f

f

Saturday 7 September 2013

ISLAMKAN SAKA ULAR HIJAU!


7 Sept 2013, pagi ni saya ke rumah seorang pelanggan di Bangi untuk rawatan anak lelakinya. Saya pernah merawat anak lelaki ini sebelum Ramadhan yang lalu. Ceritanya, si ayah menghubungi saya untuk buat temujanji berkaitan masalah akhlak anaknya. Semasa perbualan telefon saya sempat menyelidik perihal si anak. Dan saya katakan memang ada gangguan. Tetapi si ayah agak sukar menerima pendapat saya. Saya minta beliau dan isteri datang ke pejabat untuk saya ruqyah mereka terlebih dahulu (anak tak dapat bawa kerana asyik lari ke sana-sini, malas sekolah, suka balik lewat malam dan sibuk nak kerja). Bagaimanapun sesi ruqyah mendapati tiada sebarang gangguan kepada mereka berdua. Tetapi saya masih bertegas mengatakan si anak memang ada gangguan!

Maka saya setkan masa untuk ke rumah mereka dan bertemu dengan si anak yang asyik tidur, tidur dan tidur. Saya kejutkan si anak dengan beberapa ayatul Quran dan si anak terjaga. Kemudian saya minta dia pejamkan mata sebentar. Dan memang tepat jangkaan saya, matanya berkedip2 tak dapat nak dipejamkan.

Beberapa hari kemudian, saya bawa 2 sahabat untuk 'kidnap' dia sebentar bawa ke pejabat saya. Sesi ruqyah dilakukan dan dia kerasukan dengan teruk dan menangis kesakitan. Soal siasat jin mendapati jin adalah saka ular. Beberapa ekor ular diIslamkan dan dihantar ke tempat berkat lagi rahmat. Dari muka yang stress dan tunduk sahaja, terus mukanya bersinar, segar dan boleh melihat mata saya ketika berbual. Saya hantar anak ini pulang ke rumahnya dan memberitahu perkara sebenar kepada kedua ibu bapanya dan menunjukkan rakaman yang dibuat. Mereka amat, amat, amat terkejut! Lagi mengejutkan, berlaku lagi sesi kerasukan anak mereka di rumah! Dari jam 5 ptg saya hantarnya pulang sampailah jam 8 malam si anak ini kerasukan. Sehinggakan saya keletihan mengeluarkan berbelas ekor ular yang masuk. Kasihan si anak yang mengeliat2 badan macam ular di ruang tamu rumah. Akhirnya saya terpaksa tinggalkan, tetapi saya beritahu ayahnya untuk mandikan air ruqyah dan beberapa panduan lain. AlhamdulilLah si anak menjadi anak yang baik dan pulih. Tetapi hanya untuk beberapa minggu sahaja sehinggalah saya bertemunya semula hari ini 7 Sept 2013.

Saya ke rumahnya lagi dan seperti biasa si anak tidur, tidur, tidur. Setelah dikejutkan dia bangun dengan muka masam mencuka sama macam pertama kali saya datang bertemunya dahulu. Saya hanya membaca ta'awuz sahaja dan terus panggil si ular. Si anak terus kerasukan dan bermulalah sesi dialog yang panjang. Saka ular ini berwarna hijau dan induknya ada pada kakak sulung ayahnya yang sedang sakit 20 tahun lebih. Iaitu sakit yang tidak dapat dikesan oleh doktor di hospital. Kerasukan yang pertama dihuni 5 ekor jin dan jin diIslamkan setelah didakwahkan dan dihantar ke tempat berkat lagi rahmat. Si anak sedar dan saya minta berdiri, malangnya kedua kakinya kejang dan kaki kanan langsung tak boleh bergerak. Ada kumpulan baru masuk! Saya terus panggil kumpulan baru dan si anak kerasukan kali kedua. Kali ini 5 ekor saka ular yang masuk dan mahu diIslamkan dan dihantar ke tempat yang sama seperti kumpulan pertama tadi. Sesi pemulihan berjalan lancar. AlhamdulilLah, 3 lubang masuk berjaya dikenalpasti dan saya tutup lubang tersebut dengan izin Allah. Dan si anak sedar semula tanpa berlaku kerasukan lagi.

Si anak menceritakan selama dia tak sedar dia nampak mak longnya kesakitan dan turut nampak parang dan keris. Inilah perangai saka zaman moden sekarang, mereka sewenang2 masuk ikut darah keturunan tanpa izin dan kehendak empunya badan. Parang dan keris, saya syaki adalah rumah saka. Wallahu'alam.

Sebelum saya balik, saya minta si ayah bawa kakaknya ke Bangi untuk rawatan.

*Tanda pangkah ialah lubang saka ular dan berjaya ditutup, Bi'iznilLah.

1 comment: