdulilLah, program tamat seperti yang dirancang.

Kepada sesiapa yang berhajat untuk program motivasi & ruqyah remaja secara berkelompok boleh berhubung dengan saya. (Makan tengahari dan solat Zohor & Asar di pusat).

*Contoh kelompok - anak yatim, ahli keluarga, remaja sekolah, remaja surau, persatuan dsbnya.


No comments:

Post a Comment