f

f

Monday 10 March 2014

TAK HABIS-HABIS HANTU RAYA MENGGANGGU !!


Petang 9 Mac saya menerima kunjungan satu keluarga besar dari Rawang Selangor. Keluarga ini pernah datang berjumpa saya sebelum ini untuk rawatan anak sulung lelaki usia 15 tahun yang agak bermasalah. Tetapi saya tidak merawat si anak kerana saya dapat 'menghidu' ada gangguan pada ibunya.

Lantas saya meminta izin untuk scan si ibu. Saya hanya membaca beberapa potongan ayat Quran dan jin dalam badan si ibu terus merasuk. Rupanya jin saka hantu raya sebelah ibu suaminya. Saya terus menyiasat keluarganya dan mendapati gangguan dari sumber yang sama. Saya hanya memberikan panduan untuk rawatan mandi di rumah mereka sahaja. (Ini cerita rawatan sebelum ini)

Petang 9 Mac, mereka sekeluarga datang lagi untuk rawatan susulan. Saya jalankan sesi rawatan kepada si ibu dan anak sulungnya. Pada si ibu ada 4 ekor jin saka hantu raya dan pada si anak ada seekor. AlhamdulilLah setelah saya menyampaikan ceramah tentang Islam kesemua jin memeluk Islam dan saya pindahkan ke Madinah, Bi'iznilLah.

Mandian yang dilakukan sebelum ini memang bertujuan untuk menyakitkan jin-jin ini. Rawatan akan menjadi mudah apabila jin-jin ini dilemahkan. Semuanya atas kuasa Allah SWT jua.

Malam tadi saya dapat panggilan daripada si suami memberitahu adik-adiknya sedang kerasukan di Puchong. Kebetulan ibu mereka yang disyaki memiliki induk saka hantu raya memang tinggal bersama dengan mereka di situ. Saya hanya beritahu minum air doa sahaja, sebab saya tidak dapat menunaikan hajat merawat sampai ke rumah dalam keadaan tiba-tiba.

Hari ini si suami telefon saya lagi memberitahu adik-adiknya masih belum sihat sepenuhnya dan lagi parah si ibu pulak kerasukan dan menyeru yang bukan-bukan. Selain itu semua makanan dalam rumah menjadi busuk dan basi. Memang teruk gangguan yang berlaku.

Teori saya, kumpulan saka ini mula mengganas apabila rawatan mula dilakukan dan mereka terasa terancam dan mula bertindak menzalimi manusia!

*Ikan menjadi busuk apabila dibawa masuk dalam rumah!

Saya hanya mampu memberikan sedikit panduan sahaja kerana memang saya agak sukar untuk mobil sampai ke rumah tanpa temujanji. 

Semoga keluarga ini dapat bertemu dengan perawat yang berdekatan untuk membantu!

No comments:

Post a Comment