f

f

Wednesday, 19 February 2014

MENGISLAMKAN SAKA HANTU RAYA !!

Pagi tadi saya dapat satu kes gangguan saka hantu raya dan jin sihir. Gangguan ini mengganggu seorang wanita muda beranak dua yang datang bersama suaminya.

Kisah wanita ini agak panjang jika saya nak ceritakan di sini. Cuma saya ringkaskan sahaja. Wanita ini sering merasakan ditindih lembaga besar ketika dia tidur. Kes ditindih ini biasanya ada kaitan dengan saka hantu raya. Di mana saka ini menindih dalam ertikata untuk ‘bersama’ dengan wanita ini dengan tujuan menyedut darah tuan badan. Dan biasanya orang yang kerap ditindih ini wajahnya pucat dan mengalami tekanan darah rendah. Begitulah yang terjadi kepada wanita muda ini.

Saya tidak langsung melakukan ruqyah kerana saya dapat melihat ketakutan dan kegelisahan jin dalam badan wanita ini. Terus saya memanggil jin saka ini untuk berdialog dengan saya. Hasilnya wanita ini terus kerasukan saka hantu raya!

Banyak maklumat yang saya dapati hasil interaksi saya dengan jin saka ini berkaitan saka dalam keluarga wanita ini. Agak banyak jin saka hantu raya yang mengganggu. Saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan dakwah Islamiah. AlhamdulilLah hasil dakwah saya, sekitar 7 ekor saka hantu raya memeluk Islam!

Selesai mengIslamkan saka-saka ini saya terus menghantar kesemuanya ke Madinah. Bagaimanapun gangguan ke atas wanita ini berterusan apabila beliau kerasukan 2 ekor jin sihir!

Jin saka sedang keluar dari badan wanita ini untuk pergi
ke Madinah. Tangan kanannya menggeletar menjulang ke atas. Sementara tangan kirinya menghempas-hempas meja saya!

Jin sihir ini datang daripada adik perempuan bongsunya yang mengalami gangguan sihir. Saya tidak berhajat untuk menceritakan apa yang berlaku seterusnya kerana ini melibatkan aib keluarga. Cuma saya Berjaya mengIslamkan 2 ekor jin sihir ini dengan izin Allah SWT.

Mesej ini baru saya dapat sebentar tadi.
AlhamdulilLah banyak barang saka dan sihir dijumpai !!


No comments:

Post a Comment