*Minyak pengasih yang menjadi punca masalah keluarga
ini bermula!
Jam 9:40 pagi semalam saya menerima kunjungan satu keluarga besar dari Kuala Selangor. Keluarga ini saya pernah rawat akibat gangguan saka dan sihir sebelum ini. Saya pernah memberitahu dahulu bahawasanya keluarga ini akan diganggu lagi dengan jin saka dan sihir. Dan saya memberitahu, elok selepas ini bawa ahli keluarga yang lain untuk dirawat. AlhamdulilLah kali ini mereka datang dengan bilangan keluarga yang ramai datang dari jauh dikumpulkan untuk dirawat secara besar-besaran.
Sesi kali ini berlaku kerasukan yang amat ketara lagi dahsyat kepada si ibu dan ketiga anak perempuannya. Kerasukan jin saka agak senang saya uruskan walaupun jin saka tersebut adalah saka Hantu Raya. Mungkin setelah kesemua barangan saka telah dimatikan sebelum mereka ini datang.
Sebelum ini pihak keluarga minta panduan daripada saya bagaimana untuk mengesan barangan saka dan memusnahkannya. Saya memberikan panduan dengan kaedah yang tidak dapat saya huraikan di sini kerana huraiannya agak kompleks. AlhamdulilLah semua saka berjaya diIslamkan dan saya hantar ke Madinah.
Selesai berurusan dengan jin saka, saya mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan gerombolan jin sihir pula. Saya dapat mengagak kumpulan jin sihir ini bakal 'meriuh-rendahkan' pejabat saya di Reko Sentral Kajang, Selangor.
Tepat jangkaan saya, memang pejabat menjadi tempat jeritan, sumpah-seranah dan maki hamun kumpulan jin sihir yang merasuk keempat perempuan ini. Para pesakit saya ini juga dipenuhi abu mayat pada tubuh badan mereka. Dan jin-jin sihir ini bersedia untuk bekerjasama dengan arahan saya dengan membuang semua abu mayat tersebut. Dengan izin Allah saya menyelesaikan para pesakit saya ini satu persatu. Maaf, saya tidak dapat nukilkan apa permasalahan yang menjadi asbab berlakunya gangguan sihir ini demi menjaga aib dan maruah keluarga.
*Abu mayat yang digunakan dengan tujuan sihir!
*Sihir patung turut digunakan untuk menyihir keluarga ini!
Kes sihir yang mengganggu keluarga ini turut ditemui beberapa barangan sihir dalam rumah ibu mereka di kampung. Antara barangan tersebut ialah sebatang kayu sepanjang 1 kaki yang dipakukan rapi dalam bumbung rumah antara alang-alang kayu! Kayu tersebut tidak ada fungsi mekanikal atau dengan tujuan menyokong alang kayu bumbung rumah tetapi ditancap rapi seperti ada tujuan ghaib. Dan anehnya kayu itu dijumpai oleh seorang anak perempuan yang sedang kerasukan dan memberitahu ada kayu sihir yang dipakukan dalam bumbung rumah. Apabila salah seorang keluarga lelaki naik ke dalam bumbung dan memang benar dijumpai sebatang kayu aneh yang dipakukan! Wah, bagaimana kayu itu berada di situ dan bagaimana anak perempuannya tahu kewujudan kayu itu memang suatu persoalan yang penuh misteri!
AlhamdulilLah dengan izin Allah SWT kes gangguan saka dan sihir ke atas keluarga ini 90% berjaya diatasi. Sementara baki gangguan lain yang mengganggu sanak saudara yang lain dalam proses akan datang untuk rawatan. Bi'iznilLah.
Tamat rawatan keluarga ini jam 2:15 petang!
No comments:
Post a Comment