f

f

Tuesday 24 September 2013

SAYA KEMALANGAN YANG ANEH!


24 Sept 2013, Selasa - Jam 6:30 petang di Taman Tasik Cempaka Bangi pasti menjadi satu sejarah penting dalam hidup saya. Saya, isteri dan anak kemalangan! Kereta kami dilanggar sebuah motor dari arah belakang.

Ketika memandu keluar (reverse) dari bahu jalan tiada sebarang kenderaan dari arah belakang. Tetapi dengan tak semena-mena datang sebuah motor menghentam 'side mirror' pemandu dan motor terus ke depan jalan dengan penunggang dan pemboncengnya tercampak atas jalan. Salah seorang seperti sujud mencium jalan dengan tak bergerak. Saya dan orang ramai terus meluru ke arahnya dan mengangkatnya ke tepi jalan. Setelah dipanggil beberapa kali baru beliau tersedar dan duduk dan berdiri terus dipapah orang ramai masuk ke dalam kereta seorang yang simpati untuk menghantar beliau ke Hospital Serdang.

Saya kembali ke kereta saya dan fikiran mula berkecamuk dengan kemalangan tersebut. Orang ramai mula membantu dan menyabarkan saya. Terima kasih kepada Kak Mas dan Abg Hatta yang menumpangkan kami di rumah mereka untuk solat Maghrib dan terus membawa kami ke Balai Polis Kajang untuk repot. Kereta saya dibawa ke bengkel di Balakong untuk urusan seterusnya.

Saya mula mengkaji cara langgar, cara hentam dan segalanya yang berkaitan. Lagi menguatkan perasaan aneh saya bila sarjan polis mengatakan, kenapa tak langgar dari bahagian tepi belakang dan terus sampai ke depan? Saya pula berasa aneh, sepatutnya motor itu langgar terus belakang kereta dan bukan hentam tepi pemandu kerana dia dari arah belakang. Kemudian hentaman motor sahaja bagaikan seperti berlanggar dengan kereta. Sarjan polis pun terkejut melihat gambar kereta saya yang kemik teruk hanya dilanggar motor. Anehnya lagi, motor tak rosak teruk pun!

Saya mula tak sedap hati apabila beberapa hari lepas, kasut saya terjatuh dalam tasik Putrajaya ketika menaiki Cruise. Saya cukup jarang berlaku bab tak sengaja dalam hidup saya. Kerana saya jenis orang yang berhati2. Di samping itu juga saya mula perasan ada gangguan kuat sedang menyerang kami sekeluarga. Maaf saya tak dapat huraikan apa bentuk serangan, kerana nanti ada yang mengatakan saya terlalu mistik. Tetapi kehidupan sebagai perawat memang banyak dugaannya. Jika tak kena kepada perawat, maka anak isteri akan jadi mangsa. Terutamanya bomoh2 sihir yang berdendam!

Balik kepada kisah kereta saya, saya yakin ada tenaga aneh yang menyebabkan kemalangan itu berlaku. Untuk pengetahuan anda, orang ramai nampak motor tersebut dari lane kanan dan tiba2 masuk lane kiri bahagian kereta saya dan terus melanggar bahagian pintu. Kenapa dia dari lane kanan dan masuk lane kiri yang ada kereta MPV saya? Teori saya yang pertama, mungkin pemandu motor nampak sesuatu dan cuba mengelak. Tetapi atas jalan tiada apa untuk dielak. Mungkin ada sesuatu yang timbul dihadapannya dan hanya dia yang nampak sahaja, Wallahu'alam. Teori saya yang kedua, mungkin 'handle' motornya tiba2 digerakkan ke arah kereta saya dan berlanggar, Wallahu'alam.

Sebenarnya saya dalam perjalanan ke pejabat saya di Reko Sentral untuk sesi rawatan satu keluarga pesakit dari Kelang. Keluarga ini pernah saya rawat dahulu dan kini rawatan susulan untuk ahli keluarga yang lain. Sebelum kemalangan juga saya berisytihar secara keras dalam kereta akan menamatkan gangguan yang mengganggu keluarga saya bila sampai pejabat nanti. Dan saya merasakan kemungkinan gangguan jin keluarga Kelang atau keluarga saya yang menyebabkan kemalangan tersebut! Bagaimanapun hati kecil saya kuat mengatakan kemalangan ini berpunca daripada jin yang mengganggu keluarga saya! Wallahu'alam.

Saya teringat kisah sahabat saya seorang perawat dari Johor nak datang merawat seorang doktor pakar di Kajang. Dalam perjalanan beliau kemalangan ringan di lebuhraya. Tetapi beliau langsung tidak memberitahu doktor pakar tersebut tentang kemalangan yang beliau hadapi. Ketika sesi meruqyah, doktor tersebut kerasukan jin dan terus ketawakan sahabat saya. Jin itu berkata, aku yang menyebabkan kau kemalangan tadi! Terkejut sahabat saya kerana jin itu tahu beliau kemalangan kerana dia yang melakukannya!

YA ALLAH TERIMA KASIH ATAS DUGAAN DUNIA YANG MEMENATKAN INI.
SEMOGA AKU TIDAK PENAT DAN AKU SIHAT SAAT DI BARZAKH NANTI.
AMIN YA RABBAL ALAMIN...

Syukur AlhamdulilLah kami sekeluarga selamat...

No comments:

Post a Comment