f

f

Thursday 5 September 2013

SAKA BUAYA!


Pagi ini saya menerima kunjungan seorang ibu bersama anak perempuan usia 6 tahun di pejabat saya. Ibu ini membawa masalah anak lelaki usia 20 tahun yang malas belajar. Anaknya kini sedang belajar di sebuah kolej automatif terkenal di PJ. Tetapi kerap melakukan kesalahan disiplin sehinggakan si ibu terpaksa berhadapan dengan pihak kolej.

Saya menjalankan interview untuk memastikan kewujudan gangguan. Menurut si ibu, sebelah ayahnya memang ada gangguan saka. Saya terus mengesyaki saka buaya kerana simptom2 yang diberikan menjurus kepada saka buaya.

Saya meminta izin untuk meruqyah si ibu. Selepas 15 min meruqyah, si ibu separa sedar antara diri sendiri dan jin. Saya terus memberi amaran kepada jin yang sedang bersedia untuk berunding. Jin mengaku saka buaya dari sebelah ayahnya. Jin itu juga mengakui saka induk ada pada mak ngah iaitu kakak kepada si ayah (ibu ini).

Seperti biasa saya memberikan ceramah kepada jin buaya 4 ekor ini untuk bertaubat dan meninggalkan tubuh manusia ini. AlhamdulilLah, kesemua saka buaya ini melafazkan 2 kalimah syahadah dan bersetuju keluar dan menuju ke tempat berkat lagi dirahmati Allah SWT.

Kes selesai.

*Semasa sesi interview saka buaya mengakui pada si anak lelaki ada 3 ekor buaya yang mengganggu! In Shaa Allah, semoga dipermudahkan urusan si ibu membawa anaknya pulak untuk rawatan.

No comments:

Post a Comment