f

f

Monday 9 September 2013

ANAK MENGAMUK BELASAH IBU! Rawatan di Puchong Utama.


8 Sept 2013, saya ke Puchong Utama untuk sesi rawatan kepada anak lelaki usia 8 tahun. Sebelum saya sampai perut asyik senak nak ke jamban. Sempatlah selesai hajat di sebuah stesen minyak. Kalau begini keadaannya memang saya di'ganggu' untuk sampai ke rumah pesakit. AlhamdulilLah saya sampai juga jam 9 pagi. Seperti biasa saya akan berbual dahulu dengan pihak keluarga untuk mendapatkan sedikit maklumat. Si anak yang tak tahu apa2 mula tak senang duduk apabila namanya disebut dan tahu tujuan saya ke rumahnya.

Si anak mula mundar-mandir dan terus berlari naik tingkat atas dan terus meletop! Mula kedengaran abang dan kakak2nya riuh-rendah menenteramkan dia. Bunyi barang jatuh, benda dihempas, bunyi pintu dan segala bagai bunyi silih berganti. Si ayah terus meluru naik ke atas dan saya tak tahu apa terjadi seterusnya. Tetapi situasi tegang masih berlarutan agak lama. Saya biarkan sahaja dulu sambil masih mencungkil maklumat dari ibunya seorang guru.

Setelah beberapa maklumat diperolehi saya mengesyaki gangguan saka. Saya meruqyah si ibu dahulu walaupun hajat nak meruqyah si ayah dahulu kerana mengesyaki gangguan berpunca dari beliau. Si ibu tiada langsung tindak balas selesai saya meruqyah. Giliran si ayah pula setelah anaknya 'cool' dan tepat jangkaan saya! Berbelas ekor saka ada dalam badannya. Saya cuba mencungkil jenis saka tersebut dan maklumat yang diperolehi saya beratkan saka harimau. AlhamdulilLah, semua saka terkesan dengan dakwah saya dan memeluk Islam walaupun mengambil masa yang panjang hinggakan penat saya dibuatnya. Semua saka bersetuju keluar dan pindah ke tempat berkat lagi rahmat.

Saya mula scan kesemua anak seramai 5 orang dan mendapati 4 positif gangguan. Anak yang mengamuk ada 2 ekor. Saya tangguhkan rawatan jam 2.45 ptg kerana saya ada appointment lain jam 3 ptg di Kajang. Saya akan datang lagi ke rumah mereka Khamis nanti untuk rawatan ibu kepada si ayah. Kerana saya mengesyaki saka induk kepadanya dan beliau telah hampir 23 tahun sakit yang tidak diketahui puncanya. Paling ketara 10 tahun kebelakangan ini langsung tak boleh tidur terutamanya waktu malam.

*Si anak yang kuat mengamuk ni pernah baling pinggan ke muka maknya sampai terkoyak dan berdarah bibir maknya ketika menunggu makanan yang lambat sampai di restoran.

**Si ayah sebelum saya meruqyah, saya lihat tangannya berdarah dan berlubang akibat digigit  anak lelakinya.

No comments:

Post a Comment