f

f

Tuesday 18 March 2014

SAYA BERJAYA MENGISLAMKAN SEORANG PENGANUT HINDU !!


AlhamdulilLah tanggal 17 Mac 2014, saya berjaya mengIslamkan seorang lelaki penganut Hindu. 

Beliau seorang bekas askar pencen berusia 45 tahun dari Seremban. Tujuan beliau untuk berjumpa saya adalah untuk mendapatkan rawatan Islam kerana gangguan jin sejak beliau berumur 16 tahun.

Saya memberikan taklimat kepadanya berkenaan tatacara rawatan saya yang menggunakan ayat-ayat Allah iaitu Al-Quranul Karim. Beliau tiada masalah walaupun inilah pertama kali beliau mendapatkan rawatan cara Islam. Sebelum ini beliau banyak berubat dengan bomoh dan sami Hindu tetapi tiada kesan.

Beliau maklumkan kepada saya yang beliau mendapat nombor telefon saya dari majalah MASTIKA. Lalu berhasrat untuk mencuba kaedah rawatan Islam dengan saya. Saya tiada masalah dan inilah peluang saya untuk menunjukkan kehebatan rawatan Islam dan keajaiban ayat-ayat Allah SWT!

Saya memulakan rawatan kepadanya dengan membacakan ayat-ayat ruqyah syariyyah. Dan seperti biasa yang berlaku kepada pesakit-pesakit saya yang lain, berlaku separa kerasukan ke atasnya. Jin yang mengganggu adalah jenis saka. Saya membuat rawatan saka sehingga selesai, Bi'iznilLah.

Selesai rawatan, saya berbual dengan beliau. Beliau memberitahu bahawa beliau amat berminat dengan Islam sejak kecil lagi kerana bergaul dengan masyarakat Melayu-Islam. Bahkan beliau banyak mengkaji tentang Islam dan membandingkan dengan agamanya. Banyak yang beliau pertikaikan dalam agama Hindu. Terutamanya kenapa nak sembah patung, haiwan, pokok dan manusia? Apakah dewa-dewa sembahan ini yang menciptakan alam semesta ini?

ALLAH YANG MENCIPTAKAN ALAM SEMESTA INI TENTUNYA LEBIH BESAR!!
MAKA, APAKAH LOGIKNYA KITA MESTI MENDERHAKAINYA?!

Maka setelah berbual panjang dan saya cuba menyampaikan dakwah Islam, akhirnya beliau mengucapkan 2 kalimah syahadah di hadapan saya, Allahu Akbar, AlhamdulilLah, Bi'iznilLah!!

Untuk rekod, termasuk beliau telah 3 orang lelaki penganut Hindu telah saya Islamkan selama ini.

No comments:

Post a Comment