f

f

Saturday 5 October 2013

JIN SIAM MENJERIT-MELALAK-MERAUNG!


4 Sept (Jumaat) 9 malam - Saya menerima kunjungan satu keluarga dari USJ. Ceritanya anak sulung lelaki mereka usia 12 tahun semakin nakal dan degil. Sudah pandai merokok, tinggi suara, malas belajar dan sebagainya. Sebenarnya anak ini pernah ikuti kem saya pada hujung tahun lepas. Dan saya cukup ingat wajahnya kerana hanya dia seorang sahaja daripada kesemua peserta yang gagal menangis dan insaf! Betapa keras hatinya. Dan pada tahun lepas lagi saya sudah syak ada kemungkinan lain yang menjadikannya begitu. Bagaimanapun saya hanya maklumkan kepada ibu bapanya jika anaknya buat hal sila rujuk kepada saya.

Baru2 ini saya dihubungi semula ibunya dan menceritakan perihal anaknya yang semakin bermasalah. Ada beberapa perkara yang diceritakan ibunya menyebabkan saya mengesyaki memang ada gangguan seperti pra-rasa saya pada tahun lepas. Lantas saya membuat temujanji dengan keluarga ini pada tarikh 4 Sept jam 9 malam.

Semasa saya di pejabat menjemput mereka sekeluarga masuk tiba2 si emak tercegat depan pintu dengan mata terbeliak memandang saya. Seketika saya sudah tahu siapa yang akan kena malam ini. Saya masih tersenyum2 dan terus mempersilakan mereka masuk ke pejabat saya.

Semasa sesi interview, saya dapati si emak agak gelisah duduknya dengan matanya tanpa melihat ke mata saya sambil mulutnya menceritakan perihal anak lelakinya. Saya cuba memancing bertanyakan beberapa perkara berkaitan mimpi yang ada hubungkait dengan gangguan jin. Dan maklumat yang saya terima memang telah saya jangkakan. Si emak positif JIN!

Saya segera meminta suaminya yang duduk depan saya bangun dan meminta isterinya duduk untuk saya mulakan sesi meruqyah. Isterinya agak keberatan sambil menerangkan tujuan kedatangan untuk merawat anak. Saya katakan yang sakit adalah puan kerana ada jin besar dalam badan puan yang remote anak puan jadi rosak akhlak. Akhirnya beliau akur dengan berat hati.

Baru sahaja pejam mata dan meletak kedua tapak tangan atas meja saya terus tangan kirinya menggigil2. Saya pula belum lagi meruqyah malah BismilLah pun belum saya baca. Dan tak semena2 pejabat saya digegarkan dengan jeritan yang teramat kuat berulang-ulang kali. Kepalang terkejut saya dan ahli keluarganya yang lain. Saya rasa bangunan pejabat saya yang 3 tingkat, restoran tingkat bawah dan Petronas depan pejabat memang kedengaran suara jeritannya itu. Mujur saya tidak ada sakit jantung.

Kerasukan yang berlaku ini menyebabkan saya memulakan sesi interview dengan jin yang kuat menjerit ini. Saya bertanyakan adakah ini jin sihir atau saka. Tetapi tiada jawapan sampailah saya spray air ruqyah ke mukanya maka lagilah dia menjerit dan mengakui dirinya jin sihir. Terus saya mengarahkan jin ini membuang barang2 sihir pada tuan punya badan. Pun masih degil lagi sampailah saya spray lagi air ruqyah barulah tangannya membuang barang2 sihir. Jin sihir mengakui meletakkan abu mayat di seluruh badan wanita yang dirasuknya.

Semasa sesi jin ini membuang barang2 sihir, saya berbual dengan si suami untuk mendapat maklumat lanjut dan sekali sekala jin ini menjerit2 ketakutan jika saya bergerak sedikit di kerusi saya, saya gerakkan tangan, atau saya pegang besi rawat sampaikan saya rasa lucu pun ada. Tapi saya sembunyikan sahaja rasa lucu itu.

JIN MASUK MELALUI TELEFON!

Untuk pengetahuan pembaca, jin ini tidak berkata apa2 hanya memberikan isyarat kepala sahaja sampailah saat perbualan saya dengan si suami tentang isu sihir yang dihantar melalui telefon, tiba2 dia menjerit, "MEMANG AKU BUAT!!". Terkejut lagi saya dengan si suami sampaikan nak melambung saya dari kerusi. Dia menjerit mengaku aku yang buat berulang2 kali sambil menghempas2 tangan ke meja. Dan jin ini mengaku datang melalui telefon. Caranya ialah si penyihir menelefon mangsa dan mangsa menjawab tetapi si penyihir tidak menjawab sebaliknya melakukan ritual memasukkan jin2 sihir melalui telefon terus masuk ke telinga mangsa.

Memang riuh rendah pejabat saya malam tu. Lama tak jumpa jin jenis menjerit melalak macam ni. Saya masih sabar dan memujuk jin terus menyambung membuang barang sihir. Jin terus menyambung kerjanya. Bagaimanapun jin ini masih menjerit dan bercakap2 pula maki hamun si suami. Saya cuba meredakan keadaan. Saya cuba mengorek kerja jin ini, dan jin mengaku memang dia yang membuatkan si anak berakhlak buruk.

Saya pada mulanya mengagak jin ini jin hindu, tetapi si suami mengatakan ini jin Siam berdasarkan pengalaman menemui barang2 sihir di kampung isteri di Melaka seperti patung batu yang ditanam. Lantas saya memberi salam dalam bahasa Siam, "Sawadikap". Terus jin ini melekapkan kedua tapak tangan dan bawa ke dadanya sambil menundukkan kepala dan menjerit lagi. Memang sah jin Siam!

Setelah saya mendapat beberapa info penting yang tak dapat saya kongsikan di sini, saya memulakan usaha dakwah untuk jin ini menerima Islam. Hampir sejam saya memujuk jin ini menerima Islam, bagaimanapun gagal. Hanya kedengaran dia menjerit2 yang membingitkan telinga. Jam 11:15 saya 'selesaikan' jin ini setelah 13 tahun mendiami badan si isteri. AlhamdulilLah si isteri sedar.

No comments:

Post a Comment