f

f

Wednesday 25 June 2014

MAK BENGANG KAT ANAK, TAPI MAK YANG KENA RAWAT !! Saka Harimau & Nenek Kebayan.

Semalam datang seorang ibu dengan anak lelakinya umur 17 tahun ke pejabat PMR saya. Si ibu menceritakan perihal sosial anak tunggalnya yang jauh berubah. Ponteng sekolah, pemalas, keluar malam, sibuk nak kerja, malas solat dan segala bagai masalah. Untuk makluman si ibu ini adalah janda yang diceraikan selepas 3 bulan si anak dilahirkan. Bermakna si anak tiada kasih sayang dan didikan seorang ayah sejak dilahirkan.

Selepas panjang lebar si ibu menceritakan perihal anaknya, saya mula menyoal si ibu pulak perihal keluarganya. Setelah lama saya mendengar si ibu berceloteh panjang, saya mula merasakan aura kehadiran jin dikalangan mereka. Memang ini teknik saya suka mendengar cerita pesakit dulu untuk merasai kehadiran jin dalam badan mereka. Maaf saya tidak dapat menceritakan bagaimana rasa tersebut yang saya alami.

Dalam masa berbual dengan kedua beranak ini, sempat saya bertanyakan beberapa soalan penting untuk rujukan saya kepada mereka. Hanya soalan biasa seperti masalah kesihatan, makanan kesukaan, mimpi, emosi, cara tidur dan sebagainya. Jawapan yang saya dapat memungkinkan saya tahu jenis jin yang mengganggu iaitu SAKA HARIMAU!

Saya meminta untuk scan si ibu melalui matanya. Dan terbukti kehadiran jin yang mula gelisah. Kemudian saya scan anak lelakinya pula dan terbukti wujud gangguan jin juga. Untuk pengetahuan pembaca, biasanya anak yang bermasalah pasti akan berkait gangguan dari sumber ibunya. Dan kebanyakan begitu malah ada juga sumber dari bapanya. Dalam kes ini si bapa telah lama meninggalkan mereka dan sumber gangguan yang kuat sudah pasti dari si ibu.

Saya memberikan taklimat tatacara rawatan saya kepada kedua beranak ini. Saya mula merawat si ibu dahulu. Saya tidak membacakan ruqyah sebaliknya saya memanggil terus jin dalam badan si ibu! Dan kemudian si ibu tersenyum dengan gaya sengih seolah memperolokkan saya. Saya terus dengan segera memberikan beberapa amaran kepada jin. Jin mula perlahan memperolokkan saya selepas amaran yang saya berikan.

Jin mengakui adalah saka harimau datang dari bapa si ibu. (Maaf saya tidak berhajat menceritakan sejarah bapanya). Saka harimau ini bagaimanapun mula menunjukkan degilnya dan melupakan amaran saya. Saka mengakui terdapat berpuluh-puluh ekor dalam badan si ibu dan hanya 2 ekor sahaja dalam badan si anak. Saka juga mengakui adalah harimau putih asal dari Kerinchi tanah seberang.

Saya menyampaikan dakwah Islam untuk menyedarkan saka harimau ini, tetapi dakwah saya hanya mendapat sindiran sahaja. Waktu yang sama saka harimau ini memperlekehkan saya. Saya memberikan amaran berkali-kali agar bertaubat kepada Allah SWT dan menerima Islam. Sebaliknya saka harimau tetap berdegil juga. Saya terpaksa sembelih 3 ekor harimau sebagai peringatan kepada yang lain. AlhamdulilLah, baki semua saka harimau bersetuju memeluk Islam dan berhijrah ke Madinah.

Selepas semua saka harimau keluar, si ibu masih tidak sedarkan diri lagi. Rupa-rupanya masih ada jin lagi dalam badan si ibu. Kemudian jin ini tergelak-gelak setelah saya tebak dia adalah jin nenek kebayan sambil mulutnya menyebut berkali-kali, "Pandai engkau ye, memang pandai engkau!". Jin ini loghat seperti indonesia dan banyak cakap pula.

Seperti biasa saya menyampaikan dakwah Islam walaupun jin nenek kebayan ini degil. Akhirnya terpaksa saya sembelih nenek kebayan ini dan mati dengan izin Allah SWT. Si ibu mulai sedar dan tak tahu apa yang berlaku.

Saya teruskan rawatan kepada anak lelakinya. AlhamdulilLah, 2 ekor harimau putih bersedia memeluk Islam dan hijrah ke Madinah.

*Sang anak sedang dirawat.

*Jari kiri sedang kerasukan jin harimau putih memberitahu bilangan 2 ekor harimau.

* Jin sedang melafazkan syahadah.

*Jin sedang keluar melalui mulut dan berhijrah ke Madinah.


JIKA ANAK TERSAYANG ANDA DEGIL, CEPATLAH DAPATKAN RAWATAN ISLAM UNTUK MEMASTIKAN PUNCA MASALAH ANAK ANDA.

1 comment:

  1. Rawatan pengasih ilmu putih jarak jauh/jarak dekat

    -tunang/kekasih berpaling hati
    -minyak pengasih
    -pelaris niaga
    -pelet
    -pemikat
    -buka aura
    -santau sum power
    -pelaris dalam galian
    -santau angin
    -santau tepuk bantal
    -santau patung
    -santau Siam
    -santau di Kedah
    -ilmu pengasih
    -ilmu penunduk
    -buka aura

    Insha allah semua masalah bole selesai berkat ridho dan izin maha kuasa amin...

    WhatsApp +62 822 4631 1483




    ReplyDelete