f

f

Monday 30 September 2013

RAWATAN SAKA DI PUCHONG


29 Sept 2013 (Ahad) - Saya berangkat ke Pulau Meranti Puchong Selangor. Saya dijemput untuk buat rawatan saka ke atas seorang nenek tua yang terlantar sakit hampir setahun.

Apabila saya sampai di rumah kg mereka, kelihatan agak ramai anak dan menantu yang berkumpul. Memang itulah yang saya hajatkan kerana untuk scan kesemua anaknya seramai 9 orang. Saya melihat keadaan nenek tua yang terbaring bongkok dengan kaki terlipat. Kakinya sudah keras untuk diluruskan. Makan minumnya pula melalui tiub terus ke hidung. Mata hanya terkelip2 melihat saya. Tangan kirinya dibalut kerana si nenek suka mencabut tiub yang ada di hidung. Sementara tangan kiri seperti menunjuk2 ke arah belakangnya.

Saya memulakan sesi interview kepada anak2nya yang hadir. Saya dapati ada seorang anak perempuannya no.3 agak aktif dengan pengalaman mistik secara nyata dan dalam mimpi. Saya memulakan sesi ruqyah kepada si anak yang berusia 40-an itu. Ketika sesi ruqyah berlangsung, kaki kirinya mula terpetik2. Anak2 lain yang melihat mula terkejut. Saya semakin mengeraskan bacaan ruqyah, pesakit mula berkerut muka dan menangis.

Selesai ruqyah, saya mula berinteraksi dengan jin dalam badan pesakit. Saya mendapat beberapa jawapan. Antaranya jin ini ialah saka harimau dari ibunya. Kumpulan jin ini begitu ramai dan ada yang telah menghuni di dalam tubuh badan kebanyakan anak2 dan cucu. Kumpulan ini juga mempunyai rumah iaitu berupa sebatang keris lama!

Saya meminta keris tersebut dan mematikan unsur mistik yang menghuni pada keris itu. Selesai meruqyah, saya memberikan beberapa panduan untuk diamalkan kepada keluarga tersebut. Dan paling penting berserah kepada Allah SWT dan berdoa segalanya diselesaikan dengan baik.

Untuk makluman pembaca, nenek tua ini adalah empunya keris tersebut. Dan beliau mula sakit2 selepas menerima keris tersebut daripada arwah kakaknya. Nenek tua ini pula mempunyai kemahiran merawat anak2 yang sawan yang diwarisi daripada arwah kakaknya. Semasa arwah kakaknya masih hidup, keris ini ditempatkan dalam bilik yang serba kuning dan dibalut dengan kain kuning. Sekarang ini keris ini dijaga oleh anak sulung perempuan nenek tersebut. Malah si anak ini turut pandai merawat kes2 sawan dengan putus ubat seperti pulut kuning, telur goreng tawar dan pengeras.

AlhamdulilLah dengan izin Allah, saya telah matikan rumah jin tersebut.

*Saya tidak dapat kongsi gambar sebenar keris tetapi keris pusaka itu hampir menyerupai seperti gambar keris di atas.

No comments:

Post a Comment