f

f

Monday 9 September 2013

SAKA HANTU RAYA AJAK MAKAN PIL KUDA!


9 Sept 2013, jam 11 pagi saya menerima kunjungan 2 beradik, kakak dan adik lelakinya untuk rawatan adiknya usia 23 tahun yang ketagihan pil kuda. Adiknya ini telah berkahwin dan punya seorang anak usia 3 tahun. Bagaimanapun mereka bercerai disebabkan masalah yang timbul akibat suami ketagihan pil kuda.

(Orang yang banyak masalah dan stress amat senang dihasut untuk mengambil bahan terlarang seperti pil kuda.)

Saya bertanyakan beberapa soalan untuk mencari punca permasalahan. Soalan berkisar perihal keluarga dan mimpi2 yang pernah mereka alami. Hati saya kuat mengatakan memang ada gangguan pada budak lelaki ini yang datang dari sebelah keturunan ibunya. Ibu mereka mempunyai keturunan bidan dan ibunya mengalami masalah gastrik yang serius dan sakit kencing manis. Selain itu, si ibu juga agak panas baran!

Saya mulai meruqyah budak lelaki ini dan selepas 15 minit tanda2 gangguan jin mulai kelihatan. Jari-jemari di tangannya mula bergerak2 sendiri. Saya bertanyakan adakah kamu saka hantu raya? Jin mengakui saka hantu raya. Saya memang mengesyaki saka hantu raya berdasarkan mimpi yang beliau alami. Jumlah jin kesemuanya ialah 5 ekor. Jin inilah yang menjadi punca/pendorong kepada budak lelaki ini mencari pil kuda.


Saya mula berceramah dan mendakwahkan jin untuk memeluk Islam. Setelah agak lama dipujuk, kesemua 5 ekor jin memeluk Islam, AlhamdulilLah. Selesai mengucap 2 kali syahadah, kesemua jin bersetuju untuk keluar dan pindah ke tempat berkat lagi rahmat.

Setelah sesi rawatan selesai, saya seperti ingin bertanyakan sesuatu kepada budak lelaki ini kerana melihat 2 cincin besar di jari tangan kanannya. Rupa2nya dia seorang pengumpul senjata lama termasuk cincin. Saya menasihatkan agar kesemua barang itu dibakar dan dibuang. AlhamdulilLah beliau bersetuju termasuk sebilah keris yang disimpannya yang boleh berdiri sendiri dan melompat2 dalam biliknya!


Untuk membuang ketagihan pil kuda, saya sarankan panduan minum air kelapa, bekam darah dan mandi limau+garam+ais+air ruqyah. Saya menyarankan kesemua ahli keluarga buat kaedah mandi yang saya sarankan kerana saya mengesyaki ada saka2 lain telah menumpang dikalangan ahli keluarga mereka. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment