f

f

Sunday 8 June 2014

SEMBELIH HAMPIR 30 EKOR HARIMAU TUA, KURUS, KEBULURAN DAN DEGIL !


Petang semalam saya menerima keluarga dari Johor Bharu. Pesakit lelaki ini pernah saya rawat akibat gangguan sihir.

Beliau kini sakit lagi dan kebetulan baru jatuh pengsan dalam tandas semasa reunion keluarga di Port Dickson sehinggakan berdarah kepala sebelum datang ke pejabat saya. Beliau juga memberitahu baru-baru ini beliau mimpi dikerumuni berpuluh-puluh ekor harimau tua dan semuanya kurus! Dan semasa beliau berjalan, semua harimau itu mengekor dari belakangnya! Masalah besar ni!

Saya agak terkejut dengan cerita mimpi beliau itu kerana saya menjangkakan masih lagi ada serangan sihir. Saya terus meminta beliau pejamkan mata dan letakkan kedua tangan atas meja saya. Saya kemudian meletakkan tangan kanan saya atas kepalanya. Kemudian saya membacakan dengan kuat Salawat Tafrijiyyah dan beberapa ayat Al-Quran yang lain untuk merasuk pesakit.

Pesakit kerasukan dan mendengus beberapa kali sambil tangan menggaru meja saya seperti harimau. Saya mulakan sesi soal jawab dengan harimau yang seperti letih dan penat. Maklumat yang saya dapat, terdapat hampi 30 ekor harimau dalam badan pesakit dan kesemuanya kebuluran.

Kumpulan besar harimau ini rupanya masuk dalam badan pesakit kerana untuk menjaga pesakit dari serangan sihir yang bertubi-tubi mengganggunya. Sihir yang saya rawat dahulu telah hilang semuanya (Bi'iznilLah) bagaimanapun terdapat sihir baru yang dihantar untuk memusnahkan pesakit. Kumpulan harimau ini memberitahu saya bahawa mereka masuk dalam badan pesakit selepas 7 hari pesakit habis mandi (mandi ubat kaedah saya) iaitu pada hari ketiga. Mereka masuk melalui kaki kanan pesakit dan memang pesakit memberitahu saya memang kaki kanannya sakit dari tapak kaki sampai lutut.

Harimau ini juga memberitahu saya memang kerja mereka jatuhkan pesakit dalam tandas sampai pengsan dan berdarah kepala dengan tujuan untuk menghalang pesakit dari datang berjumpa saya.

Harimau juga memberitahu mereka datang dari keris dalam simpanan ayah angkat pesakit. Dan kenapa mereka menjadi kurus kerana ayah pesakit telah bertahun tidak memberikan mereka makan. Cara makan mereka ialah dengan mengasap keris dan gosok limau nipis pada waktu Maghrib setiap hari Jumaat.

Selesai sesi soal siasat, saya menyampaikan dakwah Islam dan bagaimanapun kesemua harimau ini tidak mahu memeluk Islam dan tidak mahu keluar. Bertubi-tubi saya memujuk mereka masuk Islam tetapi mereka enggan. Sebaliknya inilah jawapan mereka kepada saya,
"APA KAU PEDULI!"

Pantang betul saya dengan jin kurang ajar ni! Lantas saya menyiapkan 'pedang tajam dan besar' dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran untuk menyembelih kepala semua harimau ini.

Saya memegang tengkuk pesakit dan meletakkan pedang saya di leher pesakit dan menyembelih beberapa kali. Pesakit meraung-raung kesakitan dan terkejang-kejang badan menahan sakit. Akhirnya pesakit diam dan saya menghentikan sembelihan saya.

Saya memberikan salam dan pesakit sedar, AlhamdulilLah selesai dengan izin Allah SWT.

No comments:

Post a Comment