Post kali ini saya cuma ingin berkongsi kejutan yang saya alami dalam sesi merawat 2 keluarga baru-baru ini. Kejutan yang saya maksudkan ialah betapa merendah diri seseorang manusia itu walaupun taraf mereka amat tinggi kelas VVIP dan antara penggerak bidang ekonomi dan perubatan dalam negara.
Keluarga pertama ini datang dari Shah Alam untuk merawat anak lelaki yang agak bermasalah. Seperti biasalah saya merawat dengan kaedah ruqyah. Dan memang ada gangguan jin pada remaja lelaki usia 17 tahun ini. Selesai rawatan, saya berbual-bual dengan si ayah yang agak ramah daan kebetulan orang Kedah satu negeri dengan saya. Langsung cakap Kedah kami berdua. Dalam pada berbual-bual itu si ayah ini minta saya sampaikan salam kepada kenalan saya seorang pangkat Datuk. Saya bertanyakan nama si ayah ini untuk saya sampaikan salam kepada kenalan saya ini. Saat itu saya lihat si ayah ini seperti gelisah melihat isterinya. Terus si ayah ini mengambil bisnes kad dalam beg isterinya dan memberikan kepada saya.
Terkejutnya saya, rupanya beliau nama Datuk Wira XXXX. Letterhead bisnes kad pun Majlis Datuk-Datuk Wira Negeri Melaka. Terus saya segan dengan beliau kerana macam tak kena sahaja cara saya berbual dengannya sebelum ini. Maklumlah dia pun sembang lebih kurang sahaja dengan saya.
*Majlis Datuk-Datuk Wira Negeri Melaka
Rupa-rupanya beliau banyak terlibat dengan ekonomi negara dan antarabangsa. Dan banyak terlibat urusan antara kerajaan Malaysia dengan negara luar. Beliau juga seorang pakar IT dan pernah kepakarannya digunakan dalam bidang pendidikan di Mexico. Saya amat respek dengan kehebatan beliau berjaya dalam hidup kerana tangan kanannya kudung sejak kecil !!
Keluarga kedua pula datang dari Shah Alam juga. Keluarga ini turut membawa anak remaja lelaki usia 19 tahun untuk dirawat. Anak mereka ini terlalu luarbiasa sensitif dan agak pendiam termasuk kemurungan. Ini memang tanda-tanda besar ada gangguan. Rawatan yang saya lakukan mendapati memang ada gangguan jin. Bahkan ibu bapanya turut sama mengalami gangguan dan mereka tidak sedar. Gangguan berupa jin sihir dan jin saka. Saya terus merawat keluarga ini yang tak putus-putus datang kerana ada jin-jin 'top-up'.
AlhamdulilLah gangguan semakin berkurang cuma kadang-kalinya ada jin bersifat agresif dan banyak. Saya terpaksa menggunakan pelbagai ilmu merawat yang bersesuaian untuk membantu keluarga ini. Si ayah memberitahu saya, beliau bersyukur kerana setelah rawatan anaknya barulah beliau tahu ada anasir jin mengganggu rumahtangganya. Jika tidak dirawat cara Islam memang beliau tidak tahu dan mungkin menjadi agak parah jika lewat dan terlambat tahu.
Sesekali saya bertanya pekerjaan si ayah ini kerana itu maklumat penting untuk saya koreksi kaitan gangguan jin. Si ayah cuma beritahu kerjanya pakai glove dan tengok darah di hospital swasta. Saya mengagak kerjanya seorang doktor. Tetapi orangnya memang humble dan orang Kedah juga. Apalagi memang cakap Kedah la kami. Cuma saya seperti pernah melihat wajahnya di televisyen.
Maka saya Google namanya di internet. Terkejut kepalang saya, kerana namanya Datuk XXXX juga! Dan beliau juga tersenarai antara list doktor pakar negara di National Specialist Register (NSR) Malaysia! Segan lagi saya dengan kerendahan budi dan akhlak mereka ini :)
No comments:
Post a Comment