f

f

Sunday 15 September 2013

LAGI SAKA HARIMAU & USTAZ 'S' MENIPU LAGI!


15 Sept 2013, jam 11 pagi saya menerima kunjungan satu keluarga dari Ampang. Si isteri telah 8 tahun kematian suami dan membela 4 orang anak lelaki. Dia membawa anak lelaki usia 16 tahun yang agak bermasalah.

Saya menjalankan sesi interview berkaitan mimpi, sejarah sakit, perihal keluarga dan tempat2 rawatan yang telah mereka pergi. Saya menjangkakan gangguan adalah saka harimau berdasarkan simptom yang berlaku kepada anak lelaki ini seperti tidur ketap/main gigi dan kerap sakit pinggang tanpa sebab.

Saya mula menjalankan sesi ruqyah, dan selepas 20 min si anak ini mula kerasukan 50%. Memang tepat jangkaan saya saka harimau! Jin mengaku datang dari sebelah keturunan ibunya dan dari nenek budak lelaki ini. Saka harimau ini jin kafir dan jenis harimau putih. Saya tanya kepada si ibu, adakah anaknya ini sensitif dan senang menangis? Si ibu mengiyakannya. Itulah sifat harimau putih.

Saya mula menjalankan sesi DIP dan proses berjalan lancar. Saka harimau berjaya diIslamkan dan keluar ke tempat berkat lagi rahmat.


Selesai rawatan, saya berbual dengan si ibu. Kepalang terkejut kerana rupanya si ibu ini mangsa ustaz S! Saya pernah baca kisah ustaz S di Mastika dan kini saya dapat berbual dengan mangsa ustaz S, tetapi mangsa yang lain bukan dalam majalah tersebut. Cukuplah setakat saya kodkan kata2 mangsa ini bahawasanya ustaz S yang dimaksudkan itu kaki betina! Berhati2lah wahai perempuan di luar sana, terutamanya yang berduit dan cantik. Wallahu'alam.


No comments:

Post a Comment