f

f

Monday 16 September 2013

JIN SIHIR KANTOI MENIPU!


16 Sept 2013, jam 3 petang saya menerima kunjungan satu keluarga dari Bangi. Saya pernah merawat gangguan sihir kepada mereka tahun lepas. Rawatan pertama dulu terdapat 14 ekor jin sihir pada si isteri. AlhamdulilLah semua jin berjaya ditarik keluar.

Rawatan kali ini masih lagi gangguan sihir yang baru. Mereka sekeluarga kena serang selepas hari raya baru ini. Kerap demam, pening, sakit kepala dan mimpi yang menakutkan.

Yang lawaknya semasa si isteri kerasukan setelah saya meruqyah, jin memberitahu adalah jin saka ular sebelah ayah si ibu. Maka saya bertanya beberapa soalan yang berkaitan saka. Dan semasa sesi interview dengan jin ini banyak jawapan yang saya terima mengesahkan ini bukan jin saka sebaliknya jin sihir dari sumber yang sama! Lantas terus saya mengarahkan 9 ekor jin sihir membuang semua barang2 sihir yang diletakkan di badan si ibu dan anak2nya yang lain termasuk suaminya. Sesi ini memakan masa yang lama.

Selesai sesi membersihkan barang sihir, saya menjalankan teknik DIP. AlhamdulilLah, 8 ekor berjaya keluar dan hanya seekor yang besar sukar untuk keluar kerana masih terlekat dengan baki barang2 sihir jenis debu. Katanya masih banyak. Lalu saya kuarantinkan jin terakhir ini dalam bekas istimewa saya. AlhamdulilLah, si ibu merasakan memang ada sesuatu yang tercabut keluar di kepalanya semasa sesi kuarantin dijalankan. Bi'iznilLah.

Teknik kuarantin juga saya jalankan kepada anak sulung lelakinya usia 16 tahun yang dihuni 4 ekor jin sihir. Teknik ini saya gunakan kerana 4 ekor jin ini tidak mahu bekerjasama dengan teknik DIP saya. Semasa sesi kuarantin dijalankan, si anak menceritakan bagaikan nak terkeluar biji matanya semasa saya sentap kepalanya menarik 4 ekor jin tersebut. Bi'iznilLah...

No comments:

Post a Comment