f

f

Thursday, 13 February 2014

PAGAR BANGLO DATUK...BANYAK BETUL JINnye...

Pertama kali saya masuk BJ :)

2 hari lepas saya dijemput ke sepasang Datuk dan Datin ke rumah banglo mereka di Jalan Bidai, Bukit Jelutong, Shah Alam. Saya dijemput untuk merawat keluarga mereka yang diganggu jin serta memagar kawasan banglo mereka.

Pintu masuk

Rumah contoh yang saya 'pagar'

Masuk sahaja kediaman mereka saya dapat merasakan kehadiran jin dalam kawasan kediaman tersebut. Saya dijemput masuk ke ruang tamu oleh Datuk dan Datin. Hiasan dalaman memang mewah tetapi penuh dengan barangan yang kuat menjadi tarikan kepada jin-jin untuk bertandang. (Maaf tak dapat saya nukilkan barangan tersebut).

Datuk dan Datin ini memang ada seorang anak remaja lelaki usia 19 tahun yang sering diganggu. Dan mereka ini pernah beberapa kali datang ke pejabat saya untuk berubat. Saya bertanya kepada anak lelaki mereka sama ada berani atau tidak untuk saya buka matanya melihat alam jin dalam kawasan kediaman mereka. Si anak bersetuju!


Saya meminta si anak mengambil kedudukan untuk saya memulakan proses perjalanan roh mimpi. Selepas saya meruqyah, si anak serta merta dapat melihat alam jin dalam rumahnya! Mula-mula sekali beliau nampak seekor nenek kebayan di depan rumahnya. Kemudian ular dalam bilik ibunya dan jin-jin sihir berupa manusia dalam bilik tidurnya dan library rumah. Saya terus memandu si anak untuk berinteraksi dengan jin-jin dalam rumahnya. Semuanya terpaksa dimusnahkan kerana degil untuk berpindah dan tidak mahu masuk Islam. Bagaimanapun, banyak juga maklumat yang didapati hasil soal 'siat-siat' yang dilakukan.


Datuk dan Datin serta ahli keluarga yang lain tercengang dan terpinga melihat anak mereka meneroka alam jin dan beraksi pelbagai gaya bertarung dengan jin-jin tersebut. Semuanya kuasa Allah SWT, bi'iznilLah.

Selesai membersihkan rumahnya, saya arahkan si anak untuk pergi ke rumah neneknya di Besut, Terengganu untuk melihat jin apa yang ada di sana. Ini kerana, saya dapati gangguan ini bermula dari kampung neneknya. Si anak dapat melihat alam jin di rumah neneknya. Kesemuanya jin sihir dan kumpulan jin ini seramai 7 ekor. Seekor terpaksa dimusnahkan manakala bakinya bersetuju memeluk Islam dan dihantar ke Madinah.

Selesai membersihkan rumah neneknya, saya arahkan si anak untuk masuk ke dalam tubuh ibunya untuk melihat apa gangguan dan barang-barang sihir yang mengganggu. Si anak melihat pelbagai barang sihir berwarna hitam penuh dalam badan ibunya. Terutama di bahagian rektum (dubur) yang mana baru-baru ini ibunya berak darah berlebihan sampai masuk hospital. Kebetulan kejadian berak darah itu berlaku apabila si ibu dalam temujanji untuk berjumpa saya! Memang kerja jin duga saya pada hari kejadian tersebut.

Pihak hospital pula menyatakan barah usus! Saya beritahu kepada Datin buat rawatan Islam dulu kerana ini semua kerja-kerja sihir untuk menjadikan barah. Dan terbukti si anak terpaksa membuang banyak barang sihir dan terpaksa menutup salur rektum ibunya yang pecah berdarah. AlhamdulilLah selesai si anak merawat ibunya. 


Kini giliran ayahnya pula. Setelah si anak masuk ke dalam badan ayahnya, si anak banyak melihat barang-barang sihir di bahagian kedua belah tangan ayahnya. Patutlah si ayah ini selalu sakit dan gatal tangan sampaikan berparut. AlhamdulilLah si anak selesai membersihkan ayahnya.

Kemudian si anak masuk ke dalam badannya sendiri dan membersihkan pelbagai barang-barang sihir dalam badannya. AlhamdulilLah selesai. Akhirnya saya menamatkan perjalanan roh si anak.

Sesi berikutnya, giliran saya untuk 'memagar' rumah ini daripada gangguan jin. Saya menyediakan banyak air mineral yang kemudiannya saya ruqyah setelai selesai solat. Hampir 10 liter juga air yang saya gunakan untuk spray rumah banglo besar ini.

Senang guna sprayer ini :)

AlhamdulilLah selesai tugas saya dari jam 10 pagi sampai 6 petang!

Sebelum balik saya memberikan sedikit panduan dan nasihat kepada keluarga Datuk dan Datin ini.

No comments:

Post a Comment